ANTARA DUA PERAMAL HANYA PAUL SISOTONG DIDALAM BAHAYA

Paul  SiSotong meramalkan   Sepanyol  akan  muncul  Juara   Edisi  ke-19  Piala  Dunia  FIFA  manakala   Mani  SiNuri pula  memileh  Belanda.    Dalam   lain-lain     perkataan   kedua-dua  Pembuat  Ramalan ini  bakal  berdepan  dengan  masaalah  jika  tekaan  mereka  meleset.

Walaupun  khabarnya  pihak  Perdana  Menteri  Sepanyol  bersedia  memberikan  perlindungan  kepada  Paul  SiSotong terhadap  keselamatannya  ia  tetap  berisiko  tinggi   sekiranya  Sepanyol  gagal  menepati  ramalan  tersebut.   Para  penyokong  Sepanyol  pula  yang  akan  mengejar     Paul hingga  kelubang  cacing.

Paul  SiSotong  sepatutnya  sedar  walaupun  dia  boleh  meramalkan  sesuatu  keputusan  tetapi  kehidupannya sendiri   seharian  bergantung  sepenuhnya  dengan  bantuan  pihak-pihak  lain.  Umpamanya  apabila  dia  hendak  makan  atau  minum.  Dia  tidak  mampu  menyediakannya  sendiri.

Bagi    Mani  SiNuri    pula, ia  sama  sekali  berlainan.  Meminjam  kata-kata  dalam  bahasa  Inggeris   dia  sebenarnya  has  nothing to lose.    Dia  boleh  segera  meninggalkan  Afrika  Selatan  sekiranya   ramalannya  tidak  menjadi.  Dia  boleh  terbang  tanpa  mengunakan  MAS,  Air Asia,  BOAC, Japan Airline  atau   sebagainya.  Jauh  sekali  memerlukan  Paspot Antarabangsa.

Jadi  hanya  Paul SiSotong  sahajalah  yang  akan  menjadi  sasaran.   Jika  Sepanyol  menang  dia  akan  dijadikan  hidangan  Makan  Malam oleh   kumpulan  yang  menyokong  Belanda  manakala  jika  Belanda  pula   yang   menang  –   bersiap  sedialah  wahai   Paul  SiSotong kerana   ramalan  melesetnya  telah  memiskinkan   orang.

Jika  saya  ditanya  apakah  pendapat  saya  tentang    final itu   nanti?   Jawapan  saya  ada  tiga   (  3  ).    Pertama:  Tonton  perlawanan   tersebut  dengan  penuh   gembira.       Kedua:    Jangan  berjudi  kerananya.    Ketiga:   Keputusan  mutlak    akan   ditentukan  oleh  seorang  yang  bukan  Pemain  didalam  padang.   Selebihnya  adalah  sejarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: