PROJEK MENYUSU KERA DIHUTAN

Dua  hari  berturut-turut  Sinar Harian  memberikan  liputan  Muka  Hadapan  tentang  hasrat  tiga  ADUN  Barisan  Nasional  mahu  menyeberang  kepada  PKR.   Siaran   pertama   adalah  Jemputan  kepada  pihak-pihak  Media  supaya  hadir  keSidang  Akhbar  Ketua  Penerangan  PKR  pada  13  Jun  2010 bagi   perjelas   desas  desus   tindakan  tersebut.  Keduanya  menyiarkan  gambar  Sidang  Akhbar  Ketua  Penerangan  PKR  ditemani  beberapa  pemimpin  lain  memberikan  Kenyataan  tiga  ADUN  BN  dari  UMNO  besedia  menyertai  PKR  kerana  tidak  berpuashati  terhadap   layanan  ketua  mereka.

Seperti  yang  dilapurkan  Ketua  Penerangan  PKR  tampil  memperjuangkan  nasib  tiga  ADUN  Barisan  Nasional  (nama-nama  tidak  disebut)  yang  dipinggir  oleh  Pimpinan  mereka  diNegeri  Perak.   Kisahnya   berkisar  mengenai   Pemimpin  UMNO  Negeri     hanya  memberikan  perhatian  dan  layanan  kepada  ADUN-ADUN  yang  melompat  kepada  BN  sahaja   manakala   ketiga-tiga   ADUN   yang  telah  sentiasa  setia  berkhidmat  dianaktirikan.

Saya  terpanggil  untuk  mengucapkan   tahniah   kepada   Ketua  Penerangan  tersebut    kerana  bersikap  pro-aktif  membela  nasib  ADUN-ADUN  Barisan  Nasional   yang  dipinggir.  Jarang  kita  jumpa   pemimpin  Pembangkang  yang  bertungkus  lumus  memperjuangkan  nasib  ADUN  dari  Parti  musuh.

Oleh  yang  demikian  saya  fikir  tidak  logik  langsung   pihak   Pemimpin  tertinggi  BN  diNegeri  Perak  menyangkal   kenyataan-kenyataan  akhbar  dari  Parti  lawan  itu.    Didalam   Sidang  Akhbar  tersebut   perkara  yang  diutarakan    semata-mata   menegur  pimpinan  BN  yang  tidak  adil  kepada  ahli-ahlinya    dan  meminta  supaya     diberi  perhatian   yang   sewajarnya  kepada   ADUN-ADUN  dari Parti  sendiri.

Kepada  pemimpin  PKR  yang  terang-terangan   memperjuangkan  nasib  ADUN-ADUN  BN  ini  adalah  disyorkan  untuk  memikirkan   kedudukan  anda  dalam  PKR.   Jangan  nantinya  anda  dilihat  seperti  mengharapkan   win-win  situation dalam  kerjaya  politik.    Sidang  Akhbar   seperti  itu   hanya   bertujuan   mencari  political  mileage tanpa  disedari  yang  ianya  secara  tidak  langsung  menjadi   dilemma kepada  Parti.   Mengapa  terlalu  cepat   lupa   kepada  kisah  Penyeberangan  ADUN  Bota?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: