NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?

Jika  ditanya  kepada  setiap  ahli   PKR  siapa  yang  dimaksudkan  Napoleon  Kecil saya  percaya  ramai  yang  tidak  tahu.    Parti  yang  ditubuhkan  semata-mata   mahu    memberikan  harapan  baru  kepada  rakyat   setiap  anggotanya   dipercayai   memiliki  iltizam  yang  sama.

Apabila  perkara  Napoleon  Kecil ini  ditonjolkan  disamping   mendapat  liputan  media  yang  cukup  meluas  ramai  ahli-ahli  diakar  umbi   mula  bertanya  soalan-soalan  yang  berkaitan     seperti   siapa   orangnya  yang  dimaksudkan  sebagai  Napoleon  Kecil itu.

Saya  menyertai  keADILan  semenjak  dari  Day  One.    Dikala  itu  ramai  aktivis  NGO  dari  ABIM,  JIM dan  orang-orang  yang  tidak  berParti  berpusu-pusu  masuk  Parti  KeADILan  Nasional.   Peristiwa  inilah  yang  mempengaruh  saya  untuk    sama-sama  turut  serta.   Parti  ini  menjadi  Elit apabila   ianya  mula   dikuasai  oleh  mereka-mereka  yang   datangnya  dari  UMNO.  Tidak  kiralah  samada  mereka  secara  sendiri-sendiri  keluar  UMNO  ataupun  mereka-mereka  yang  dipecat  dari  Parti  itu.

Riak  Napolean-Napolean  Kecil ini  telah  mula    dilihat  sewaktu  Perhimpunan  Agung  Tahunan  yang  diadakan  diKemaman   lagi  dimana  tokoh-tokoh  hebat  yang  datang  dari  ABIM  dan  JIM    telah  dipinggirkan  didalam  pemilehan  Ahli  Majlis  Tertinggi.     Perkara  ini  turut  merebak  diBahagian-Bahagian  dimana  orang-orang  dari  UMNO  sahaja  yang  layak  menjadi  Ketua  Bahagian  dan  dipilih  sebagai  calun  pilihanraya.

Negara  menuju  PRU  ke  13  dan   kita  masih  belum  terlambat  untuk  membersihkan  Parti  (keramat ) PKR   ini.    Jika   usaha-usaha  pembersihan  ini  tidak  dilakukan  segera  besar  kemungkinan  Parti  ini  akan  bertukar  menjadi  Napoleon  Kingdom  dan  sedikit  demi  sedikit  mereka  yang   dulunya   bukan  dari  keturunan  itu  akan  mengucapkan  Goodbye.

Melalui   penjelasan   diatas  adalah  diharapkan  soalan:    Napoleon  Kecil  datang  dari  mana? telah  terjawab.   Kepada  para  Perwakilan  yang  akan  berada  diKelantan  minggu  hadapan  tidak  kira    samada   yang   Napoleon  ataupun    yang   bukan  saya    ucapkan  selamat  berKongres.

One Response to NAPOLEON KECIL DATANG DARI MANA?

  1. merbok says:

    operasi pembersihan ni kena buat sekarang (sebelum PRU13) tolong buat segera.. kami dah letih dengan gelagat ahli-ahli yg cuba bawa ‘penyakit’ umno ke dalam PKR!

    benda-benda mcm ni kena buat macam doktor pakar.. mana-mana anggota yang buruk dan agak-agak tak boleh nak ubat… kerat dan buang.. gigi buruk, cabut dan buang… senang! simpan lama-lama nanti mudarat satu badan! kalau satu badan dah sakit.. parah tu! macamana nak lawan BN?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: