BERITA KITAR SEMULA

Berita  Harian  keluaran     Selasa  04  Mei membawakan  berita  dengan  tajuk    ”  Umno bincang nasib  Melayu  Pulau  Pinang  “. Lama  juga  saya  berfikir  sama  ada  cerita  ini  satu  cerita    yang  fresh atau  kitar  semula.    Diperihalkan   satu  Konvensyen  Ekonomi  Melayu  Pulau  Pinang  akan  diadakan  pada  8  dan  9  Mei   diPoliteknik   Seberang  Perai.   Perasmiannya  pada  hari  Sabtu  8hb  Mei  akan  disempurnakan  oleh Perdana  Menteri   Malaysia   Datuk  Seri  Najib  Tun  Abdul  Razak.

Kenyataan-kenyataan   untuk  membela  nasib  melayu  Pulau  Pinang  sering  berkumandang  pada  setiap kali   Pilihanraya  tidak  kiralah    sama  ada  ia  Pilihanraya  Umum   atau  Pilihanraya  Kecil.      Negara   sudah  bebas  daripada  penjajahan    dan  mencapai  Kemerdekaan  pada  tahun  1957   namum  kita  tidak   mengerti  apa  bendanya   yang  menghalang   orang-orang melayu  Pulau  Pinang   daripada  mendapat   kemajuan   seperti  yang  dinikmati  oleh  rakyat  Malaysia    dilain-lain  Negeri.   Ia  dilihat  sangat   pelik   kerana  sebelum   DAP  dapat  mengetuai  Kerajaan  Pulau  Pinang    bermula   Mac  2008,   Barisan  Nasional  memerintah  Negeri  tersebut   berpuloh-puloh  tahun  lamanya.    Mengapa  dalam  tempoh  sepanjang  itu  masaalah   Ekonomi  Melayu   tidak  diberi  keutamaan?     Ditambah  pula  Perdana  Menteri  sebelum  ini  adalah  anak  watan  Pulau  Pinang.

Orang-orang  politik  diPenang  ketika  ini  hanya  berminat   mencari  kelemahan  DAP  dengan  mengatakan  Kerajaan  Pakatan  Rakyat  meminggir  masyarakat  melayu  dan  sebagainya.   Segala  kebaikan  yang  dilakukan  oleh  Pakatan  Rakyat   tetap  mendapat  tentangan  dan  ada  sahaja  yang  tidak  kena.

Melalui  tulisan  ini  adalah  diharapkan  selesai  sahaja   berkonvensyen  janganlah  bertangguh  lagi.   Setiap   perancangan  hendaklah  dilaksanakan  secepat  mungkin.  Dengan  berbuat  sedemikian  sekurang-kurangnya  segala  pengabaian  selama  ini  dapat  dimaafkan.  Jika  Konvensyen   ini    diadakan   bertujuan  untuk   menagih   kembali  sokongan   semata-mata,   besar  kemungkinan  hasrat  tersebut  tidak  akan   tercapai.    Rakyat  Pulau  Pinang  sudah   mula  selesa  dengan  cara  Pakatan  Rakyat  khususnya  DAP.  Yang  pasti  mulai   Mac  2008   Label  Pi  Mai  Pi  Mai  Tang  Tu sudah  tidak  sepopular  dulu.  Jika   ianya  ibarat  sebuah  lagu  ternyata  ia   sudah   terkeluar   carta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: