Kemenangan kerusi-kerusi DUN Pulau Pinang oleh PKR dan juga PAS pada PRU ke 12 bolehlah dianggap sebagai disokong oleh undi-undi protes dari kalangan anggota BN itu sendiri. Akan tetapi bagi DAP ia adalah kemenangan mutlak. Kesedaran berpolitik telah disemai semenjak DAP melancarkan ” Tanjong 1 ” lagi. Memang benar Projek Tanjong yang terdiri daripada Tanjong I, Tanjong II dan Tanjong III kesemuanya menuju kegagalan. Begitu jugalah yang berlaku kepada Parti Gerakan – kerana mereka juga gagal menunaikan tanggungjawab walaupun dinaungi Barisan Nasional.
Mac 8 2008 telah benar-benar menyedarkan masyarakat Pulau Pinang betapa DAP perlu diberi peluang memerintah Pulau Mutiara. Ini terbukti apabila Kerusi-Kerusi yang ditandingi oleh calun Parti Gerakan tewas kesemuanya kepada DAP. Hari ini walaupun diberikan berbagai halangan dan tekanan Parti DAP tetap utuh dan bagi tempoh dua ( 2 ) tahun ini telah terbukti yang mereka mampu mengetuai Pakatan Rakyat diPulau Pinang dan akan terus menjana idea-idea baru bertujuan memberikan kemakmuran serta keselesaan kepada rakyat.
Beberapa Tulisan yang bersepah dalam Mingguan Malaysia hari ini seperti Wawancara Bersama YB Zahrain sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki ditanahair sekembali dari menyertai Rombongan Menteri Jabatan Perdana Menteri keAmerika Syarikat , Temubual bersama YB Zul yang memperlekeh Parti-Parti dalam Pakatan dan kenyataan YB Mohsin yang memberikan penjelasan mengapa beliau tidak mahu mengosongkan Kerusi walaupun telah menerima desakan daripada pengundi-pengundinya – sedikitpun tidak dapat menggugat kehadiran Pakatan Rakyat diPulau Pinang. Malah mereka-mereka inilah yang akan tersingkir pada PRU ke 13 nanti. Mereka memilih untuk menjadi orang yang tidak ada Pendirian dalam perjuangan politik. Memang tidak salah menjadi seorang yang bebas tetapi tidakkah bebas itu juga sama ertinya sebagai tidak perlu bertanggungjawab?
Kepada yang berselera besar untuk merampas kembali Pulau Pinang sorry to say cara-cara menghebahkan benda-benda yang disebut oleh orang-orang Bebas ini sebenarnya tidak sedikitpun membantu. Rakyat kini bukan setakat celik komputer sahaja malah mereka sentiasa celik dalam pejam.