DARIPADA BERBALAS PANTUN LEBIH BAIK SEMAK DIRI

Beberapa  hari  ini  kejadian-kejadian  seperti  penderaan,  rompakan, nahas  jalanraya  telah  menjadi  berita  kecil   sahaja.    Berita-berita  yang   terpampang  dimuka-muka  depan  Akhbar  ialah  mengenai  krisis  berpanjangan  dalam  Parti  Keadilan  Rakyat.   Setiap  hari  ada  sahaja  yang  keluar  Parti.  Ada  yang  menyerah  diri  kembali  kepangkuan  UMNO  dan  tidak  kurang  juga  yang  berasa  lebih  selesa  tidak  berParti.

Lanjutan  daripada  peristiwa-peristiwa  ini  saya  lihat  Pimpinan  diperingkat  pusat  sentiasa  menangkis  setiap  yang  dilemparkan  oleh   mereka-mereka  yang  telah  menjadi  Bekas  Ahli  tersebut.     Apabila  bekas-bekas  ahli     mengzahirkan    kekecewaan    mereka      terhadap  pimpinan    yang  tidak  berfungsi  malangnya  dari   pihak  pimpinan  hanya   mengambil  jalan  pintas  dengan  menempelak  mereka  dengan  menuduh   Bekas-Bekas  Ahli  tersebut   tidak  mengenang  budi,  tamak   dan  hanya  mementingkan  diri.    Perdebatan  yang  diberi  liputan  istimewa  oleh  Media    Perdana  ini  tidak  ubah  seperti  berbalas  pantun.

Tanpa  disedari  pihak  musuh  telah  berjaya  menghidu  kelemahan   yang   terdapat    dalam PKR .  Walau  bagaimanapun  saya  yakin   Parti  Keadilan  Rakyat  yang  ditubuhkan  oleh  para  Reformis  ini  masih  boleh  diselamatkan  dengan  beberapa  syarat.

Syarat  yang  pertama  bagi    yang   mengaku   mereka    adalah  Ahli-Ahli  Majlis  Pimpinan  Pusat  segera  turun  keakar  umbi.   Tidak  keterlaluan  saya  katakan  ramai  ahli  tidak   mengenal  Timbalan  Presiden   dan  sebilangan  Ahli  MPP  secara  dekat.   Kebanyakan  Pemimpin  Tertinggi  tersebut  hanya  tunjuk  muka  apabila   ada  penganjuran  ceramah  dan  Majlis-Majlis  Bertemu  Pemimpin.   Saya  maksudkan  yang  tidak  kenal  Ahli  MPP  adalah  mereka-mereka  yang  bergiat  diRanting-Ranting.   Bagi  para  Pemimpin  diperingkat  Cabang  mereka  memang  kerap  berjumpa  kerana  kehadiran  diKonvensyen  dan  diKongres  Tahunan.

Yang  kedua  apabila   Pimpinan  yang   lebih   tinggi  dimaklumkan  tentang  berlakunya  tindas menindas diperingkat  Cabang  ( contoh )  mereka   hendaklah  segera  melakukan  siasatan  kerana    saya  pasti  mesti  ada   kebenarannya  pada  setiap  Aduan  tersebut.   Dalam  hal  ini  suka  saya  merujuk  Sidang  Akhbar   Pimpinan  PKR  Negeri  Perak   yang  dilapurkan  oleh   Sinar  Harian  pada   23  Februari  2010.   Dalam  Sidang  Akhbar  tersebut  ada  dinyatakan  yang  pihak  Pimpinan  Negeri  Perak  sedar   ada  dakwaaan  segelintir  ahli  yang  merasakan  dirinya  terpinggir  dan  pihaknya  sedang  meneliti dari  setiap  Cabang  untuk  memastikan  kebenaran  dakwaan  tersebut.   Saya  percaya  usaha  mereka  hanya  berakhir  diperingkat  meneliti sahaja  dan  terus  sahaja  mengambil  kesimpulan  yang  semua  dakwaan  tersebut  tidak  berasas.   Ketua  Cabang  tetap   didapati  betul   kerana  lazimnya  Pemimpin  Tinggi   ini   adalah   terdiri  dari  Ketua-Ketua   Cabang  juga.  Takkan  nak  cari  pasal  pulak.

Yang  ketiga,  selama  10  tahun  lebih  ahli-ahli  berjuang ,  berkorban  masa  dan  juga  harta  apa  bentuk  penghargaan  yang   ada  dalam   fikiran   Pemimpin   Parti.    Jika  benarlah    setiap  ahli  kena  akur  kepada    falsafah   Apa yang kita boleh beri kepada  Parti  bukan  apa  yang   kita boleh  dapat mengapa  pula  ada  segelintir  ahli   mendapat   pengecualian?

Saya  ada  satu  falsafah  untuk  dikongsikan.  Ia  berbunyi  seperti  berikut:  Peristiwa  ahli  keluar  seorang  demi  seorang  sama  sekali  tidak  mencemaskan.  Yang  mungkin  menjadi  cemas  hanyalah   apabila  tidak  cukup  ahli  untuk   memenuhi   kuota   calun   semasa  Pilihanraya. Walau  macam  manapun  PAS  dan  DAP  sentiasa  bersedia  membantu  melengkapkan  kuota  tersebut.  Yang  penting  bagi  Pakatan  Rakyat  ialah   satu lawan  satu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: