Sebuah filem epic Italy keluaran tahun 1966 berjodol The Good, The Bad and The Ugly telah mendapat sambutan luarbiasa diseluruh dunia. Kisah tiga watak yang dilakonkan oleh Clint Eastwood, Lee Van Cleef dan Eli Wallach ini telah menjadi ikutan anak muda dizaman itu.
Saya teringatkan kisah filem ini sebaik saja saya terjengah satu berita dalam Sinar Harian keluaran kelmarin bertajuk Gerakan sulit untuk jatuhkan PKR Perak seolah-olah ada persamaan. Akhbar tersebut telah memetik (quote) beberapa kenyataan daripada Sdra Madzi Hassan selaku Naib Pengerusi Negeri dan dari Sdra Md Nasib Abdul Rahim , Ketua Biro Strategi PKR Negeri yang menganjurkan Sidang Akhbar diPejabat Parti Keadilan Negeri diIpoh.
Walaupun tulisan tersebut telah saya baca beberapa kali tetapi saya masih tidak faham apakah tujuannya Sidang Akhbar ini diadakan. Jika benar ada pihak yang telah berjaya membeli ahli-ahli PKR dengan mengumpan habuan yang lumayan seperti yang didakwa, mengapa pula tidak dinyatakan secara tepat jumlah ahli yang telah berpaling tadah? Apa reaksi mereka sekarang setelah bergelar orang kaya? Setidak-tidaknya nyatakan dari Media mana berita tentang hal ahli keluar Parti tersebut diperolehi. Jika sekiranya perkara tersebut belumpun berlaku dan ia hanya dijangka boleh berlaku janganlah terlalu mudah untuk Jump the Gun.
Sebagai seorang ahli parti saya kecewa perkara ini boleh berlaku. Bagi saya tidak salah para pimpinan mahu mengadakan Sidang Akhbar dan malah jika hendak dibuat setiap haripun teruskanlah. Pokoknya Sidang Akhbar yang diadakan ini lebih kepada mahu mempromosi sesuatu atau mahu melakukan kelainan daripada Parti-Parti politik lain.
Saya suka merumuskan disini yang Sidang Akhbar tersebut telah dapat menghasilkan sesuatu yang baru bagi era politik dizaman ini. Berkisar kepada persamaan dengan watak filem tadi suka saya huraikan seperti berikut:
Penerbitan Akhbar tentulah boleh meningkatkan jualan kerana memberi ruang kepada Sidang Akhbar tersebut dan bolehlah diletak sebagai The Good. Bekas-Bekas ahli yang dikenalpasti bertindak sebagai Agent Pengumpan tentulah telah mendapat publicity yang meluas terhadap kerja-kerja mereka dan tidak salah diletakkan sebagai The Bad. Dan akhir sekali tidak adakah sesiapa yang merasa pelik satu Biro yang penuh sarat dengan hal-hal kerahsiaan perang saraf serta strategy parti meminta bantuan media rakyat membereskan kerja. Pada kebiasaannya Biro seperti ini diletak sebagai Strictly Confidential dimana pihak musuh politik tidak sepatutnya kenal pemegang jawatan tersebut. Tidakkah perkara seperti ini boleh dianggap Ugly?