Seperti semua sedia maklum Rancangan Hiburan Akademi Fantasia terbitan ASTRO RIA akan datang lagi menemui peminat-peminat setia. Musim ke 8 yang bakal dipimpin oleh Ketua Eksekutif KRU Sdra Norman Abdul Halim akan menemui peminat tidak berapa lama lagi. Sekian ramai yang terpilih menyertai Konsert setiap minggu secara live terpaksa berentap supaya tidak terkeluar awal. Hampir kesemua peserta merasakan merekalah yang akan tersingkir pada pesembahan dihujung minggu tersebut dan debarannya tidak pernah reda.
Dalam Arena Politik pula perkara yang seakan sama turut berlaku. Ianya tercipta dalam bentuk Mencabar. Saya senaraikan Pencabar seperti berikut dan lambat laun kita akan tahu siapa yang akan menjadi mangsa:
1. Negeri Kelantan mesti dibayar 5% Royalti Minyak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Petroleum Developement Act 1974 bukannya Wang Ehsan. Satu Cabaran kepada PETRONAS.
2. Zulkifli Noordin Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bahru melalui sebuah Program terbitan TV 3 secara live berkata DAP tidak diperlukan dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau lagi DAP telah menjadi punca kepada semua masaalah yang melanda pembangkang. (Lapuran oleh Akhbar Utusan Malaysia). Satu Cabaran kepada DAP untuk keluar Pakatan.
3. Kerajaan Perak hari ini berpaksikan tiga ( 3 ) DUN diwakili oleh BEBAS. Satu Cabaran kepada ADUN Jelapang, Changkat Jering dan Behrang untuk mengosongkan kerusi kerana rakyat tidak setuju dengan peraturan BN Friendly.
4. Tengku Razaleigh bersuara lagi. Beliau dipetik sebagai berkata Ir. Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar Negeri Perak kerana beliau tidak meletak jawatan. Satu Cabaran kepada Zambry Abd Kadir untuk segera membubarkan DUN.
Cabaran-cabaran yang disenaraikan diatas tidak memerlukan Undi SMS. Ia akan gugur dengan sendirinya jika tidak ada sesiapapun yang sanggup mengambilnya sebagai sesuatu yang serious. Walau bagaimanapun sedikit sebanyak semua cabaran tersebut dapat menyedarkan rakyat tentang langkah yang perlu mereka ambil pada PRU ke 13 nanti.