Berita Bergambar yang menunjukan sebilangan besar kerusi terbiar kosong diKonvensyen anjuran Kementerian Belia dan Sukan sangat-sangat mengecewakan. Konvensyen tersebut berlangsung beberapa hari yang lepas diPWTC Kuala Lumpur. Majlis yang baru bermula separuh hari menjadi lenggang selepas waktu makan. Jika benarlah penghuni-penghuni kerusi tersebut pergi Shopping atau terus terlelap dikamar Hotel lanjutan dari waktu rehat dan solat ia adalah satu perbuatan yang tidak beretika. Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 ini adalah sesuatu yang sangat-sangat penting untuk menentukan kejayaan dimasa depan. Mereka khianati amanah jabatan yang mereka wakili. Lebih-lebih lagi mereka menghampakan harapan rakyat. Apakah penganjuran Konvensyen seperti ini dibuat untuk menghabiskan peruntukan tahunan yang tersedia?
Gelagat sambil lewa dan tidak komited seperti yang ditunjukan oleh sebilangan pegawai inilah yang telah membuatkan prestasi sukan kita menjadi terumbang-ambing. Bukan sahaja tidak dapat meningkatkan kedudukan untuk bersaing secara sihat malah ranking yang adapun kian menurun. Saya tidak sabar untuk melihat apakah reaksi Pak Menteri terhadap insiden tersebut dan apakah bentuk tindakan yang akan diambil.
Bercakap mengenai Konvensyen teringat saya kepada tulisan Lawyer Madzi dalam Blognya (madzihasan.blogspot.com) bertajuk Tahun Untuk Berkonvensyen. Walaupun didalam tulisan tersebut beliau menghuraikan betapa satu demi satu konvensyen harus dilalui oleh para penggiat politik Pakatan Rakyat, beliau sama sekali tidak mengzahirkan rasa bosan atau memandang ringan setiap tugasan. Ahli-Ahli Politik dalam Pakatan Rakyat berasa bangga berperanan didalam Konvensyen-Konvensyen yang mereka sertai walaupun mereka hadir dengan menggunakan resources sendiri. Tidak seperti pegawai-pegawai kerajaan dimana segala-galanya akan tersedia.
Akhir sekali saya sangat-sangat berterima kasih kepada Berita Harian kerana dengan beraninya memaparkan berita sedih tersebut didada Akhbar mereka. Walaupun hanya muncul diruang sukan ia tetap berjaya membuka banyak mata. Melalui pendedahan ini juga dapatlah Satu Malaysia menilai pencapaian yang macam mana yang hendak diutamakan.