MASIH ADAKAH SETIAKAWAN DALAM BARISAN?

Tajuk  tulisan  saya    kali  ini   hanyalah  merupakan  satu  soalan  semata-mata.  Ianya  boleh  dijawab  didalam  mana-mana  Media,  memberikan  jawapannya   kepada  diri  sendiri  ataupun  boleh    sahaja  dengan  tidak  menjawab.

Persoalan  yang  dimaksudkan  sebenarnya  satu  perkara  besar   oleh  kerana    Barisan  masih  lagi  Memerintah  Malaysia.    Menyinkap  masaalah  dalaman  Parti-Parti  dalam  Barisan  tidak  ada  satupun  Parti  komponen   berkenaan   yang  tidak  bermasaalah   kecualilah  sebilangan   yang   berada  diSabah  dan  diSarawak.

Bermula  dengan  UMNO   yang   terus-terusan  mendesak   supaya   pucuk  pimpinan  berundur  disebabkan  kekalahan  teruk  pada  Pilihanraya  Ke  12.  Dan  yang  terakhir  satu  pengakuan  secara  terbuka  oleh   salah  seorang  ahlinya  yang  mengatakan  “UMNO  busuk  hingga  keusus”.     Kemudian  diikuti  oleh  MIC  dimana  bekas  Timbalan  Presiden  mereka  tidak  direstu  menyertai  pimpinan  bagi  mengukuhkan  Parti.   Berikutnya  pula  satu  komponen  iaitu   PPP  pula  bermasaalah.  Sehingga  ada  satu Mesyuarat  Agung  Luarbiasa  diadakan  bagi  menganti  Presiden.     Hingga  kehari  ini  pun  cabar  mencabar  masih  berterusan.    Bagi  MCA  pula  mereka  sedang  berdepan  dengan   Krisis  Pimpinan yang  amat   serious.    Diantara  Presiden,  Timbalan  Presiden  dan  Naib  Presiden  kegiatan  tumbang  menumbang  sedang  berlaku  dengan  rancak.

Akibat  dari  kemelut  yang  menimpa  komponen-komponen  ini   ada  terdapat  Menteri  Kabinet   dan  Timbalan  Menteri   yang  telah  meletak  jawatan  tertinggi   dalam  Parti   dan   ada  juga  Timbalan  Menteri  yang  telah  dipecat  oleh  Parti.     Walau  bagaimanapun  kedudukan  mereka  tidak  terjejas  oleh  kerana  Jawatan  Menteri  dan  Timbalan  Menteri  tersebut  adalah  atas  Kuasa  Mutlak  Perdana  Menteri.

Kemuncak   kepada   masaalah   Setiakawan yang  saya  maksudkan  ialah   desakan  supaya  Jawatan  Pengerusi  Barisan  Nasional  Negeri  Pulau  Pinang   dipindahkan  dari  kekuasaan  GERAKAN  kepada  UMNO.      Alasan  yang  diberi  hanya  kerana  kesemua  ADUN  diDewan  Undangan  Negeri   diwakili  oleh  UMNO.  Gerakan  telah  gagal  sepenuhnya  pada  PRU  ke  12  diPulau  Pinang.    Parti  mana   pula  yang  boleh  menjadi  Pengerusi  Negeri  jika  semua  Kerusi  yang  ada  ini  gagal  dipertahankan  pada  Pilihanraya  Umum  ke  13  nanti?     Saya  tidak    ada   idea  bernas untuk  membantu   mengatasinya.   Apa  kata  ikut   sahaja   nasihat    Budak  Despatch Nabil  Raja  Lawak iaitu   “Lu  fikirlah  sendiri”.

Disinilah  relevan nya  Pakatan  Rakyat  untuk  menyelamatkan  rakyat  dari  dibelenggu   bebanan  dan  masaalah  yang  tidak  sudah-sudah.    Walau  apapun  sedang  diperkatakan  oleh  musuh,   Parti-Parti  yang  bergabung  dalam  Pakatan  Rakyat  hari  demi  hari  semakin  kuat  dan  semakin  mendapat  kepercayaan  khalayak  jelata.

Tujuan  sebenar   saya  menulis  ialah  bagi   mengimbangi    persoalan  yang  ditimbulkan  oleh  Zulkiflee  Bakar  dalam  Rencana  beliau   bertajuk   Kesepakatan Pembangkang? Rencana  tersebut  telah  disiarkan  oleh  Akhbar Utusan. Didalam  Rencana  yang  dimaksudkan  ini  siPenulis (Zulkiflee Bakar)  telah  menzahirkan  perasaan  yang  berbagai.   Adakalanya  beliau  mengucap  Tahniah kepada  Parti  PAS   disebabkan   berani  mempertaruhkan  kewibawaan  kerana  menyertai  Pakatan  Pembangkang.  Ada  juga  perenggannya (Rencana)  beliau  mencemuh  Parti  PAS  kerana  tidak  berpendirian.  Diakhirnya  beliau  meluahkan  rasa   kecewa dan   berkata Kasihan PAS kerana  menurut  beliau  Parti  PAS  yang    lebih  besar  dan  berpengaruh  hanya  menjadi  “pak  turut”.

Akhir  sekali  saya  tutup  tulisan  ini  dengan  perasaan  yang  cukup  sympathetic kepada  Sdra  Zulkiflee  Bakar   kerana  tidak  dapat  memberikan   sebarang    kredit kepada   Rencana  beliau  itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: