BERCUTI BUKAN, BEKERJAPUN BUKAN TETAPI PULANG MEMBAWA MUTIARA

Tajuk  yang  santai  seperti   diatas  boleh  dimengerti  sebagai  satu   ungkapan  sinis  tetapi   tidak   berkehendakkan   pemerhatian  khusus.    Ia    boleh   saja    dianggap  sebagai   satu  tekanan    pada  pemulaan   tetapi   berakhir  dengan    rahmat    besar.

Kisah  bermula    dihujung   minggu  yang  baru  berlalu.    Saya   telah    berada  diPulau  Pangkor.    Lebih   tepat   lagi,   saya   telah   menginap  diPuteri  Bayu  Beach  Resorts,  Pasir  Bogak.     Tempat  ini    sebenarnya   tidak   asing   buat   saya  kerana    pernah   berkhidmat  diDaerah  Manjung   dan   Pulau  Pangkor   ini   termasuk   dalam   kawasan  gerakerja  saya  dulu.     Sudah  lebih  10  tahun   saya   tinggalkan   tempat  ini.       Kunjungan   kembali   ini   bolehlah   dianggap   sebagai   a  revisit to Down Memory Lane. Sepintas  lalu    tidak   banyak  perubahan   physical  yang  berlaku   Sepanjang   tempoh     saya  tinggalkan   tempat   ini.    Yang  ada  sedikit  perubahan  pun    hanyalah  Jalan  Tar  dari  Jetty  ketempat-tempat  tumpuan  pelancong  telah  diperbesarkan  sedikit.

Seperti  yang  saya  katakan  diawal  tadi,     kehadiran   saya   kali  ini    bukan  kerana    ada   sesuatu  pekerjaan  atau    mahu   mendapat  kerehatan   yang    secukupnya.     Secara  kebetulan  sebaik  sahaja   saya  sampai  disini    saya  terserempak   dengan     Pasukan   Pencari   Mutiara.   Melihatkan  yang  saya  tidak    ada  apa-apa    aktiviti   yang   khusus    maka    ahli-ahli  Pasukan  tersebut  membuat  tawaran  untuk  saya  menyertai    Adventure yang  mereka  rancang  itu.  saya    cukup  menghargai   tawaran   tersebut  dan   bersetuju   bersama-sama  terjun  kedasar  laut.

Dipendekkan  cerita  memang  banyak  Mutiara  yang  kami  temui.    Kami    terpaksa   berdepan  dengan   berbagai   masaalah   untuk  membawa  Mutiara-Mutiara    tersebut   keAtas.    Setiap   Pencari  nampaknya   cukup   berahsia  tentang    kuantiti  Mutiara  yang  mereka  berjaya  bawa  naik.    Memang  ada  diantara   kami   yang  tidak  mendapat  sebarang  hasil.

Saya  tidak   mahu    rahsiakan  penemuan  ini.      Secara  jujur  saya  mengaku   telah   berjaya  mengutip  beberapa    butir   Mutiara    dari  dasar  laut  itu.     Disini  saya  sangat  terhutang  budi  kepada  Sifu Fauziah, Dr. Z,  Master  Ismail  dan  Master  Rahim  kerana    tanpa   pertolongan   dan  bantuan  mereka  tidak  mungkin  saya   berjaya  didalam  Misi  tersebut.

Saya  ceritakan  ini  semua  dengan  harapan   ia  difahami.    Jika    ada  lagi  peluang   sebegini  saya   mahu   menyertai    Penerokaan    Kenny,  Remy,  Martin    dalam …. Ku Petik  Bintang-Bintang.

6 Responses to BERCUTI BUKAN, BEKERJAPUN BUKAN TETAPI PULANG MEMBAWA MUTIARA

  1. baginda® says:

    salam..
    berapa butir dapat?
    hitam ke puutih?
    pas tu, tuan cari mutiara tpt ternak atau liar?

    • ahmadzawawi says:

      Baginda,

      Soalan-soalan tuan semuanya hebat tetapi jawapan saya hanya cukup makan. Terima kasih tidak terhingga.

  2. ahmadzawawi says:

    Baginda,

    Dapat 2 butir.
    1 hitam dan 1 putih.
    Kedua-dua tempat liar dan dikawasan ternakan.

  3. baginda® says:

    hehe sifu saya peminat mutiara gak… tapi lepas dapat pergi sabah tahun lepas dapat jugak tau sikit2 pasal mutiara…🙂

    malangnya saya tak sempat beli untuk diri sendiri… hehe dalam beli2 bagi kat orang abis…

  4. ANJA says:

    Bestnya …minta satu boleh?

    • ahmadzawawi says:

      ANJA,

      Maaf kerana lambat respond. Sepanjang minggu ada gangguan pada line telefon, Rupa-rupanya minat pada Mutiara. OK lah saya boleh bagi tetapi jangan beritahu orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: