Saya terpanggil untuk mengucapkan Syabas kepada Peminat-Peminat Bolasepak Negeri Kelantan. Mereka kesal dengan apa yang berlaku diBukit Jalil disamping faham diatas kekecewaan segelintir peminat ketika itu. Mereka mahu bertanggung jawab lantas menganjurkan Kutipan Derma bagi membantu Pengurusan Bolasepak Negeri sedaya mungkin agar pembayaran Denda yang dikenakan FAM dapat diselesaikan segera.
Persatuan Peminat diNegeri Cik Siti Wan Kembang ini tidak sanggup berputih mata. Mereka mahu pasukan kesayangan terus bertarung diMusim hadapan. Bagi mereka memelihara maruah Bolasepak dan maruah Negeri adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama. Usaha murni (kutipan derma) yang sedang rancak dikelola oleh pihak Persatuan Peminat Negeri Kelantan ini sepatutnya dicontohi oleh Persatuan lain.
Malang sekali perkara sebegini tidak berlaku diNegeri Perak. Negeri yang selama ini begitu gah dalam kancah bolasepak negara hanya mampu menghitung kenangan. Persatuan Peminatnya telah keluar dari landasan. Persatuan yang dipimpin oleh Sdra Jamil ini sudah mengubah selera. Daripada tugasan memukul gendang dan pencetus Mexican Waves mereka kini menjadi kumpulan Pendesak. Seperti apa yang dilapur oleh Akhbar Sinar Harian keluaran Isnin kumpulan tersebut mendesak pihak Pengurusan Baru segera mengumumkan senarai pemain bagi musim hadapan sambil memberi saranan supaya Dato Sri Nizar meletak jawatan. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka ini ditaja ataupun secara sukarela. Tetapi apa yang sedang mereka lakukan seperti memburuk-buruk pihak Pengurusan yang sedia ada kepada Media tidak sedikitpun dapat membantu menyelesaikan masaalah. Apakah mereka mahu menipu diri sendiri yang sebelum inipun Persatuan Bolasepak Perak ada berdepan dengan masaalah yang serupa. Hutang yang bertapuk tersebut sudah tentulah dari warisan sebelumnya. Jika Kelab Peminat benar-benar perihatin terhadap masa depan Bolasepak Negeri Perak mereka sepatutnya menghulur tangan membantu apa yang mungkin. Menjadi Pendesak bukan sahaja tidak berfaedah malah boleh meluntur semangat ahli-ahli kelab yang sedia ada. Saya tertarik dengan kata-kata Sdra Jamil yang melihat Presiden Pafa sekarang sedang belayar bersendirian dan beliau sepatutnya mengambil iktibar daripadanya. Jika terus-terusan pemimpin kelab mengejar publisiti dan bersikap mencari salah orang saya rasa nasib sdra akan lebih malang dari Dato Sri Nizar. Sdra mungkin akan terus menjadi Presiden seumur hidup tetapi kepada Kelab yang hari demi hari kehilangan ahli. Jika cenderong dalam politik berpolitiklah semahunya didalam mana-mana Pertubuhan Politik. Didalam persatuan seperti Kelab Bolasepak kesemua ahlinya Bercakap bola, tidur bola, makan bola dan kalau boleh nak menikah dengan bola.
Untuk makluman Sdra Jamil orang-orang yang sentiasa memenuhkan Stadium Perak adalah mereka yang betul-betul sayangkan pasukan dan akan sentiasa memberikan sokongan moral yang sepatutnya. Ahli-ahli Kelab yang mendapat subsidi harga tiket sebenarnya tidak sebanyak mana. Saya berpendapat peminat-peminat bolasepak diPerak lebih selesa tidak menyertai mana-mana persatuan daripada dinaungi oleh kelab yang sedang merencana agenda politik sempit.
Bab Kelantan, no komen….. Tapi Perak…..
Memang punn….. Ramai yg terlebih pandai. Baik dari segi pengurusan mahupun dari segi tektikal/teknik. Bab mengutuk, usah cerita la….. Kalau didengarkan semua yg diperkatakan, apa pun tak jadi…
Reblogged this on Ahmadzawawi's Weblog and commented:
Pasukan Bolasepak Perak tidak konsisten