WANITA keADILAN (PKR) NEGERI PERAK HEBAT DIBAWAH KEPIMPANAN FATMAWATHY

Parti  KeADILan  Nasional  yang  ditubuhkan dalam  tahun  1998  dengan  tempoh  yang  singkat  telah  berjaya  menyertai Pilihanraya  Umum Ke 10.    Didalam  Pilihanraya  tersebut    Parti  Keadilan  Nasional  telah  memenangi  Kerusi  DUN  Bota   yang  diwakili  oleh  Kapten (B)  Usaili  Alias.    Serentak  dengan  penubuhan  tersebut  juga  sayap-sayap  Wanita  telah  diujudkan  disetiap  Bahagian  dalam  Negeri  Perak.

Puan  Fatmawathy  Salim  adalah  dikalangan  mereka  yang  terawal  (pioneer)  menyertai  Parti  dan  memperhambakan  diri.   Beliau  bermula  sebagai  ahli  biasa  sahaja.  Kelibat  beliau  akan  dapat  dilihat  disetiap  aktiviti  Parti  sama  ada  diPeringkat  Negeri  mahupun  diBahagian.   Beliau  hanya  menjadi  pengikut  sahaja  dizaman  Puan  Sharifah  menjadi  Ketua  Wanita  Negeri  dan  kemudiannya  diambil  alih  oleh  Hajjah  Hasnah.

Pada  era  Sharifah  dan  juga  Hajjah  Hasnah   sayap  Wanita  sangat  malap.   Setiap  kali  diadakan  mesyuarat  J/Kuasa  Negeri  jumlah  kehadirannya  amat   mendukacitakan.   Wanita  PKR  Negeri  Perak  berubah  wajah  semenjak  Puan  Fatmawathy  ditunjuk  sebagai  Ketuanya.  Melalui  kepimpinan  beliau  yang   mesra  dan  terbuka  telah  dapat  menarik  kembali    pemimpin-pemimpin   wanita  Bahagian  memperkuatkan  organisasi.     Suasana  mesyuarat  J/Kuasa  Wanita  Negeri  sudah  mula  meriah.    Banyak  aktiviti-aktiviti  yang  dirancang  telah  dapat  dilaksanakan  dengan  jayanya.     Setiap  mesyuarat  bulanan  dihadiri  oleh  hampir-hampir  seluruh  Bahagian  dalam Negeri  Perak.     Tidak  timbul  lagi   mesyuarat tidak  cukup  korum.    Sampai  kehari  ini  Puan  Fatmawathy  dilihat  masih  komited  terhadap  kerja-kerja  Parti   disamping  suara-suara  sumbang  itu.    Dengan  lain-lain  perkataan   laungan  yang  meminta  beliau  berundur  sedikitpun  tidak  melemahkan  semangat  juang  yang  beliau  miliki.

Kepada  Faridatul Azlina Ahmad Tanjizi  yang  mewakili  100  wanita  yang  mendesak  Puan  Fatmawathy  untuk  meletak  jawatan  suka  saya  nasihatkan   supaya  memahami   Peraturan  dan  Perlembagaan  Parti.    Apabila  kita  telah  baca  dan  faham  akan  Perlembagaan  tersebut  barulah  kita  tahu  perkara-perkara  yang  Boleh  dan  Yang  Tidak  Boleh  sesorang  ahli  buat.    Seterusnya   kita  akan  faham   hanya   Parti   yang  boleh   membuat   soalan   seperti      Apa   yang   Boleh   Anda   Berikan  Kepada  Parti. Sebagai    Ahli    kita  tidak  berpeluang  mengemukakan  soalan  balas.

Jika  seseorang  ahli  itu  tidak  sanggup  akur  kepada  kehendak-kehendak  Parti  memang  sewajarnya  bersetuju  dengan   saranan  Ketua  Umum  Parti   iaitu   memilih  platform   lain yang  mampu   memberikan  keselesaan  dan  kesenangan  tanpa  perlu  berkorban.

Sebagai  rakan  seperjuangan  saya  memohon  agar  Puan  Fatmawathy  tidak  berganjak  dari   Kerusi  Ketua  Wanita   PKR   Negeri  Perak.      Melepaskan   sesuatu  amanah  itu   bererti  kita  tidak  sanggup  menempuh  cabaran   sedangkan  saya  tahu  Puan  Wati seorang  yang  tidak  pernah   gentar  kepada  cabaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: