SEBELAS BULAN YANG PANJANG

Sejauh  manapun  sesuatu  perjalanan  itu  ia  tetap   bermula   dengan   langkah   yang   pertama.   Tanggal  8  Mac  2008  adalah  tarikh  keramat.   Pakatan  yang  masih  belum  terurus  dipaksa  oleh  rakyat  mentadbir  Negeri  Perak.

Pada  dasarnya  Pakatan  Rakyat  mahu   mentadbir  negeri   berjiwa  rakyat.   Sehingga  untuk  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  beserta  dengan  Ahli  JKKK  pun  diserah   mengikut  kehendak  rakyat.   Ahli-Ahli  Majlispun   dianjurkan  terpaksa  melalui  berbagai  saringan.   Proses  melantik  Ketua-Ketua  Kampong  dan  Ahli-Ahli  Majlis  dimulakan  dengan  memberi  penerangan  kepada  ahli  Parti  diikuti  dengan  mengundi  untuk  memileh  Ketua-Ketua  Kampong  dan  beberapa  Temuduga  bagi  melantik  Ahli-Ahli Majlis  Kerajaan  Tempatan.  Walaupun  telah  melalui  peraturan  yang  memakan  masa  yang  begitu  panjang  keputusan  muktamatnya  tetap  tidak  demokratik.  Jika  dalam  Bolasepak ia  disebut  “sudah diatur”.

Oleh  sebab  tiadanya  orang-orang  cerdik  dikalangan  ahli-ahli  maka  Ketua-Ketua  Bahagian  yang  kalah  Pilihanraya   terpaksa   dipilih   bagi   mengisi  kerusi  Ahli  Majlis  Kerajaan  Tempatan  dan   selebihnya  pula  ia  diisi  oleh  orang-orang  kepercayaan  Ketua-Ketua  Bahagian.   Dan  ini  tidak  termasuk  agihan-agihan  bagi    mengetuai  GLCs.    Melihat  kepada  realiti  sebegitu  sepatutnya  tidak  perlu  langsung   diujudkan    berbagai  saringan  dan  proses.   Dari  awal-awal  lagi  sepatutnya  ditegaskan  kepada  ahli   yang   segala  keputusan  yang  dibuat  oleh  Pimpinan  adalah  muktamat.   Ahli-Ahlipun  tidak lah  terbuang  masa  hadir  temuduga  dan  saringan.   Tidak  kah  para  pemimpin  sekelian  sedar  yang  mereka  telah  terlalu  banyak  membuang  masa?     Sikap  mementing  diri  dikalangan  pemimpinlah  yang   menyebabkan   Pakatan  Rakyat   tewas  diseparuh  jalan.

Kini,  semua  ahli  diminta   berkerja  keras  bagi  menjamin  kemenangan  sekiranya  Pilihanraya   akan    berlaku  didalam  masa  yang  terdekat.      Lain  pula  yang  dilakukan  oleh  para  pemimpin.   Mereka  nampaknya  lebih    sibuk  mengadakan   Poll Status  Calun  didalam  Blog  bagi  meninjau  populariti   sambil  mengumpul   peratusan  yang  tertinggi  supaya  tidak  ada  orang  lain  yang  mampu  bersaing.    Bila   kita   kata    mereka  datang  keParti  ini  membawa  budaya  UMNO  bukan  main  marah  lagi  sampai  ta`  nampak  telinga.

Tentu  ramai  yang  ta`  senang  dengan  tulisan  ini  tetapi  untuk  berlaku  Adil cakap-cakap  mereka  saja kah  yang   betul  dan  perlu  diikut?      Saya  akan  berasa  amat  bangga  sekiranya  Datuk  Seri  Presiden  PKR  sendiri   dapat  mengambil   sedikit   perhatian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: