ROADSHOW PAKATAN YANG DIPERSIA

Pilihanraya  Umum  ke Dua belas   memberi  banyak  erti  serta  pengajaran  buat  rakyat  Malaysia.  Secara   khususnya  majoriti  pengundi  memilih  kepada  perubahan.   Kuasa  Memerintah  Barisan  Nasional  diParlimen  dikurangkan dibawah  2/3   manakala     Pakatan  Rakyat  diberikan  mandat  memerintah  beberapa  buah  Negeri   termasuklah  Negeri  Perak  Darul Ridzuan.

Malang  tidak  berbau,  genap  11  bulan   Pakatan   PAS-DAP-PKR   menerajui  Pentadbiran  Negeri   3    ADUN    berpaling  tadah.     Mereka  mengambil  keputusan  mengubah  selera  lantas    memberikan   majoriti   kepada  BN   bagi   tujuan   merampas  kuasa   diNegeri  Perak.     Pengorbanan   besar  yang  dibuat   oleh   Jamaluddin  dan  Osman   dengan   melepaskan   jawatan    berpengaruh  (EXCO)    adalah   sesuatu   yang   luarbiasa.

Pendokong  serta  penyokong  Pakatan  Rakyat  terus  teguh  dibelakang  pemimpin  bagi   mempejuangkan  hak   yang  telah  dicabul.     Didalam  beberapa   usaha  untuk  mendapatkan  kembali  Kuasa   beberapa  tuntutan  telah  dibawa   keMahkamah.    Rakyat  terus  memberikan  komitmen  dengan  beramai-ramai   hadir  keMahkamah   memberikan  sokongan.  Sampai  kehari  inipun  beberapa  Kes   yang  berkaitan  dengan  Kerajaan  Negeri  Perak  masih   belum  selesai.     Para  penyokong   ketepikan  segala   kepentingan  lain.    Demi  menebus  maruah,   mereka    sentiasa  berada  dibelakang  Pemimpin.    Apa  saja  yang  dianjurkan  oleh  pimpinan   mereka  tidak  akan  mempersoalkannya  malah    terus   setia    dan   bersedia  menurut.    Sewaktu  pemimpin  mereka  tidak  dibenarkan   masuk  keBangunan  SUK  Negeri  mereka  bersama-sama   menikmati  suasana  panas  terik dikawasan  itu.

Pakatan  Rakyat  terus  berusaha  dengan  mengumpul   Tandatangan seluruh  Rakyat  Negeri  Perak    dengan  harapan    pihak-pihak   yang   bertanggungjawab  tidak  memekakkan  telinga  terhadap   harapan   Rakyat  itu.  Aktiviti  ini  diikuti  pula  dengan  beberapa  siri  Roadshow yang  diadakan  dikawasan-kawasan   Dewan  Undangan  Negeri.   Bagaimana  susah  sekalipun   untuk  menganjurkannya  para  pendokong   dan   penyokong    tetap  cekal  menyempurnakan.   Jika  sekiranya  mereka  dikehendaki  melakukan  satu  pusingan  lagi  Roadshow tersebutpun  mereka akan  akur.

Kini  perkhabaran  yang  terbaru  yang  penyokong  dengar  kesemua  ADUN  Pakatan  Rakyat   telah  mengubah  fikiran  dan  menyatakan  akan  tetap  hadir    Persidangan  DUN  pada  28hb. Oktober  nanti.  Mereka  memberikan  alasan  teknikal bahawa  kehadiran  mereka  adalah  atas  jemputan  Sivakumar.   Dalam  pada  itu  ADUN  dari  Pakatan  telah  diperingatkan  supaya  jangan  membuat  kacau  manakala  Sivakumar   pula  telah  diminta  memulangkan  Jubah  Speaker  sebelum  tarikh  tersebut.

Walau  apapun  bunyinya   alasan,     mereka  sebenarnya  telah  membelakangkan  prinsip.    Mereka  akan  hadir  sebagai  satu  barisan  Pembangkang  yang  kuat.    Tidak   secara  langsung   mereka   mengiktiraf   Kerajaan  BN  yang  sebelumnya  begitu  lantang  mereka  katakan  haram.

Pengorbanan  serta  penat  jerih  yang  telah  dilalui  oleh   para  penyokong  dipersia-siakan  begitu  saja.  Selepas  pada  ini  percayalah  para  penyokong   yang  masih  ada   tidak  akan  begitu  mudah    menurut  saja  apa  yang  hendak  para  pemimpin   anjurkan.   Sudah  tentu  mereka  akan  tersedar  dari  lamunan   yang  selama  ini  mereka  telah  membuang  masa  dan  mengabaikan  lain-lain  tanggungjawab.

Saya  menulis  semua  ini  supaya  para  Pemimpin  Pakatan  Rakyat  dapat  berfikir  sejenak.     Apakah  yang  menjadi Priority mereka  sekarang. Bagaimana  mahu  dinilai  pengorbanan  para  pendokong  Parti  yang  telah  sekian  lama  mengharung  derita?      Dalam  Roadshow rakyat  diyakinkan  yang  BN  sedang  memerintah  Perak  secara  haram  itulah  sebabnya  Dewan  Undangan  Negeri  perlu  dibubarkan.   Tetapi  apabila  ADUN-ADUN  dalam  Pakatan  mengubah  keputusan  untuk  turut  hadir  Persidangan  pada  28hb    tidak  pula  ada  sebarang  penjelasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: