Pohon Hujan Tropika atau Rainforest bukanlah sekadar pokok-pokok besar yang tumbuh didalam hutan. Alam semulajadi ciptaan ALLAH Maha Pencipta ini memiliki khazanah yang tidak ternilai. Kawasan bergunong yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan ini terdapat juga Air Terjun yang menjadi Pembekal air kepada sungai-sungai yang kemudiannya menyalur kehilir demi keperluan hidup sejagat. Didalam isi perutnya juga terdapat berbagai jenis haiwan. Mereka berkumpul, berusaha, berkeluarga dan menjalani kehidupan dengan aman sesama mereka.
Banyak lagi penemuan-penemuan terselindung dalam Rainforest. Butirannya boleh kita perolehi melalui Encyclopaedia, Journal serta kajian-kajian tentang hubung kaitnya dengan kehidupan manusia oleh Pengkaji Belantara yang tersohor.
Cerita diatas bolehlah dianggap sebagai satu cetusan semata. Alangkah baiknya jika Idea ” Rainforest” ini dapat dijadikan bahan rujukan serta perbandingan oleh para Pemikir PKR dalam Konvensyen yang bakal mereka adakan. Semua kita mahu melihat Pakatan Rakyat yang tidak berapa lama lagi akan didaftarkan sebagai sebuah gabungan Pertubuhan Politik benar-benar boleh “Stand Tall” dikalangan Parti-Parti lain dalam negara.
Untuk mentadbir sesebuah negara kita tidak hanya mahu dilihat besar dan hebat. Pengisian dalamannya perlu kental dan berdaya tahan. Kita boleh saja menubuhkannya seperti membina sebuah Rumah Banglo yang tersergam. Dari luar ianya dilihat “solid” tetapi yang berada didalamnya dipisah melalui pemberian masing-masing bilik. Penghuni setiap bilik boleh berbuat apa saja mengikut budaya mereka sendiri. Sebarang masaalah yang timbul dikalangan penghuni bilik berkenaan hanya boleh diselesaikan oleh mereka sendiri walaupun ianya boleh memberi akibat buruk kepada penghuni lain. Mereka yang berada dibilik-bilik lain sama sekali tidak dibenar masuk campur. Walaupun demikian mereka tetap tidak mahu dilabel sebagai marriage of convenience.
Jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya membentuk satu persetujuan mirip Banglo tersebut maka tidak dapat tiada mereka akan tetap dikatakan meniru dan bersedialah menanggung akibat yang serupa. Pakatan sedemikian telah lama ujud disini. Walaupun ada berbagai masaalah pada setiap bilik dalam Banglo Mewah tersebut tetapi diluar mereka masih mampu mempamerkan yang baik-baik saja. Jika ia boleh diibaratkan sebagai Bom Jangka, saat-saat untuknya meletup adalah anytime.
Pakatan Rakyat perlu mengelak daripada terjadi sedemikian rupa. Jika satu-satu formula yang berkesan masih belum diketemui kita tidak perlu terburu-buru untuk merealisasikannya. Didalam beberapa keadaan “persefahaman” yang sedang kita nikmati ini jauh lebih baik daripada mereka yang telah seasoned itu.
Akhir sekali, apa sahaja keputusan atau ketetapan yang kita buat dihari ini akan diwarisi oleh generasi-generasi kita disuatu masa nanti. Kita perlu menyediakan bekalan yang sempurna lagi tepat supaya tidak ada sesiapapun dikalangan kita yang akan merasa kecewa.