Dalam kehidupan ini tidak ada sesiapa (makhluk) yang dapat menyekat perubahan. Jika kita tidak mahu berubah, tunggulah saat dan ketikanya yang kita akan diubah. Seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya akan segera mengalami perubahan dari hari pertama. Malah setiap detik dapat kita perhatikan yang perubahan berlaku keatasnya. Daripada menangis ta` tentu pasal kepada senyum ta` kira masa. Daripada terlentang kepada meniarap, merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.
Dengan yang demikian apa yang UMNO lakukan baru-baru ini bukanlah satu perkara yang sangat hebat. Apabila keahlian telah meningkat keangka jutaan ta`kan untuk membuat satu-satu keputusan masih lagi ditangan seorang dua pemimpin sahaja. Tidak sepatutnya setelah keahlian mencecah ke 3.4 juta baru disedari peraturan yang sedia ada sudah lapok . Baru mahu membuka ruang supaya setiap ahli menentukan halatuju parti seterusnya. Cakap-cakap kedai kopi nya apabila rakyat buat kejutan pada PRU 12 baru ternampak ada kepincangan.
Tulisan kali ini bukan bertujuan memperlekeh sesiapa. Updating kehendak-kehendak berpesatuan adalah satu keperluan. Setiap peraturan perlu mengikut peredaran masa. Kepada lain-lain yang sealiran yang teruja dengan apa yang hendak UMNO buat ini boleh saja mencontohinya. Tidak perlu kepada khidmat Gendang Raya.
Saya sangat bersetuju dengan ulasan dari pimpinan Parti PAS yang mengatakan perubahan yang hendak dilakukan oleh UMNO itu tidak sedikitpun merisaukan mereka. Perubahan sebenar yang dituntut adalah dari dalam. Ada kelengkapan sekuat kereta kebal sekalipun tidak akan berguna selagi jiwa tidak ikhlas. Lihat sahaja apa yang telah terjadi diNegeri Perak. Hak rakyat memilih Penguasa telah dicabul. Tidak bersedia akur kepada kehendak rakyat lantas lain jalan dicari.
Melakukan perubahan-perubahan diatas kertas tidak akan membawa kita kemana-mana. Kerja tindas menindas yang selama ini telah menjadi amalan ta` kan boleh hapus semudah pinda perlembagaan. Memikirkan akan kebenarannya kata-kata ini teringat saya kepada perumpamaan Inggeris yang berbunyi Old Habits Die Hard. Saya tidaklah juga hendak memperkecilkan usaha-usaha UMNO untuk berubah. Yang saya tidak percaya ianya tidak boleh berlaku secepat kehadiran PRU ke 13. Kita lakukanlah perubahan-perubahan yang sepatutnya dan yang selebihnya serahkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Setuju dengan pakcik , apa yang kita lakukan hendaklah dengan jiwa yang ikhlas.
Tapi apa yang saya nampak sekarang , tak ada sebuah parti yang ikhlas..
Pada saya jika kita ikhlas dalam perjuangan, tak payahlah kita mencaci satu sama lain.
‘HAPPY DEEPAVALI’
MAAF ZAHIR DAN BATIN
PM kata BN tak pernah gila kuasa. Apa jadahnya yang dilakukannya di Perak ni? Itu bukan gila kuasa ke? Tak tahu ke majority RAKYAT tak mahukan BN. Cakap tak serupa bikin.
Untuk kebaikan dan masa depan orang Melayu dan Malaysia khususnya UMNO patut tidak wujud lagi supaya ada new breed yang berfikiran lebih waras dari yang ada menggantikan tempatnya.
Khas,
Terima kasih kerana menatap tulisan saya. Sebagai orang lama dalam politik saya lihat Najib nak kembalikan tenaga muda ke tubuh-tubuh tua renta dalam UMNO supaya mereka boleh merasakan yang mereka masih lagi PEMUDA seperti dizaman Lapan Pulohan. Sedangkan semua orang dapat lihat kokoknya saja yang masih kuat. Jadi nak berubah lagu mana?