JANGAN TERIKUT RENTAK

UMNO  sedang  bersidang  diPWTC.    Presidennya  sedang  menyampaikan  Ucapan  Dasar.   Saya  tidak  perlu  tertonggok  didepan  TV  kerana   dalam     masa  yang  singkat  saja    butiran   yang   diluah  oleh   Presiden   Najib  akan  diulas  oleh  Media  Massa   dan  mahu  ta`  mahu  kita  akan  dengar  juga   apa  yang  beliau  katakan.    Lagipun  kita  sudah  boleh  agak   apa  yang  dia  nak   kata.   Kemenangan  besar  diBagan  Pinang  tentulah    salah  satunya  yang  membingit  dewan.

Sewaktu  menyusuri  beberapa  Blog  pagi  ini  saya  terlintas  kepada   satu   Artikel  oleh  Harakahdaily  perihal   AMK  Parti  Keadilan  Rakyat  meminta  Kerajaan  menubuhkan  Badan  Penyiasat   supaya   semua  perolehan   yang   dimiliki  oleh  KJ   disiasat.   Sama  ada  beliau  mendapat  habuan  dalam    projek  besar   (skandal)   PKFZ   dan    yang    menyebabkan  kontraktor-kontraktor  lain  tidak   berpeluang,   pengumpulan   harta  diluar  negara  dan  sebagainya.

Saya  percaya   suara  ini  timbul  kerana  baru-baru  ini  KJ  mahukan   tuduhan   pemilikan  RM  3  billion  Anwar  disiasat   kembali.   Dengan  kata  lain  “membuka  failnya  semula”.     Bagi   saya   ini  semua   bersangkut  dengan  “polical  mileage”  orang-orang  tertentu.  Pihak  berkuasa  tidak  mungkin  mahu  memandang  berat  keatas  desakan  AMK  ini.

Daripada  membuang  masa  mendesak  itu  dan  ini  adalah  lebih  baik    Pimpinan  AMK  menumpukan   sepenuh   perhatian  dan  mengembeling  seluruh  tenaga  yang  ada  bagi  menyusun  perancangan  dan  strategi  bagaimana  hendak  menawan  Sarawak  dalam  Pilihanraya  Negeri   yang   boleh  berlaku  pada  bila-bila  masa  sahaja  dari  sekarang.

Kita  sepatutnya  faham  memang  BN  mahukan  kita   melayan  perkara-perkara  tersebut  kerana  apabila  kita  asyik   mendesak    kita   akan    lupa  kepada   perjuangan  sebenar   dan    kehendak    rakyat   yang  menyokong Parti  kita.

Saya  tidak    setuju  tenaga   muda  berdinamik  yang  kita  miliki  tidak   dimanafaat  sepatutnya.   Mendesak  supaya    tindakan   dikenakan   kepada  orang-orang  yang  sedang  berkuasa  tidak  akan  mendatangkan    sebarang  hasil.   Kita  akan  lebih  dilihat  seperti  anjing menyalak bukit saja.

Parti  Keadilan  Rakyat   adalah  sebuah  Parti  Politik   yang  sedang  mendapat  kepercayaan  sebilangan  besar  rakyat  negara  ini.  Kita   perlu  kepada  sokongan  rakyat  yang  berterusan  supaya  cita-cita    untuk  membawa  Perubahan akan  terlaksana.

Jangan  kita  membuang  masa  lagi.   Biarkan  mereka    membina  kekayaan  dan  terlupa  kepada  tanggungan.  Yang  paling  penting  jangan  terikut-ikut  kepada  rentak  tari  mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: