MENGAMBIL KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN

“Mengambil  Kesempatan  dalam  Kesempitan”   adalah  cakap-cakap  biasa  yang  antara  lain   membawa  maksud    “Bersungguh-sungguh   menghulur  pertolongan  dengan  harapan  akan  memperoleh  sesuatu   keuntungan”.

Kaedah  sebegini  sedang  berlaku  diBagan  Pinang.    Oleh  sebab  kawasan  ini  sedang   berdepan  dengan    “Penilaian  Rakyat”,     mana-mana   kemudahan  serta   khidmat  yang  telah  terabai  selama  ini  mahu  diselesaikan   sepantas  mungkin  atau   bahasa  mudahnya   “overnight”.   Jadi   tidak    hairanlah  bila   Dewan-Dewan  Orang  Ramai  yang  telah  lama  terbiar  rosak   mesti  dipaksa  menerima  “pemulihan”    serta merta.   Walaupun  ianya     tidak  lagi  mahu   dikenali  sebagai  projek   “mee  segera”   namun    para  pelakunya  masih  tetap  mereka  yang  sama.

Berkisar  sedikit  kepada  yang  lebih  canggih   ialah  mengenai    berita  (Utusan/NST  Online)    Menteri  Sumber  Manusia  Datuk  S.S. Subramaniam  akan  mengadakan    perbincangan    dengan   pihak   Pengurusan  Sime  Darby berkaitan  dengan  gaji  minima  pekerja  Estet.   Perkara   ini  menjadi  begitu  “Urgent”   kerana  Pak  Menteri   kita   ini   begitu  terkejut  mendengar  kisah   Pekerja  Ladang   yang    hanya  menerima  gaji    RM300   sebulan.

Tidak  disangka   sungguh  yang   pihak  pekerja  ladang   tersebut   pun  ada  “akai”  juga  mencari  masa  yang  sesuai  supaya   masaalah  yang   sedang   mereka  hadapi  dapat   selesai  “once  and  for  all”.     Mereka   cukup  yakin   jika  tidak  diambil  kesempatan  semasa  Pilihanraya  Kecil  ini,   masaalah  mereka  dengan   majikan yang   telah   lama  tergantung  itu    akan  terus  menghantui  hidup  mereka.     Jika  mereka  gagal  memanafaatkan  masa  berharga  ini  peluang  kedua  akan  hanya  hadir   apabila    PRU  ke  13   mengambil  alih   “Shift”    selanjutnya.   Besar  kemungkinan  pada  akhir  tahun  2012.

Adalah  diharapkan   kehadiran  Pilihanraya  Kecil  diBagan  Pinang    ini   dapat   mengembirakan   pekerja-pekerja  Ladang  Sime  Darby   yang  teraniaya   tersebut   kerana  akan  tercatat  dalam  sejarah   yang  masaalah  yang  begitu  rumit  diantara  mereka  dengan  majikan  telah  dapat  diselesai  dan  akan  diumumkan  pada  hari  Khamis  ini.

Demikian  sahajalah  kisah   “Kesempatan”   yang  dapat  dipaparkan.     Didalam    “realiti”   nya      tidak  dapat  dipastikan   siapa   dia    yang  mengambil  Kesempatan  dan  siapa  pula  yang  didalam  Kesempitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: