JIKA BENAR BAGAI DIKATA

“PENGUNDI PERLU BIJAK PILIH WAKIL RAKYAT”   kata  P.M.  Najib  seperti  yang  dipetik  Mingguan  Malaysia.  Beberapa  Akhbar  lain   juga  menyiarkan   perkara  yang  sama.     Datuk  Seri  Najib   Tun Razak   seterusnya   mengingatkan  pengundi    yang   Pilihanraya   Kecil   Bagan   Pinang   ini   adalah semata-mata  untuk  mengisi  kekosongan  dan  bukannya  untuk  membentuk  Kerajaan.   Dengan  lain-lain  perkataan  para  pengundi boleh  memilih  salah  seorang  yang  menawarkan  diri  tersebut.    Asalkan   orang  tersebut   nantinya   sanggup  bersusah  payah,  menyelesaikan  masaalah  rakyat  hingga  keakar umbi  dan  sentiasa  bersedia  membimbing  yang  perlu  dibimbing  maka  itulah  pilihan  yang  tepat.

Dengan  hanya  Parti  UMNO  dan  Parti  PAS  sahaja  yang  bertanding  merebut  Kerusi  tersebut  tugas  para  pengundi  sebenarnya  menjadi  sangat  mudah.  Pengundi  boleh   terus  memberikan   kemenangan  kepada  UMNO  jika   percaya  kepada  janji-janji  yang  ditabur  disamping  berpuashati  dengan  segala  kemajuan  yang  telah  dikecapi.      Atau    boleh saja   memilih  Parti  PAS   supaya  suara  rakyat  dapat   didengar  lebih  lantang   lagi  diDewan  Undangan  Negeri.

Diantara  janji-janji  yang  kita  dengar  sebaik  sahaja  Kerusi  Bagan  Pinang  diistihar  kosong  ialah  sebuah  Sekolah  Menengah  akan  dibina  diBagan   Pinang   bagi   meringankan  derita  pelajar-pelajar  yang  terpaksa   melakukan  perjalanan  yang  jauh  dari  tempat  tinggal.   Dalam  pada  itu   pihak  pembangkang   sering  sahaja  diingatkan  supaya  jangan  mempolitikkan  Isu  Pelajaran.    Persoalannya  mengapakah   pengumuman  sebegini   perlu  menunggu   bila  berlaku     kekosongan  kerusi?

Inilah  perkara-perkara  yang   perlu  dinilai  oleh  pengundi.  Pilih   calun  dari  Parti  pemerintah  (UMNO)   jika  kita  benar-benar  yakin   kesejahteraan  rakyat  setempat  akan  dijaga  sebaik-baiknya.   Jika  kita  memerlukan  satu  pasukan  “check  and  balance”   yang  lebih  berkesan  diDewan  Undangan  Negeri,  pilihlah   Parti  PAS  yang  mewakili  Pakatan  Rakyat.    “You  can  count  on  them”:    ujar    beberapa  Penganalisa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: