SATU PERTIGA AKAN MENJADI PENENTU

Bagi  masyarakat  diNegeri  Sembilan  khususnya  diTelok  Kemang  pada  11   Oktober ini  akan   berlaku  satu  lagi   hariraya  iaitu  Pilihanraya  di N31 Bagan  Pinang.  Memetik  beberapa  Analisa,   keputusan  Pilihanraya  ini  nanti  besar    kemungkinan  ditentukan  oleh   Satu  Pertiga   dari   jumlah  pengundi  yang   berdaftar.     Undi  penentu  yang  dimaksudkan  datangnya  dari   para   Pengundi  Melalui  Pos.

Kedua-dua  Parti  terbesar  dalam  Negara   yang  akan  menamakan   calun   masing-masing    pada  3  Oktober  tidak  mampu  meramalkan  harapan   untuk  menang  disebabkan  faktor  undi  penentu   (melalui  pos)  ini.    Bagi  masyarakat    Negeri   Sembilan    mereka   memang   sudah     biasa   dengan   formula  Suku.   Tetapi   untuk  menghadapi  formula  baru  Satu  Pertiga  ini   ia  mengundang  ketakutan.     Ketakutan  yang  dimaksudkan  ialah   Parti-     Parti  politik  yang  bertanding  tidak  dibenar  berkempen  kepada  kumpulan   1/3  ini.   Dengan  yang  demikian  kita  tidak  pasti   mereka    akan   mengundi   atas    pertimbangan   apa.

Yang  lebih  menakutkan   UMNO  mahupun  PAS   jika  terdapat   seorang    Calun  Bebas   dari  kalangan   pesara  tentera   yang  turut  serta  bertanding.   Jika  perkara  ini  berlaku  jumlah  majoriti   yang  akan  diperolehi  oleh   pemenang  boleh  dikira  dengan  jari  sahaja.

Dengan  lain-lain  perkataan  keputusan  Pilihanraya  Kecil  diBagan  Pinang  sangat-sangat  bergantung   kepada  prestasi  calun  yang  dikemukakan.   Rakyat    tidak   semudah  dulu   percaya  dengan  janji-janji   pembangunan  yang   belum   pasti  akan  kehadirannya.

Pilihanraya  Kecil  Bagan  Pinang  akan  menjadi    ” kayu  ukur ”   tentang    kemampuan   setiap  yang  bertanding.   Bagi   UMNO  yang  akan  mempertahankan   “kerusi  selamat”    ini   siang-siang  lagi   sudah  bermasaalah   terutamanya   tarik-tali  bagi     menentukan   siapa     akan    menjadi    Calun.     Bagi  Parti   PAS    setidak-tidaknya   keputusan  ini   boleh  direkodkan   sebagai   “Dry  Run”.    Dan   bagi   sesiapa  sahaja   yang   mampu  dan   sanggup   bertanding  sebagai  Calun  Bebas  disini    Satu  Pertiga   yang   dimaksudkan  akan  menjadi  miliknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: