Setiap kali hadirnya sesuatu Perayaan begitu jugalah Acara-Acara Perang Harga. Boleh dikatakan setiap Peniaga tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini. Barangan dari Perabot, Aneka Pakaian, Pinggan Mangkok, Kasut hingga keStokin akan diLabelkan sebagai Potongan Harga sehingga 70%, Pembelian Sepasang Baju Kurung kedua dengan hanya 1/2 dari harga Asal yang telahpun mendapat potongan serta beberapa jenis barangan jika dibeli dua akan dapat satu percuma dan seterusnya.
Perang harga ini betul-betul mendapat sambutan. Daripada hari pertama puasa lagi semua gedung membeli belah penuh sesak. Jangan kata selsema babi selsema gajahpun orang dah tidak ambil kisah. Semua berlumba-lumba menyertai perang harga ini. Aktiviti ini berbeza sama sekali dengan Perang Kuali yang dikendalikan oleh Anita Sarawak diAstro PRIMA.
Kesan perang ini akan hanya disedari setelah beberapa bulan berlalu. Perabot yang mendapat 70% potongan sudah mula longgar sana longgar sini. Baju yang dibeli dua pasang dapat satu percuma telah mula bertas benangnya serta butangnya ada yang telah terbang dan tiga pasang Stokin yang dijual pada harga satu pasang telah mula bocor dan memberi ruang ibu jari kaki menjengah keluar. Kesimpulannya jika barang-barang ini semua langsung tidak rosak , tentulah di “Pesta Perang Harga” tahun hadapan para peniaga terpaksa mengubah konsep kepada “Guna Barang Sendiri”.
Tulisan diatas hanyalah suka-suka saja disamping kita menyambut Hariraya. Diharap tidak ada Peniaga dan Pembeli yang tersinggung kerananya. Walau bagaimanapun hanya ada satu cara pembelian yang betul dan telah diamalkan sejak dari dulu kala lagi iaitu “Beli Satu maka dapatlah Satu”.