KEGARISAN……SEDIA…….LARI

Bagi  memulakan   sesuatu  acara  Lumba  Lari,   diantara  segala    persiapan  yang  perlu  disediakan  termasuklah    track  yang     “tip-top”    dan   tidak  berlubang  dimana-mana,   Garis  Kapor  Puteh   yang  menentukan  kedudukan  Lane   peserta  pula   juga  mesti   dapat   dilihat   jelas  oleh  para    Pelumba  dan   tidak  ketinggalan  perlu     tersedia    beberapa  orang  “Official”  menunggu   diGarisan   Penamat   bagi    mempastikan  siapa  yang  sampai  pertama,  kedua  dan  seterusnya   sebelum   Pelepas   boleh    melaungkan   KeGarisan……..Sedia……..Lari.

Peraturan-peraturan   ini    yang    telah    kita   pelajari   semasa   zaman  persekolahan   boleh  dijadikan    pengalaman  penting  sekaligus   sebagai    panduan  berguna  apabila  kita  berhijrah   ke Alam dewasa,   bermasyarakat   dan    berpolitik.     Tanpa    menempuh  dan  melalui    cabaran   sebegini   serta  bersedia   akur   kepada    peraturan-peraturan,    kejayaan  sudah   pasti  amat   sukar  dicapai.    Kita  jangan  sekali-kali   bersikap      “take  for  granted”  yang    segala  apa   yang  kita   inginkan  akan   tersedia   didepan  mata    dan  menurut  sahaja   mengikut  kehendak  hati  kita.

Menyedari  betapa  sukarnya  membina  kepercayaan  orang  terhadap  kita,   usaha  mahu  merampas  kerusi  DUN   Bagan  Pinang  dalam  Parlimen  Teluk  Kemang  bukan  semudah   1,  2,  3   atau   A,   B,   C.      Semenjak  memenangi   Kerusi  Parlimen  tersebut  dalam  PRU  12  beserta  dengan  tiga  DUN  dari   sejumlah   yang    lima      Apakah    ada   peningkatan   tahap  penerimaan   serta  sokongan   masyarakat  disitu  terhadap  Pakatan  Rakyat?

Misi   diBagan  Pinang   dilihat   mencabar  dan  sukar.   Para  pejuang  Parti  dalam  Pakatan  Rakyat  jangan  sekali-kali  terbawa-bawa     ghairah   dengan  tulisan   Blogger  (Pro PR)  yang  berbagai   seperti   ” Bagan  Pinang  Kubur  BN ke9″ ,    “Rakyat  lawan  Barisan  Neraka” ,   “14   Dalil  UMNO/BN  Akan  Tewas”     dan  banyak  lagi   tulisan-tulisan  yang    boleh   menghayalkan  dan   akhirnya  hanya  mengharapkan  agar  kemenangan   datang  menggolek.

Saya  katakan  sukar  bagi  Pakatan  Rakyat   memenangi  kerusi  DUN  tersebut   tetapi   BUKAN  mustahil  kerana  beberapa  faktor  dan  diantaranya   ialah    keujudan    Pengundi  Pos  yang  ramai.   Kita    perlu   segera   bertindak,  menyelidik   dan  mengatasi  seberapa  banyak   masaalah   yang  dihadapi   oleh   penduduk  Bagan  Pinang.

Menunggu   pengumuman  SPR  baru  hendak  memulakan  langkah  ia   bererti  kita  sudah  ketinggalan  beribu-ribu  tapak  sedangkan  kita  tidak   mempunyai      “ole-ole”     untuk   melakukan   beberapa    “short  cut”.

Akhir  sekali  kepada  seluruh   pimpinan  serta  pendokong  PR  jangan    anggap tulisan  ini  sebagai  memperkecilkan  kemampuan  Pakatan  Rakyat.   Jika  kita  benar-benar  mahu  memberikan    HARAPAN  BARU    kepada   Rakyat   seluruh   Malaysia   kita  perlu  menghayati    kata-kata   ” Don`t  Play….Play ”  oleh     Phua  Choo  Kang.

2 Responses to KEGARISAN……SEDIA…….LARI

  1. Pengasas says:

    Salam AhmadZawawi,
    Maaf dah lama tak ziarah. Hanya sekadar menoleh semasa melintas.
    Selamat menghidupkan Ramadhan dan berbahagia dunia-akhirat. Amin!!!

  2. ahmadzawawi says:

    Doktor,

    Terima kasih. Semoga sihat sejahtera untuk terus
    berkaria. Selamat menjalani ibadah puasa.

Leave a reply to ahmadzawawi Cancel reply