” Akulah Penyambung Warisan ” adalah bait-bait terakhir lirik lagu WARISAN nyanyian Sudirman Haji Arshad. Walaupun lagu ini berkait rapat dengan peristiwa “Merdeka” yang kita capai 52 tahun yang lalu namun yang ingin saya tulis sama sekali bukan mengenai betapa peritnya datuk nenek kita terpaksa menyabung nyawa demi menyelamatkan Negara Tercinta.
Perkara yang sangat-sangat menganggu fikiran saya ketika ini ialah cara-cara kita sebagai “Penyambung Warisan” mengendali amanah datuk nenek kita itu. Kita sebenarnya tidak bersungguh-sungguh mahu mengisi kemerdekaan yang dicapai itu. Kita akan hanya bertindak apabila sesuatu musibah berlaku. Dengan lain-lain perkataan “kita akan menyeberangi Jambatan itu apabila kita sampai kepadanya”. Kita tidak langsung mengambilkira berapa jauhnya lagi untuk sampai keJambatan tersebut. Sebagai contoh yang nyata keruntuhan Kondo Mewah Highlands Tower dimasa lampau tidak sedikitpun mengajar kita. Semakin hari semakin banyak rumah dibina dilereng-lereng bukit. Sedangkan kita semua tahu kawasan berbukit ini adalah “reservoir” simpanan air. Apabila berlaku sesuatu pembinaan kedudukan tanah berbukit itu akan terusik dan berlakulah tanah runtuh. Respons yang sering kita dengar dalam satu-satu kejadian ialah “Bencana Alam” ataupun suratan takdir saja. Kita tidak langsung mahu menyalahkan diri sendiri.
Seperkara lagi ialah cara pemerintah kita menangani masaalah “Musim Hari Perayaan”. Walaupun Pak Menteri saling berganti namum orang yang baru hanya meneruskan warisan yang terdahulu. Perkara yang sangat ketara dalam aspek ini ialah mengenai harga barang keperluan. Setiap kali menjelang musim perayaan akan adalah perintah sementara dikeluarkan yang menyenaraikan item-item barang keperluan yang dikelaskan sebagai Barangan Terkawal. Inilah satu-satunya WARISAN yang paling efektif yang diteruskan.
Sebagai rakyat biasa kita semua faham perkara itu bersangkutpaut dengan kegiatan ekonomi. Dalam hukum ekonomi perkara ini disebut sebagai “demand & supply”. Tidak adakah mekanisme tertentu untuk mengatasi gejala kenaikan harga barang dimusim perayaan daripada hanya memberikan kawalan bermusim? Hebat benarkah Warisan ini untuk terus dipraktiskan?
Dalam perkara Menyambung Warisan ini juga saya sentiasa perhatikan malah sudah berbelas tahun orang-orang Islam yang fakir masih menadah tangan menagih belas ehsan orangramai diPasar-Pasar Besar, Pasar-Pasar Malam dan diGerai-Gerai. Menyentuh tentang bayaran Fitrah yang telah dinaikkan bersesuaian dengan harga beras saya tidak akan membantah. Tetapi alangkah baiknya perkara yang saya sebutkan ini dapat diatasi melalui tambahan kutipan Zakat Fitran tersebut. Apakah tidak ada sebarang usaha dari Baitulmal contohnya supaya mereka ini dapat berhijrah daripada meneruskan Warisan tersebut?
Budaya – budaya sebeginikah yang mahu kita seret bersama dalam kita mengejar taraf Negara Maju Wawasan 2020? Atau kita hanya mahu terus menyanyikan saja…….Akulah Penyambung Warisan.
salam tuan… lama tak dengar khabar… selamat meyambut bualan puasa…
Salam, selamat menjalani ibadah puasa. Yang tuan komen tu, semua kesan dari sebab. Apakah sebabnya? Sebabnya manusia dah tak ikut lagi ‘petunjuk’ Tuhan. Para pemimpin heboh dgn harta, mereka mengangap jawatan tu sbg ‘gedung’ kepunyaan mereka. Mereka mengaut sebanyak mungkin walaupun perut dah ‘boroi’.Rakyat di ‘bodohkan’ dgn retorik2 sampah ttg ‘syukur’, tp di belakang para pemimpin bercakaran membahagi harta rampasan hasil jerit perih rakyat. Di kaca TV para pemimpin tersenyum sambil membuat fitnah, selamba, tampa ada segan, ‘mengotor’kan pemikiran rakyat marhean. Ditanamya smgat “bangsa”, ditanamnya “kedengkian”, disemainya “ketidak percayaan”, disemainya “kesempitan pemikiran”…kerana bila mana rakyat marhean ‘termakan’ racun itu, maka jadi ‘bodoh’ marhean…maka senang lah pemimpin2 ini menjalankan tugas demi ‘bangsanya’ kata mereka…walaupun mereka sendiri tak pernah mempercayainya didalam hati…Balik la umat..kembalilah kpd Tuhan…berhentilah menjadi hamba makhluk, jadilah hamba kpd yg menjadikan makhluk…Allahu Akhbar3x
Hamba Allah,
Salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi membaca serta memberikan komen yang cukup bernas.
Diucapkan selamat sama-sama menjalani ibadah puasa.