PINTU HATI DIKETUK LAGI

August 15, 2009

Pada  25  Ogos  nanti  sekali  lagi  masyarakat  Permatang  Pasir  diminta   menunaikan  tanggungjawab.     Memang  benar   mengundi  kali  ini  adalah   disebabkan   kematian  penyandangnya.    Itu   semua  terjadi  atas  kehendak  Penciptanya.      Sebagai      manusia    yang    telah    bertamadun   kita   boleh  permudahkan  urusan   mengisi  kekosongan  ini  dengan  tidak  mengadakan   sebarang  pertandingan.

Semua  pihak   sepatutnya  bersimpati   dengan   masyarakat   setempat  yang   terpaksa  menentukan   yang  mana  satu    perlu  diberi      keutamaan.    Didalam  masa  yang  singkat    mereka  terpaksa  menyelesaikan   3  perkara  besar.     Persediaan    jasmani   juga  spiritual  tentang   kedatangan    Ramadhan,    segala  persiapan   untuk   anak  isteri  menjelang  Hariraya  dan  meraikan  kempen  serta  Membuang  Undi.

Jika    Perpaduan  Ummah  yang  kita  harap-harapkan   dan    kita   juga  ingin  mengerjakan  amal  ibadat  dibulan  mulia  ini  dengan  penuh  harmoni,  maka  kita  sebenarnya    masih  ada  pilihan  untuk  mencapai  hasrat  itu.    Kita  perlu   memberi   kemenangan    kepada  Ustaz  Salleh  Man  (Parti PAS)    dihari  Penamaan  Calun.         Lagipun    tempoh  Penggal  inipun   hanya  berbaki  separuh.        Kita      berikan     beliau    peluang   untuk  menyambung   perkhidmatan    yang  ditinggalkan   oleh    Allahyarham  Datuk  Mohd  Hamdan  Abd  Rahman.    Seruan  ini  juga  perlu  disambut    oleh    orang-orang  yang   menamakan   diri  mereka   sebagai   Bebas.

Selain  daripada   menzahirkan  perpaduan,   kita  juga   dapat   menghindar   diri  dari  risiko  dijangkiti   “selsema ….”  yang  sedang  mengganas  diseluruh  dunia  sekarang  ini.     Jangan  jadikan  sesiapa  lagi  sebagai  sebahagian   dari   Statistik.    Disamping    mempermudahkan  kerja-kerja  Suruhanjaya   Pilihanraya  kita  juga  dapat  menyelamatkan  wang  rakyat.       Dan  diakhirnya     pintu-pintu  hati   pengundi  berdaftar  diPermatang  Pasir   tidak  lagi   terganggu.

Advertisements

MENJANA TIGA DALAM SATU KEBANGKITAN

August 13, 2009

Seperti  yang  diperihalkan  dalam  Utusan  Online  UMNO  Negeri  Johor  akan  mengadakan  satu   Perhimpunan  (tidak haram)  Raksaksa  diPadang  Merdeka  Batu  Pahat.    Peristiwa  besar  ini  akan  berlangsung  pada  petang   Jumaat   ini  dan  dianjurkan  oleh  UMNO  Bahagian  Batu  Pahat.

Penulis  tidak  ingin  mengulas   Agenda-Agenda   yang  dirancang  kerana  itu   adalah  hak  mutlak   mereka.   Apa  yang  hendak  diulas  dalam  tulisan  ini  bersangkut  paut  dengan  strategy  perhimpunan  itu  diadakan.

Penulis  melihat  pada  “reverse  strategy”  mengapa   perhimpunan  ini  sangat-sangat  perlu,   strategic   dan  tepat  masanya  diadakan.    Pertama  ialah  menyedari   akan   kehadiran   Pakatan  Rakyat   yang  meningkat  dari   hari  ke  hari.   Tambahan  pula   baru-baru  ini   Ketua  Pembangkang  diParlimen   telah  mengumumkan   yang  Pakatan  Rakyat  sudah  cukup   bersedia  menawan  Negeri  Johor  pada  Pilihanraya  Umum   ke  13.

Yang  Kedua  menyedari   kesan   daripada  kemasukan   Chua  Jui  Meng  kedalam  Parti  Keadilan  Rakyat    yang   boleh   menggugat   kedudukan   Ahli-Ahli  Parlimen   dari  Parti  MCA  dibeberapa  kawasan  dalam  Negeri  Johor  pada  PRU  ke  13  itu  nanti.

Yang  Ketiga  menyedari   kekecewaan  ahli-ahli  UMNO  diJohor  kerana   didalam  Pemilihan  baru-baru  ini   terlalu  ramai   pemimpin  mereka   tewas   didalam  Majlis  Tertinggi.   Diantaranya   adalah   nama-nama  seperti  Azalina  Othman  Said,  Syed  Hamid  Alba  dan  Shahrir  Samad.

Tujuan  penulisan  ini  semata-mata  mahu  memberi   “general  idea”   kepada   ahli-ahli  politik  dalam   Pakatan  Rakyat  supaya   tidak  merasa   gusar  tentang  apa  yang  akan   berlaku  diBatu  Pahat  pada  masa  terdekat  ini.  Lagipun  mengikut  Agendanya  ia  hanyalah   sekadar   “laungan”  semata-mata.       Adalah  lebih   baik  kita  siapkan   sepenuh   tenaga  dan   tumpuan  untuk  bertempur   diPermatang   Pasir.


TEORI KUTIP DAN PUNGUT

August 11, 2009

Cara  tulisan  kali  ini   ada  sedikit  berbeza  dari  yang  lepas-lepas.     Saya  ingin   mulakan  dengan  menterjemah  istilah.    Perkataan   “Lost  and  Found”  adalah    satu  istilah.     Ia  biasanya  digunapakai   dalam  Industri  Perhotelan.    Apa-   apa   Barangan   yang   pelanggan  tertinggal   akan  disimpan   oleh   pihak   Pengurusan  Bilek    dilengkapi   dengan   maklumat    pemilik  (pelanggan).      Para  pelanggan  yang  berkenaan  boleh  menuntut   Barangan  tersebut  pada  bila-bila  masa   sahaja.

Bagi  istilah   “Kutip  dan   Pungut”    ianya  jarang   didengar.    Kalau   adapun   sesiapa    yang   menyebutnya    ia   hanya  boleh  difahami  oleh   kumpulan-   kumpulan  yang  terhad.     Tidak  silap  saya   perkataan   “Kutip  dan  Pungut”    ada  diguna  oleh   pelajar-pelajar  Akademi  Fantasia  dimana   Kamera   yang   merakam     aktiviti   mereka   setiap  hari  serta   yang  bertindak  sebagai   alat  komunikasi  digelar  “Kutip  dan  Pungut”.

Istilah  ini  jugalah   yang  ingin  saya  terjemahkan   dalam  aspek   orang-   orang   kita   berpolitik.     Tidak   lama  lagi   akan  berlangsung   lagi   satu      Pilihanraya  Kecil  dibumi  Malaysia.     Kali  ini  diDewan  Undangan  Negeri    Permatang  Pasir  ( N.11 ).    Penyandang   Kerusi  ini  telah  kembali  kerahmatullah.    Allahyarham  Datuk  Hamdan  yang  mewakili  Parti  PAS  telah  menang  selesa  disitu  semenjak   PRU  ke  10  lagi.      Dengan  yang   demikian  tidak  ada  Isu  besar  yang  boleh  menggugat   Parti  PAS   untuk   terus  memberikan    khidmat  disitu.      Bagi    UMNO  jelas  dilihat    sebagai    satu   “uphill  battle”   untuk    mengurangkan   majoriti   Parti  PAS   jauh    sekali  untuk  memenanginya.

Menyedari  perkara   tersebutlah    UMNO    telah  awal-awal   lagi   merencanakan   sesuatu  untuk   menafikan    Parti   PAS    dari   mempertahankan   satu-satunya   Kerusi  yang  mereka  ada  diDewan  Undangan  Negeri  Pulau  Pinang.     Oleh  kerana   DUN  N.11   terletak  dalam    Parlimen  Permatang  Pauh   yang  merupakan   salah  satu  Kubu   PKR  maka   strategi  yang  paling  berkesan  ialah   dengan   menyerang  peribadi  Anwar.  Ini  jelas  dapat  kita  lihat  dari    beberapa  siri     ” Demonstrasi  Sah ”   mengutuk    Anwar   yang  diberi   liputannya  meluas   oleh   pihak   Media   Utama.     UMNO    cepat  benar   terlupa     “aksi  menikus”    mereka semasa   PRK  Penanti  baru-baru  ini.

Perbalahan  kecil-kecil   yang  berlaku   dikalangan   pimpinan    diNegeri-Negeri     yang  diperintah  Pakatan  Rakyat   dikutip    dan  dipungut.   Perkara  seperti   penjualan  arak  diperbesar   sedangkan   semasa   BN  memerintah  hal-hal  tersebut   tidak  diambil  kesah.     Begitu  jugalah   perbezaan  pendapat   dikalangan   pimpinan   PKR/PAS/DAP  dikutip   sebagai   Pakatan   Retak  Menunggu  Belah,    tidak   pandai   mentadbir   dan  sebagainya.   Ada   juga  suara-suara   meminta   pengundi  memberi  “lesson”   kepada  Pakatan   Rakyat  diPulau  Pinang  dengan   memberi  kemenangan   kepada  BN  diPermatang  Pasir.  Ada  juga   kedengaran  suara  yang  mengesyorkan   supaya  PAS  keluar  Pakatan.    Matlamatnya  supaya  senang  diketuk.

Pada  kesimpulannya   para  Pengundi  diPermatang  Pauh  sudahpun  berlaku  adil  dari  segi   “representation”  iaitu    UMNO  diSeberang  Jaya,   PKR  diPenanti  dan   PAS  diPermatang  Pasir.     Jika  ada   pihak   yang   hendak   mengubahnya    maka  kutip  dan  pungutlah  satu  lagi  Istilah  iaitu   “Orang  Tamak  Selalu  Rugi”.


SIAPA PERKUDA SIAPA

August 9, 2009

Hari  ini  hari  minggu  dan  saya  mempunyai  banyak  masa  bersama  keluarga.  Sebaik  sahaja  selesai  minum  pagi,   seperti  biasa  dihari  cuti  begini   saya  akan   mengambil   sedikit  masa  untuk   menyingkap   beberapa   Akhbar   yang   anak-anak  beli.

Diruang  RENCANA   Berita  Minggu    saya  lihat  tajuknya  “Orang Melayu  tak  sedar   ‘diperkuda’  Pakatan  Rakyat   tulisan  Rohaniza Idris.     Rencana   ini   memuatkan  pendapat  pakar-pakar   yang  mahir  lagi  tersohor   dalam  aspek  kemanusiaan.   Mana  tidaknya    pendapat-pendapat  oleh    Prof   Zainal   Kling,  Prof  Muhamed  Mustafa  Ishak   dan   Osman  Bakar  Presiden  BBPM   yang    menjadi   bahan  rujukan  utama  penulisan  rencana   ini  jugalah   digunapakai  pihak-pihak  tertentu  apabila   telah  terdapat   lebih  ramai  orang  melayu   yang  sedar  apa  yang  berlaku  disekeliling  mereka.

Rata-rata  para  pakar  tersebut   memperkatakan   yang  orang  melayu   terlalu  mudah  diperdaya  dan  tidak  sedar  telah  diperguna  oleh  Pakatan   Rakyat  dalam   satu   agenda  politik.    Maka  diperkatakan juga   yang   Himpunan   Haram   yang  bertopengkan   menentang  Akta  Kejam  ISA   diKuala  Lumpur  baru-baru  ini  sebenarnya  adalah  helah   Parti-Parti  dalam  Pakatan   untuk    survival  mereka.

Saya  terpanggil   untuk   memberikan   “credit”   kepada  tokoh-tokoh   yang   saya  sebutkan  diatas    kerana   menzahirkan   betapa   prihatin  mereka  kepada  kesudahan  nasib  orang-orang  melayu.      Daripada  nada   tegas      yang  dimuatkan   dalam  Rencana   tersebut  juga   jelas   menunjukkan  yang   mereka   sangat-sangat  kecewa  melihat   orang-orang  melayu   diperbodoh   dan  diperkuda  oleh  Pakatan  Rakyat.

Persoalan  yang  hendak  saya  ketengahkan  disini  ialah   mengapa  Pakar-Pakar  kita  ini  lambat   sangat   sedar   untuk   memperbetulkan   kelemahan  orang-orang    melayu.    Sebenarnya   orang-orang  melayu   telah   terlalu  lama  diperlakukan  sebegini.      Lihat  saja  semasa   usaha-usaha  meminda  Perlembagaan  Persekutuan  untuk  mengurangkan  kuasa-kuasa  Raja   dan   melenyapkan  Imuniti Raja-Raja,   tidakkah   orang-orang  melayu   diseluruh  negara   ketika  itu   diminta   memberikan  sokongan   padu    dan  berdiri  teguh  dibelakang  Kerajaan  UMNO  untuk  mencapai  matlamat?     Kemana   menghilangnya  orang-orang   yang   taat  setia  kepada  Institusi  Raja  dimasa  kritikal  tersebut?

Kepada  Prof  –  Prof   kita  pula   mengapa  mereka  tidak  sedar   ada   satu   Demonstrasi  diadakan  oleh     seramai  5000  orang   Pelajar  UITM      dihadapan   Bangunan  SAAS  Shah  Alam    diikuti   dengan    meregang  Sepanduk   dan  Berteriak    membantah    M.B. Khalid    kerana  Cadangan  beliau  untuk  membuka  kuota   kepada  pelajar  lain  diUiTM.     Mengapa  diketika  itu     tidak  ada    terkeluar  suara-suara   untuk    menyedarkan  pelajar-pelajar  kita  yang   mereka   diberi   peluang    beserta    dengan  kemudahan  dan  keistimewaan   untuk   belajar   supaya     pada    matlamatnya   nasib   bangsa   dapat   dibela  bukan   berdemonstrasi.    Yang  jelas  perbuatan  pelajar-pelajar  tersebut  tidakpun  dibantah  oleh   pihak  Universiti.

Apa  yang  disebutkan  ini  hanyalah  beberapa  contoh  sahaja  yang  terang-terangan   menjurus  kepada   kepentingan-kepentingan  tertentu.    Akhir   sekali   soalan    mudah   kepada   para  bijak  pandai :    Siapa  sebenar  yang  telah   awal-awal   diperkuda?


BAIK BURUK BERTEKA-TEKI

August 6, 2009

Semestinya  kita  akan  mendengar  pandangan  yang  berbeza  didalam   satu-satu  perkara  terutama  tentang  keadaan  politik  semasa.   Peranan  yang  didendang  oleh   berbagai     Media  nampaknya    benar-benar  telah   mempengaruhi   pemikiran  rakyat.     Tidak  ada  siapapun  yang  memiliki  otak   yang     waras    sanggup   menerima  bulat-bulat   apa   yang   UMNO/BN  telah    lakukan  diNegeri  Perak.            Melalui  pintu  belakang   mereka  telah      lakukan  perkara  yang  paling  keji  iaitu   dengan    memadam   hak  mutlak  rakyat   memilih   Kerajaan.    Bagi   penulis   ini  adalah   “sejarah”.     Sebagai    rakyat   Negeri  Perak  kita   cukup  berbangga   dengan   peristiwa   pembunuhan   Residen  Inggeris  diPasir  Salak.   Jadi,   apa   salahnya    peristiwa   rampasan  kuasa  oleh  UMNO/BN  ini  juga   menjadi  sebahagian  daripada  sejarah?

BUBAR  DEWAN  UNDANGAN  NEGERI  PERAK?

Kita  sedar   pihak  yang  telah  dinafikan  hak   sedang   melancarkan  gerakerja   mendesak   agar   Dewan  Undangan  Negeri  Perak   dibubar     untuk   memberi   peluang   kepada   rakyat   sendiri   menentukan   siapakah   yang    benar-benar  berhak   menubuhkan  Kerajaan.   Lantas  berbagai    andaian   dicetuskan  oleh    pihak-pihak  tertentu   seperti   meramalkan       “Snap  Election”   akan   berlaku   diNegeri  Perak   dalam  masa  terdekat.      Diberitakan  juga   betapa    2  Juara  Lompat   “glamour”   tidak  berjaya    dalam  cita-cita   dan  harapan   mereka   dan  menimbang   untuk   kembali.

Melalui  Media-Media  (Laman  Blog )   Pro  UMNO/BN   pula  kita   dimaklumkan  yang  Kerajaan  yang  ada  kini   sangat  kukuh   kedudukannya.   Ada  juga   yang  melontarkan  cadangan    agar     Pakatan  Rakyat   menyimpan   “resources”    supaya    apabila  sampai  PRU  ke  13  nanti   tidaklah  dilihat  “kehabisan  peluru”.

Sebagai  mewakili    “the  3rd  opinion”   penulis  bersetuju   kedua-dua   pihak   melakukan   “gencatan  senjata”.     Dipihak   UMNO/BN  mereka  bolehlah    membereskan   segala   “back log”    yang  telah  tertangguh   semenjak        Merdeka  lagi  seperti    kemudahan-kemudahan  asas  kepada  rakyat  (yang   Asli  dan  Bukan  Asli)     diperdalaman  dan  dipinggiran.      Bagi  Pakatan   Rakyat   kita  semua  tahu   mereka  mempunyai  produk   yang  baik   untuk   membawa   rakyat   ke  satu  era   yang  benar-benar   boleh   diharapkan   dan   jauh  lebih  baik  dari    hanya   slogan-slogan  indah.   Yang  perlu  buat   masa  kini  ialah    memperbanyakkan   “stock”     dan    meningkatkan  “Sales”.

Jika  sekiranya   berlaku  juga  “snap  election”   sekitar  Nobember  nanti   adalah     dipercayai    yang     rakyat   Negeri   Perak     sudah      cukup        bersedia   melakarkan   Perubahan Yang  Sebenar   tanpa  ragu-ragu  lagi..   InsyaAllah.


REFORMASI : JANGAN TERKELUAR DARI LANDASAN

August 4, 2009

Dua   Isu   besar   yang  masih  belum  dapat  diselesaikan  oleh   Pemerentah   ialah   PPSMI  dan  ISA.     Badan-Badan   NGO    tertentu    seperti    Badan    Bertindak   Anti-PPSMI    dan    Gerakan  Membasmi  ISA   (GMI)    sedang     memainkan    peranan    mereka   masing-masing     agar    pihak    Kerajaan     benar-benar      serious    memertabatkan   Bahasa   Melayu  sebagai   bahasa  ilmu   dan       memansuhkan   Akta  ISA  kerana  walaupun    ianya  baik   bagi     memelihara    Keselamatan   sesebuah     Negara    ternyata     ianya     terlalu terdedah   kepada     Salahguna.

Berdasar    kepada    fakta   diatas   Penulis   tidak   bersetuju   Parti-Parti   Politik   terlibat  secara   langsung   dalam   penyertaan   kegiatan   membantah   seperti   apa  yang  berlaku   diKuala  Lumpur  beberapa  hari   yang   lalu.     Oleh  kerana    setiap  orang  bebas   menyertai    sebanyak    mana   pertubuhan  NGO   dalam  Negara,   penyertaan   secara  individu-individu   tidaklah   menjadi   masaalah   walaupun  mereka   adalah   ahli   dalam    sesebuah  Parti  Politik.

Perkara   pokok    yang   hendak   Penulis    bincangkan  ialah   jika   sekiranya   sesuatu    Penganjuran  itu   dilihat  sebagai   dipolitikkan    maka    tujuan     Asal    Reformasi   Pakatan  Rakyat  jelas   telah  tersasar.    Kita   semua   tahu    “Reformasi”   bukan   “Demonstrasi”.        Demonstrasi   Awalan  hanya  perlu   semasa    hendak   di perkenalkan   apa  itu   “Reformasi”    dan    mengapa   ianya    sangat    relevan.

Reformasi   telah   diperjelaskan   kepada   Rakyat  jelata   sekitar  tahun   1998-99.     Dalam  Pilihanraya   Umum   ke  10   sedikit   sebanyak    makna   “reformasi”   telah   difahami  oleh    rakyat   terutama  dibandar-bandar.     Pada   PRU  Ke  12   penerimaan   “reformasi”   benar-benar   ketara   dan    meluas.     Keputusannya   lebih     dari   1/3   Ahli-Ahli  Parlimen   yang   rakyat   pilih  adalah    dari   kalangan  “Reformis”.

Adalah   dipercayai    jika    Pakatan  Rakyat    telah  hilang   rentak   dan    terlupa   kepada    tujuan    asal    perjuangan   iaitu    “memberikan   harapan  baru”   kepada   seluruh  rakyat  maka   janganlah   sesiapapun   dikalangan   “reformis”    akan    terkejut    jika     pendokong-pendokong   yang  sedia   ada   menukar   “gear reverse”.

Penulis  hanyalah   ibarat  “hama”  sahaja   dalam   sebuah  Parti  dalam   Pakatan  Rakyat   tetapi   Penulis   tidak   nampak   ada    pemimpin-pemimpin   dalam   Pakatan   yang  sedar   kepada  gejala  ini.


MELAYU SUDAH BERSATU DIALAM NYATA MAHUPUN DIALAM MAYA

August 1, 2009

Pilihanraya  Umum  ke  12  telah  mengubah  Lanskap  politik  negara  dengan   begitu  ketara  sekali.   Lima  Negeri  bertukar  Kerajaan  dan   Kerajaan  Pusat   hilang  2/3  Majoriti.     Sejak  dari  keputusan  yang   luarbiasa  itulah   terlalu   banyak  suara-suara   yang  memohon,  meminta  dan  merayu   agar  orang-    orang  melayu  supaya  bersatu.       Mereka   daripada  berbagai  golongan  yang  terdiri  daripada  Alim  Ulamak,  Cendikiawan  dan   pakar-pakar   dalam  ilmu  kemanusiaan.          Persoalannya   mengapa   apabila  UMNO/Barisan  tewas   dibeberapa  Negeri   dan  dibeberapa  Kawasan  Parlimen  orang-orang  Melayu   dipersalahkan  kerana  tidak  bersatu.     Sebaliknya  apabila  Parti  PAS  pula   memenangi   satu-satu  kawasan  tidak  ada  pula  suara  yang  mengatakan    melayu   bersatu  disitu.

Saya  suka   memberitahu  kepada  semua  orang  bahawa   orang-orang   melayu   secara  nyata  sebenarnya  telah  lama  bersatu.     Setidak-tidaknya   apabila   bermulanya   “Sure  Heboh”   lagi.   Mereka  telah  jayakan  program   ini  dengan  beramai-ramai  melawat  dan  membelibelah  digerai-gerai  yang  disediakan  dan  pada  sebelah  malamnya  mereka  berpasang-pasang  memenuhi  padang   sebaik  sahaja   upacara  selesai.      Kini   lagi  kuat  perpaduannya  apabila   ianya    bertukar ke  “Jom  Heboh”.

Orang-orang  melayu  juga  bersatu  diAlam  Maya  iaitu  melalui  SMS.   Perpaduan  melayu   diAlam  Maya  ini  setidak-tidaknya  telah  bermula   semenjak   Rancangan  Akademi  Fantasia  diperkenalkan  lagi    dan  kini   sudahpun   masuk  kemusim  ke 7.   Melalui   Rancangan   berbayar  ini       orang-orang  melayu  berkorban   menghantar   SMS  bernilai  berjuta-juta    ringgit  untuk  membuktikan     mereka     sebenarnya       sangat-sangat   bersatu.

Dengan  yang  demikian  janganlah   ada  lagi  cakap-cakap   yang  mengatakan   orang-orang  melayu  tidak  bersatu.    Jika    ada   mana-mana   Parti  Politik   yang  sedang  merasakan  Parti  mereka   sudah   kurang   mendapat   sokongan  carilah  puncanya  selain  dari  menyalahkan  orang-   orang  melayu.