Terdapat dua cerita yang berbeza didalam sejarah yang berulang dalam MCA ini. Pertama sekiranya Dr. Chua menubuhkan sebuah Parti baru mirip Parti Gerakan sudah pasti separuh dari MCA akan keluar Parti dan jika kehadirannya dilihat lebih Cemerlang maka tidak mustahil baginya diterima menyertai Barisan Nasional. Sekiranya andaian ini benar-benar boleh terjadi kedudukan Barisan Nasional sudah pasti lebih terserlah dan kuat. Setidak-tidaknya dalam tempoh yang sukar ini ia masih mampu menambah ahli keluarga.
Opsyen lain, pengikut Dr. Chua mungkin berminat menyertai Parti Lim Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang sekarang atau bersama-sama berjuang dengan Dr. Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng) dalam Parti Keadilan Rakyat. Untuk menentukan hasrat ini menjadi kenyataan Pimpinan DAP dan PKR perlu bertindak pantas dan intensif dalam menganjurkan “membership drive” diseluruh negara. Jika kita hanya mengharapkan “yang bulat datang menggolek” dan “yang pipis datang melayang” besar kemungkinan produk kita hanya gah diperingkat “dikenali” tetapi tidak ada yang “membeli”. Disinilah lahirnya Istilah “Window Shopping”.