Melalui Ilmu Sains dan Teknologi segala-galanya boleh disukat. Perjalanan disukat dengan kilometer (km), gula disukat dengan Kilogram (kg), kelajuan taufan disukat dengan Skala Rikter dan berbagai terma lagi bersabit dengan sukat menyukat.
Bagi menyukat kedudukan diPermatang Pasir, Sdra Salleh Man cukup selesa meninggalkan pencabarnya sejauh satu “street” dihadapan. Sukatan yang dinamakan “street” diguna didalam acara Lumba Kuda dimana kuda yang dihadapan sedang meninggalkan pencabarnya sangat jauh. Jika kedudukannya rapat ia disukat mengikut badan seperti Setengah, Tengkok atau Hidung. Menyedari akan terkeluar dari saingan beberapa talian hayat terpaksa digunakan oleh Calun BN.
Pelampong pertama datang dari Lunas , Kedah Darul Aman. ADUN keluar PKR, masuk Bebas dan sokong UMNO. Bagaimana peristiwa ini boleh di “translate” sebagai tonik harap-harap para pengundi tidak dapat memahaminya.
Keduanya pula datang dari orang yang pada mulanya tercari-cari platform untuk dihebahkan yang dirinya telah dikambing hitamkan. Lagi sehari hendak mengundi baru dia tersedar dan berasa simpati pula kepada rakan-niaganya itu. Lantas satu lagi Sidang Akhbar tetapi kali ini ditempat yang istimewa iaitu diKuala Lumpur bertujuan memulihkan imej. Dapatkah para pengundi memahami sandiwara hebat ini. Apa yang diharapkan para pengundi tidak tercari-cari kambing hitam yang telah hilang itu sampai terlepas masa untuk mengundi.
Assalamualaikum.
Saya pengundi N11.
Kambing hitam nak jadi putih, biarkan.
Ada Exco yang nak bebaskan diri, lepaskan.
Yg penting kita mesti ada kekuatan jati diri, Ada
prinsip dan pegangan hidup yg benar dan kuat x goyang & putus di hanya angin sepui bahasa.
Masyarakat perlu bermaklumat luas. Minda terbuka
lagi merdeka agar demokrasi benar subur.
nordean
assalamualaikum….saya penyokong pas guna talian hayat…gunalah nak pelampong…gunalah nak apa lagi??? ambiklah tapi ingat ALLAH sentiasa bersama orang yang benar. bagi agama dan bangsa yang sejati…biar maut pun x kan tunduk dengan kemungkaran. yang takut hanya ALLAH SWT…
Dasuki,
Terima kasih kerana melayari Blog saya. Kita perlu lebih ramai orang-orang berjiwa besar seperti sdra dalam perjuangan mencegah kemungkaran.