KEMPEN : APAKAH PERLU GUNA “GEAR OVERDRIVE”

Setelah  meninjau  dari  satu   Kem   ke   Kem   yang  lain   dan  dari   satu  Blog  ke  Blog-Blog   seluruhnya  adalah  didapati  Pilihanraya  Kecil    N. 11      Permatang  Pasir  ini    jelas    sekali    tidak     mempunyai     sebarang    Isu    untuk   dimanipulasi.   Jika  UMNO  tidak  tamak,     Jadual  untuk  PRK  ini  boleh  dimuktamadkan  pada   hari  Penamaan  Calun (17.08.09)  tempoh  hari.      Dalam   hal   ini    sekurang-kurangnya    Kamarul  Ramiza  Idris    Calun   Bebas   prolifik     adalah  seorang   yang  bijak  dan    sudah  menampakkan    kematangan  berpolitik.

Oleh  sebab  ketandusan  Idea  untuk  menafikan   populariti  PAS  dikawasan  Permatang  Pasir  ini  maka  ucapan  Tok  Guru  Nik  Aziz  diputar-putar  dan   dibelit-belit  untuk  dijadikan  satu  Hidangan.   Berkaitan  dengan  “validity’   Calun  BN  yang  disenaraihitam  oleh  Majlis  Peguam   sebenarnya   beliau   sah  boleh  bertanding  dan  sudahpun  diperjelaskan  oleh  Suruhanjaya    Pilihanraya  Malaysia.    Pertikaian  mengenai   perkara  ini   semata-mata  bersangkut  dengan  integriti   seseorang  yang  menawarkan  diri  untuk   berkhidmat    dan    bukan   merupakan   serangan  peribadi.    Zaman   walaupun  “Tunggul” di jadikan    Calunpun  boleh  menang    sudah   lama  berlalu   dan   tidak    relevan   lagi.      Tidak  perlulah  lagi   mana-mana  pihak  mahu    mempertahankannya     dengan  berbagai  alasan   atau      “menegak  benang    basah”.    Pada  hakikatnya    pertimbangan   pengundi   sudah  tentulah   menolak    kreditibiliti   yang   telah    tercalar.

Seperkara  lagi      dalam  sehari  dua   ini     kita  akan  mula  berpuasa  jadi  kegiatan   “Berkempen”    menjadi  terbatas.      adalah  dipercayai  setiap    pihak  akan  mengambil  kesempatan  ini  untuk   bersama-sama  masyarakat  setempat    Berbuka  Puasa    dan    beribadat.     Dalam  aktiviti   keugamaan  ini   kita  boleh  melakukannya  tanpa  mengira  puak   atau  kumpulan.      Bagi    sejumlah  25%  lagi  pengundi  yang  tidak  wajib  berpuasa  adalah  dipercayai  mereka   sudah   membuat  pilihan  dan  hanya  menunggu    untuk   “Memangkah”  sahaja.

Akhir  sekali  Pilihanraya  Kecil  Permatang  Pasir  akan  mencatat   Sejarah  sebagai   satu  Pilihanraya  tanpa  dibebani    sebarang  Isu.     Jika   rakyat   jelata  dapat  belajar  dari  pengalaman  ini  besar  kemungkinan    jika    sekiranya  berlaku  lagi  kekosongan  kerusi  ianya  akan  diselesaikan   pada   hari  Penamaan  Calun  lagi.

One Response to KEMPEN : APAKAH PERLU GUNA “GEAR OVERDRIVE”

  1. rajasedaka says:

    Walaupun Tok guru dah buat penafian, mereka masih berputar membelitkan kata-kata…isyyy macam lirik lagu rindu bayangan ler pulak!!

    salam ziarah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: