MENJANA TIGA DALAM SATU KEBANGKITAN

Seperti  yang  diperihalkan  dalam  Utusan  Online  UMNO  Negeri  Johor  akan  mengadakan  satu   Perhimpunan  (tidak haram)  Raksaksa  diPadang  Merdeka  Batu  Pahat.    Peristiwa  besar  ini  akan  berlangsung  pada  petang   Jumaat   ini  dan  dianjurkan  oleh  UMNO  Bahagian  Batu  Pahat.

Penulis  tidak  ingin  mengulas   Agenda-Agenda   yang  dirancang  kerana  itu   adalah  hak  mutlak   mereka.   Apa  yang  hendak  diulas  dalam  tulisan  ini  bersangkut  paut  dengan  strategy  perhimpunan  itu  diadakan.

Penulis  melihat  pada  “reverse  strategy”  mengapa   perhimpunan  ini  sangat-sangat  perlu,   strategic   dan  tepat  masanya  diadakan.    Pertama  ialah  menyedari   akan   kehadiran   Pakatan  Rakyat   yang  meningkat  dari   hari  ke  hari.   Tambahan  pula   baru-baru  ini   Ketua  Pembangkang  diParlimen   telah  mengumumkan   yang  Pakatan  Rakyat  sudah  cukup   bersedia  menawan  Negeri  Johor  pada  Pilihanraya  Umum   ke  13.

Yang  Kedua  menyedari   kesan   daripada  kemasukan   Chua  Jui  Meng  kedalam  Parti  Keadilan  Rakyat    yang   boleh   menggugat   kedudukan   Ahli-Ahli  Parlimen   dari  Parti  MCA  dibeberapa  kawasan  dalam  Negeri  Johor  pada  PRU  ke  13  itu  nanti.

Yang  Ketiga  menyedari   kekecewaan  ahli-ahli  UMNO  diJohor  kerana   didalam  Pemilihan  baru-baru  ini   terlalu  ramai   pemimpin  mereka   tewas   didalam  Majlis  Tertinggi.   Diantaranya   adalah   nama-nama  seperti  Azalina  Othman  Said,  Syed  Hamid  Alba  dan  Shahrir  Samad.

Tujuan  penulisan  ini  semata-mata  mahu  memberi   “general  idea”   kepada   ahli-ahli  politik  dalam   Pakatan  Rakyat  supaya   tidak  merasa   gusar  tentang  apa  yang  akan   berlaku  diBatu  Pahat  pada  masa  terdekat  ini.  Lagipun  mengikut  Agendanya  ia  hanyalah   sekadar   “laungan”  semata-mata.       Adalah  lebih   baik  kita  siapkan   sepenuh   tenaga  dan   tumpuan  untuk  bertempur   diPermatang   Pasir.

One Response to MENJANA TIGA DALAM SATU KEBANGKITAN

  1. kemboja says:

    Tak pa la….bagi la depa peluang nak berdemo pulak…depa pun kepingin jugak…asyik tengok puak PR aje berdemo…mana aci kan?
    Pak2 Polis janga la kacau..jangan la sembur dgn air pemedih mata, jangan la buat tangkapan…nanti jadi huru hara pulak..nanti kalau ada orang yg cedera kena saman pulak….silap2 peniaga2 saman pulak puak2 tu..
    Kesian depa2 tu.
    Dah la UMNO tak ada duit (cuba dengar ucapan seorang wakilnya semasa perhimpunan UMNO thn lepas)…nanti bankrup pulak…satu hal lagi…

    Tapi nanti jangan berat sebelah pulak…kalau PR nak buat pun bagi juga…..1-Malaysiua katakan…rakyat diutamakan….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: