Semestinya kita akan mendengar pandangan yang berbeza didalam satu-satu perkara terutama tentang keadaan politik semasa. Peranan yang didendang oleh berbagai Media nampaknya benar-benar telah mempengaruhi pemikiran rakyat. Tidak ada siapapun yang memiliki otak yang waras sanggup menerima bulat-bulat apa yang UMNO/BN telah lakukan diNegeri Perak. Melalui pintu belakang mereka telah lakukan perkara yang paling keji iaitu dengan memadam hak mutlak rakyat memilih Kerajaan. Bagi penulis ini adalah “sejarah”. Sebagai rakyat Negeri Perak kita cukup berbangga dengan peristiwa pembunuhan Residen Inggeris diPasir Salak. Jadi, apa salahnya peristiwa rampasan kuasa oleh UMNO/BN ini juga menjadi sebahagian daripada sejarah?
BUBAR DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK?
Kita sedar pihak yang telah dinafikan hak sedang melancarkan gerakerja mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubar untuk memberi peluang kepada rakyat sendiri menentukan siapakah yang benar-benar berhak menubuhkan Kerajaan. Lantas berbagai andaian dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu seperti meramalkan “Snap Election” akan berlaku diNegeri Perak dalam masa terdekat. Diberitakan juga betapa 2 Juara Lompat “glamour” tidak berjaya dalam cita-cita dan harapan mereka dan menimbang untuk kembali.
Melalui Media-Media (Laman Blog ) Pro UMNO/BN pula kita dimaklumkan yang Kerajaan yang ada kini sangat kukuh kedudukannya. Ada juga yang melontarkan cadangan agar Pakatan Rakyat menyimpan “resources” supaya apabila sampai PRU ke 13 nanti tidaklah dilihat “kehabisan peluru”.
Sebagai mewakili “the 3rd opinion” penulis bersetuju kedua-dua pihak melakukan “gencatan senjata”. Dipihak UMNO/BN mereka bolehlah membereskan segala “back log” yang telah tertangguh semenjak Merdeka lagi seperti kemudahan-kemudahan asas kepada rakyat (yang Asli dan Bukan Asli) diperdalaman dan dipinggiran. Bagi Pakatan Rakyat kita semua tahu mereka mempunyai produk yang baik untuk membawa rakyat ke satu era yang benar-benar boleh diharapkan dan jauh lebih baik dari hanya slogan-slogan indah. Yang perlu buat masa kini ialah memperbanyakkan “stock” dan meningkatkan “Sales”.
Jika sekiranya berlaku juga “snap election” sekitar Nobember nanti adalah dipercayai yang rakyat Negeri Perak sudah cukup bersedia melakarkan Perubahan Yang Sebenar tanpa ragu-ragu lagi.. InsyaAllah.