MUNGKINKAH WAWASAN 2020 SENASIB DENGAN BERSIH – CEKAP – AMANAH

Sasaran  Negara  Maju     pada   tahun  2020    mungkin  berakhir  sebagai  “Slogan  Terpilih”   sahaja.       Pada  peringkat  Pelancarannya   dulu   ia   dilihat   boleh  memecah  rekod  dunia.       Kini   tempoh  untuk  sampai  kesitu  sudah  kian  hampir.    Kurang  lebih  disekitar  10  tahun  sahaja  yang  tinggal.        Negara    sudah  mengalami  pertukaran   dua  ( 2 )   Perdana  Menteri   namun   riak-riak    gagasan  tersebut   boleh  berjaya  tidak  kelihatan  langsung.        Tidak  dinafikan    perkara  besar  seperti  ini  bukanlah  semudah    A.B.C  .      Ia   perlu  melalui    berbagai   peringkat      dan  liku-liku  yang  rumit.

Pak  Lah   pada   awal-awal    pemerintahannya    ada    menunjukkan   kesungguhan    supaya   cetusan  Dr. M  ini    menjadi  kenyataan.   Malang     sekali  tempoh  beliau  meneraju  negara  telah   ditamatkan    melalui                    satu  kompromi.    Dengan  yang    demikian    Pak  Lah  telah  terselamat    dari  dipersalahkan  sekiranya   gagasan  tersebut  menuju  jalan  buntu.

Kini   ianya   sudah   separuh    jalan    namun     warna-warna   kejayaan   masih   lagi  kabur.    Diperingkat    “jingle”    pun   Wawasan  2020  telah    tenggelam.   Dr. M   masih  sihat  segar.   Apakah   beliau   sanggup   berdepan   dengan  berbagai  ejekan  sekiranya  sampai  sahaja  tahun  2020    itu      Malaysia  masih    mundur   sedangkan  Dr. M   masih  berselera.

Persoalan  ini   di ketengahkan    kerana    saya  tidak  nampak    ada    sebarang  usaha   yang   bersungguh-sungguh  diambil    oleh  Pimpinan  Baru  kita.    Saya   tidak   mengatakan  mereka  tiada  kebolehan  untuk  meneruskannya.    Yang  jelas  mereka  tidak  memberikan      “priority”      yang       sepatutnya.

Saya  ajukan  perkara  ini  supaya  kita  berhenti  daripada    berangan-angan  semata.   Kita  cetuskan  sesuatu    “khayalan”   untuk   masyarakat   merasa    teruja  buat  beberapa  ketika   dan  kita  tidak  peduli  walaupun  cetusan   kita  itu  akan  memakan  diri  kemudiannya.

Mari  kita  singkap   kembali  slogan   BERSIH, CEKAP. AMANAH.   Semenjak  ianya  diperkenalkan  senario   semasa   menunjukkan  ia   menjadi   berlawanan.     Lagi  lama    tempoh  berlalu    lebih   tinggilah  kedudukan  negara  kita  dalam  Carta   Pengamal  Rasuah.      Terus    sukar   bagi  kita  mahu       mencari    yang  benar-benar   Bersih     dan     masih  belum  dapat  dilahirkan   teknokrat  yang  betul-betul  Cekap.

Yang  terbaru  kita  lihat    saja   bagimana   pentadbiran  kita   menangani   kes  Selsema  Babi.      Apabila   sudah  ada  kes  disahkan  barulah  hendak     “panic”  dan   tindakan  pantas  yang  mereka  ambil   hanyalah  dengan  meminta   kesemua     penumpang   kapalterbang    yang   turun  bersama  kes  tersebut   hadir   menjalani  pemeriksaan.   Cara  Kuarantin pun  dibuat  mengikut  standard  Malaysia  iaitu    dengan  memberi  nasihat   sahaja   supaya  dalam  tempoh  ber-   kuarantina  ini    hendaklah  berada  dirumah  sahaja.    Apa  yang  saya    tahu   Standard  Kuarantin  yang  sebenar  ialah     pesakit  dan   pesentuh (contact)   jika  dikuarantin    mereka  akan  diasingkan  untuk  satu-satu   tempoh  tanpa  sebarang  kelonggaran.

Akhir  sekali,    nasaalah    yang  diutarakan  ini  adalah   milik  kita  bersama.  Jika  telah  jelas  kita  lihat  kenderaan   kita  dipandu   menggunakan  gear  “reverse”  maka   adalah  menjadi  tanggungjawab  kita  bersama  untuk   menukar   Pemandunya.    Ia  boleh  direncanakan  mulai  sekarang   dan    zahirkan  pada  PRU ke 13.

3 Responses to MUNGKINKAH WAWASAN 2020 SENASIB DENGAN BERSIH – CEKAP – AMANAH

  1. Pengasas says:

    Salam saudara AhmadZawawi,
    Mungkin UMNO menganggap slogan itu sudah tidak bermakna lagi.

  2. BR says:

    salam tuan….

    sihat selalu hendaknye… maaf lama tak update blog agak busy bulan nih… anywat selamat berblog dan berjuang keadilan….

  3. BR says:

    salam dr baginda untuk semua,

    Khemah Polis giat dibina di Manek Urai, Masjid Rakyat pula diroboh Terengganu

    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/06/khemah-polis-giat-dibina-di-manek-urai.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: