UJIAN GETIR PERPADUAN MELAYU DIMANIK URAI

Segala-galanya  telah  terlerai.    Tidak   akan  ada  lagi  Kerajaan  Perpaduan  atau  yang  serupa  dengannya.       Pimpinan  Pakatan  Rakyat   telah  memberi   kata  putus.     Satu  peringatan  kepada  komponen  supaya  dimasa-masa  kehadapan  ini  jangan  lagi  ada  agenda-agenda  sendiri  jika  kita  benar-benar   mahu   membawa  negara  ini   keera  yang  lebih  gemilang.

Kini  tumpuan  semua  orang  tentunyalah  Pilihanraya  Kecil  Manik  Urai.    Pada    6  Julai  nanti  kita  akan  dapat  lihat  bagaimana  masyarakat  melayu  mengadun  perpaduan.   Jika  sekiranya  PAS  dibenarkan  kekal  dikerusi  itu  dengan    kemenangan   tanpa   bertanding   jelaslah  kepada  kita  bahawa   usaha-usaha  ikhlas  yang  mahukan  bangsa  melayu  bersatu  sudah  bermula.    Namun  jika  sebaliknya,  iaitu   UMNO  juga  akan  meletakkan  calun  dan   tidak  ketinggalan   juga   beberapa   calun   Bebas   maka  terbuktilah   yang  orang-orang  melayu  sebenarnya  tidak   faham  apa  itu   perpaduan.

Saya  tegaskan  semua  ini  berdasarkan  pengalaman-pengalaman  yang  lalu.  Kempen-kempen    yang  tidak  beretika    sukar   dielak.   Serangan  peribadi  terhadap  calun  juga    tidak  ada  sesiapa  yang  dapat  menyekatnya.   Projek-Projek  “Mee  Segera”  juga    sesuatu   yang  “tidak  boleh  tidak”.     Sedangkan  matlamat  Pilihanraya  Kecil  ini  hanyalah    untuk  mengisi  kerusi  yang  kosong  sahaja.

Jika  semua  yang  berkenaan  benar-benar   berkehendakkan  orang-orang  melayu  berpadu  dan  terus  bersatu,  marilah  kita  mulakan  diManik  Urai   dengan  memberikan    “walkover”   kepada  Parti  Islam SeMalaysia.   Disamping  itu  wang  rakyat  dapat  diselamatkan  daripada  pembaziran.

One Response to UJIAN GETIR PERPADUAN MELAYU DIMANIK URAI

  1. ANJA says:

    Assalamualaikum , apa khabar ? Dah sihat?

    Setuju jika mereka ikhlas nak buat kerajaan perpaduan tak payahlah bertanding , bagi laluan pada PAS.

    Jika bertanding juga , hentikanlah cemuhan ..rakyat pun dah jelak nak dengarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: