GETARAN SETIAP PILIHANRAYA KECIL TIDAK SAMA

Diantara  beberapa  pilihanraya   kecil   yang   terjadi  diMalaysia    sama  ada   kita  mahu  percaya  atau  tidak   yang   terhebat   ialah   diManik  Urai  yang    dijadualkan   pada  14  Julai  nanti.       Terkini    saya  melihat   peluang    untuk PAS   atau  UMNO     masih   samar-samar.

Dalam  tulisan  saya  dibawah  tajuk  “Battle  Royale”   baru-baru  ini    saya   huraikan   betapa     terkebelakangnya  UMNO   dalam  usaha   untuk  menawan   Manik  Urai.   Saya  perhatikan  setiap   perancangan   yang   di-  susunatur   dan   direncanakan    oleh  UMNO   untuk  menawan   kawasan  ini  semuanya     boleh    “backfired”.    Salah  satu  sebabnya  ialah    kerana  baru  sekarang    mereka   sedar    yang  masyarakat  Manik  Urai   telah    terlalu  jauh  ketinggalan   dan    baru   sekarang    mahu  difikirkan    untuk   membina  jejantas   menyeberangi     Landasan   Keretapi   bagi     kegunaan   penduduk  terutama   kanak-kanak   sekolah.    Apakah  ertinya  semua  ini?.   Apakah   Keretapi   hanya  akan  mengganas   apabila  sampai  musim  Pilihanraya   sahaja?    Dikhabarkan  kemenangan  diManik  Urai  sangat-sangat  bererti  buat  UMNO.      Ianya   mampu    memulihkan  imej  Parti   dan   sekaligus    boleh   menghasilkan   nafas  baru   untuk   UMNO  terus  hidup.    Semua   orang  faham  hasrat  UMNO  itu.    Yang  jelas  UMNO  tidak  serious   untuk    menyelesai   masaalah.   Mereka  lebih  suka    menggunakan  pendekatan  menempelak   PAS  dengan  mengatakan  apa  yang  PAS  buat   selama  5  Penggal  itu.   Mereka  tidak  bersedia  menjawab  mengapa  selama  50   tahun lebih  memerintah   negara  masih  ada   penduduk  yang  tidak  memiliki   bekalanair  yang  selamat   dan   dinafikan    kemudahan  letrik.

Bagi  Parti  PAS  pula  keghairahan    beberapa  pemimpin  tertinggi  untuk  berkongsi  “glamour”  dengan  UMNO  dilihat  oleh  akar  umbi  sebagai   keterlaluan.   Dikalangan   Pakatan  Rakyat  pula  melihat  PAS   telah  mengkhianati  setiakawan    yang  telah  lama  terjalin.   Satu  peringatan   kepada   pemimpin  PAS  yang  UMNO    pasti  bersedia    memberikan    segala  bentuk  keistimewaan  kepada  beberapa   orang  seperti   apa  yang  pernah   mereka  lakukan   untuk  bekas  Presiden  PAS  Dato Asri.   Apa   yang   terjadi  kepada  perjuangan  PAS  setelah  mereka  menyertai  BN  ketika  itu  adalah   sejarah  hitam  yang  tidak  mungkin   dapat  dipadamkan.

Jadi   pada    kesimpulannya   keputusan    mutlak  diManik  Urai   besar   kemungkinan   bergantung   sepenuhnya    kepada  calun  yang  akan  PAS  ketengahkan.     Jika    sekiranya   calun   yang    akan    dipilih    itu   pro  Tok  Guru  Nik  Aziz    saya  yakin   PAS   akan  terus  berkuasa  disitu   dan  jika   calun   tersebut  dikalangan  orang-orang  yang   pro   Unity   Government  maka    itu   akan  menjadi  berita  baik  untuk  UMNO   dan  tidak   salah   jika  mereka  mahu  awal-awal  lagi  merayakannya.

5 Responses to GETARAN SETIAP PILIHANRAYA KECIL TIDAK SAMA

  1. ANJA says:

    Gitulah gayanya setiap kali pilihanraya, tidak kira mana mana parti sama aje ,

    Sehinggakan jika terjumpa orang miskin , pemerintah juga yang di persalahkan ….sedangkan mungkin orang tu miskin sbb malas nak berusaha.

    Kenapa politik harus macam itu.?? Itu yang saya tak faham.?

    Tak bolehke just highlightkan apa pendirian dan azam parti tersebut.

  2. jaula says:

    setuju 100%, jika calon pro UG bangang bertanding aku yakin umno akan ambilalih kerusi tu, tahniah pada Hadi & stopa Ali kerana berjaya memecah belah perpaduan ahli PAS…aku haramkan setiap sen yang kamu dapat hasil dari undi aku…

  3. musafirlalu says:

    Salam buat saudara setelah lama saya tidak memberi komen diblog saudara.Setelah banyak komen yang telah saya berikan kepada para blogger maka saya mengambil keputusan untuk menulis diblog saya sendiri.Saudara boleh melihat, mengambil dan mengulas diblog musafirlalu yang dipaut diblog alhusseyn. Semoga kita boleh bertukar-tukar pendapat dan pemikiran…. Salam berjuang…..
    musafirlalu.blogspot.com

  4. Sahabat Beruas says:

    Dalam usaha memuaskan hati manusia ianya tidak akan ada jalan penyudahnya kerana manusia tidak merasa bersyukur akan nikmat Allah,. Barisan Nasional adlah sebuah Parti yang benyak berjasa dalam membangunkan Ummah tetapi sesungguhnya manusia manusia muda lupa kan jasa Kerajaan Barisan nasional . .Insaflah sebelum terlambat . .

  5. ahmadzawawi says:

    Sahabat Beruas,

    Saya percaya sdra tidak mendalami ilmu politik. Besar kemungkinan cara ikut-ikut saja.

    Sebagai Kerajaan Federal BN kena memakmurkan semua rakyat tidak kira ditempat yang wakilnya selain dari BN.
    Jangan fikir para pengundi tidak tahu ini semua. Mengapa selama 50 tahun lebih dibiarkan mereka susah hendak berhubung diantara Manik Urai Lama dgn Manik Urai Baru manakala sekarang dijanjikan Jambatan Canggih jika beri BN menang disitu? Sedangkan Kelantan masih kukuh dibawah PAS.

    Kalau sdra merasakan terlalu terhutang budi dgn BN teruskanlah memberitahu dunia tentang “budi” yang tidak mungkin dapat sdra lunaskan.

    Bagi golongan muda yang benar-benar faham bagaimana mahu melihat negara ini merdeka dalam ertikata
    sebenarnya mereka sudah jauh dihadapan meninggalkan sdra yang masih berfikiran sempit itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: