KEPUTUSAN PENANTI : SATU ANALISIS

Saya  Ahmad  Zawawi  dan  ini   Analisis Zawawi.    Saya  memohon   maaf  kepada  Sdra  Suhaimi  Sulaiman  kerana  meniru    “tagline”  beliau.    Oleh  sebab  terlalu   meminati    rancangan  bualbicara          yang  dikelola   Astro  AWANI  seperti  AGENDA  Awani,  Sudut          Pandang  dan  ANALISIS  tanpa  disedari  saya  telah  terbawa-bawa   olehnya.

Saya  mengikuti  dengan  penuh  minat   Analisis  Keputusan   Penanti   yang  disiarkan  secara  langsung   dari  Studio  Awani (Astro).     Berbanyak  terima  kasih  diucapkan   kepada   ahli-ahli  Penal    yang    cukup    perihatin    terhadap     kesedaran   politik       masyarakat  Malaysia.   Buah  fikiran   yang  mereka  lontarkan   sangat-sangat   “relevant”  untuk  dihayati  oleh  pengamal  politik  semua.   Cacatnya   sedikit   “rentak”    perbincangan  itu  kerana   kehadiran   seorang     anak  muda  mewakili  UMNO/BN.      Beliau  nampaknya   sangat   bangga  tentang   peratusan  keluar  mengundi  dibawah  50%  itu.      Satu  gambaran   seolah-olah   UMNO/BN    telah  dapat  mengajar  PKR.  Sebaliknya    masih  ramai  rakyat  diPenanti  yang   percaya   kepada   sistem  demokrasi  yang  kita  amalkan.   Mereka   tetap   mahu  menentukan  Calun  yang  berwibawa  sahaja  layak  menjadi  wakil  mereka   diDewan  Undangan  Negeri  Pulau  Pinang.  Mereka   sedar  kini   siapa  sebenarnya   yang   betul-betul   menunjukkan    kesanggupan  membela  nasib  mereka  dan  bertanggungjawab  kepada  kesejahteraan  generasi  seterusnya.    Apa  yang  ditunjuk  oleh  UMNO  dalam  PRK  ini  jelas   sekali  sikap  cuci  tangan  dan    tidak   bertanggungjawab.  Nampaknya   mereka    mahu  melihat    penyokong-penyokong  Pakatan  Rakyat  sendiri  meminggirkan  perjuangan kerana  kecewa  dengan  “permainan   politik”  kononnya

Salah  satu  alasan   UMNO/BN   tidak  bertanding  diPenanti  ialah    pengisian  kerusi   tersebut   tidak    akan  mengubah  Kerajaan  kerana Pakatan  Rakyat  masih  memiliki  majoriti  yang  besar  diPulau    Pinang.   Berpandukan   alasan   sebegini   adalah  amat  wajar  UMNO/ BN   juga   tidak  bertanding  diManek  Urai  kerana  ianya  tidak  akan   menjejas  Kerajaan  yang  sedia  ada.

Saya  akhiri  analisis  ini  dengan  menyatakan  bahawa    kesemua   calun-calun   yang  bertanding  diPilihanraya  Kecil  Penanti  semalam  adalah  Pemenang.    Calun   PKR  menang  kerana majoriti.   Calun  Bebas  Aminah  menang  dikalangan  Undi  Pos.   Calun  Bebas   Nai  Khan  Ari  mendapat  Undi  tertinggi  dikalangan  calun-calun   Bebas   dan  Kamarul  Ramizu  didalam   tempoh   yang  singkat  telah  berjaya  mengalami  bahang  pertandingan  didua  kawasan  iaitu   satu  dikawasan  Parlimen  diPerak   dan   dikawasan  DUN  diPulau   Pinang.

Banyak  pihak   termasuk    juga  akbar  Utusan    memberi  ulasan  sangat   bersetuju   bahawa   Pilihanraya  Kecil    Penanti   adalah  yang  terburuk  dalam  sejarah   pilihanraya.    Dalam   analisa   saya    pula  Pilihanraya   Kecil   yang  tercantik  ialah  diBukit  Selambau  kerana   berbelas-belas  Calun  Bebas  hilang  Wang  Pertaruhan   namun  Barisan  Nasional    tidak  juga  menang.

5 Responses to KEPUTUSAN PENANTI : SATU ANALISIS

  1. ANJA says:

    Pak cik nak tahu kenapa ramai yang tak pergi mengundi??? Masyarakat di Penanti ramai yang prihantin. Dengan tidak pergi mengundi , mudahlah kerja tukang kira kertas undi, hampir separuh kerja mereka dapat dikurangkan..

  2. win-win winner says:

    uncle ,

    Sebenarnya pengundi penanti dah tahu siapa calon akan menang PKR v Bebas kacang aje garanti Dr Mansor win,jika UMNO ikut sama,then pengundi yg stok di penanti turun sekali dgn kerbau utk sokong PKR,itu sebab mereka dah tahu,kenapa nya bagi can seandainya mereka turun juga mengundi, pasti majoriti 12,000…so renung2………

  3. Megat Yet says:

    Kalau saya Amno/BN dan sedang memerentah malaysia. Saya akan lawan. Jangan berkukuk di luar gelangang biar kalah dalam gelanganag. Amno lani sudah bacul. Anak jadi PM,bapa yang ditayang di TV. Arus perdana. Itu sudah basi la……

  4. zumd nor says:

    bagus jugak idea dia ini , sekurang2nya si suhaimi sulaiman tu berfikir jugak walau sejenak.

  5. Suhaimi Sulaiman says:

    Saya juga meminati tulisan saudara. cheers

Leave a reply to Suhaimi Sulaiman Cancel reply