Pemasaalahan yang sedang menimpa rakyat diNegeri Perak sebenarnya tidaklah serumit mana jika semua bersedia mengaku kesilapan dan ketelanjuran masing-masing.
Biar saya imbas kembali detik bermulanya peristiwa ysng telah menghasilkan kemelut. Ianya bermula apabila ada pihak yang merasakan beliaulah yang paling layak dilantik sebagai CEO Negeri. Ada ketikanya persetujuan tidak boleh dicapai. Sehingga untuk berlaku adil tiga nama dipersembahkan kepada Raja Pemerintah. Tetapi yang dikatakan manusia ini memang lumrah setiap Kata Setuju yang keluar dari mulut itu tidak serupa yang terukir didalam dada. Bagi yang bergiat cergas dalam parti mereka memang sedar ujudnya krisis ini.
Masaalah tersebut menjadi cukup ketara dan pihak musuh berjaya mengambil kesempatan. Dendam yang sudah begitu membara dileraikan dengan satu tindakan nekad iaitu melumpuhkan perjuangan dan berkelana kehulu kehilir bertindak sebagai “power broker”. Bermulalah satu demi satu peristiwa yang sehingga kehari inipun masih ” On ” dan penghujungnya juga masih samar. Rakyat sudah tidak boleh berbuat apa- apa lagi. Kuasa sudah bertukar dari tangan mereka ketangan-tangan yang terang-terangan mengutamakan kepentingan diri sendiri.
Rencana mementingkan diri oleh wakil-wakil rakyat ini sudah terang lagi bersuluh. Mereka kini mengikut giliran mendapatkan kata putus diMahkamah. Mereka terlupa sama sekali kepada rakyat yang meminjamkan Kuasa. Mereka hanya percaya apa yang sedang mereka lakukan ini adalah hak mutlak mereka.
Kini rakyat berada digarisan luar dan sedang memerhatikan telatah orang-orang yang telah memegang amanah dari luar gelanggang. Dari hari kehari jumlah rakyat yang merasa kecewa dan bimbang terhadap kemelut ini terus meningkat. Apa akan terjadi jika rakyat meragui demokrasi? Satu soalan yang berat tetapi tidak mustahil ianya boleh datang dari “suara rakyat”. Bukan kah kita juga bersetuju bahawasanya suara rakyat itu adalah “Suara Keramat”. Bukti yang rakyat kecewa dengan pengamal-pengamal politik lihat sahaja kepada peratusan orang keluar mengundi. Hanya disekitar 80%> sahaja yang keluar mengundi semasa Pilihanraya Umum. Bagi Pilihanraya Kecil peratusannya jauh berkurangan daripada angka itu.
Marilah kita sama-sama membuka minda seluas-luasnya. Mari kita memohon maaf kepada rakyat diatas tingkah laku buruk kita itu. Mari kita memohon sekali lagi kepada rakyat diNegeri Perak untuk diberikan MANDAT BARU dan benar-benar berjanji dari sekarang Rakyatlah yang AKAN DIDAHULUKAN .
Semoga Allah selamatkan Negeri Perak, negeriku.
Jika saya menjadi Najib , apa yang saya akan lakukan mengalah dalam kemelut politk ini , biar PKR memerintah , bubarkan DUN, dengan ini dapatlah ambil hati rakyat.. lagi mereka berkeras , lagi ramai yang membenci mereka.
Seperti yang saya kata pada post yang lalu , mengapa takut dengan pilihanraya , PKR belum kuat. Lihatlah pada pilihanraya Penanti , mereka berebut untuk letak calon.
Jika mereka ubah strategi , tidak mengamalkan strategi yang lalu mereka ada harapan menang.
But jika kalah , jadilah anak Jantan , terima kekalahan tu ….rugi besar ke jika tak dapat perintah PERAK?…Ini yang saya tak faham…seorang ahli politik akan kerugian besar jika kalah ..bukan macam kita perkerja biasa . Kenapa pakcik?
Ada benarnya cerita ini,hanya rakyat saja boleh jadi hakim,bukan makahmah bukan istana,jika setiap parti baik BN atau PR memainkan peranan persepsi pada rakyat menilai sehalusnya kemelut ini,pasti promosi keakraban penilai diperak disambut baik,ini perlu ditandangi setiap yg bergelar YB di perak…secara pro,bukan cara urat leher bsr buloh dan air liur bertaburan…he..
saya rakyat perak tidak rela dap memerintah perak dengan menggunakan boneka pas mereka. kami mahu bn perintah.
rakyat negeri lain apa peduli dengan orang perak.mereka tahu datang perak buat hal.
leave perak to perakians.
Perakian,
Dah tengok kiri kanan, darat dan baroh ke? Untuk makluman tuan saya lebih dulu kenal Double Lion dan lebih dulu main terjun-terjun diBatu
Limbung.
Saya nak tanya tuan satu soalan. Sekiranya pada
PRU 12 hari itu MCA dan Gerakan yang lebih kerusi dari UMNO, siapa pula jadi boneka?.
Nampaknya ada juga waris Sidiq Sigaraga yang tersesat diNegeri Perak ini dan mengaku “he is the only surviving Perakian”
qahahahhaha…perakians kunun..me..no speak english..baik dap dari umno..