Sekali imbas menjeling kepada tajuk diatas tentu ada pihak yang merasa seram dan ada juga yang berasa nak marah. Peringatan berat seperti ini tidak sepatutnya datang dari seorang Blogger nyamuk lagi kerdil.
Diminta janganlah ada yang tersilap faham. Tulisan ini tidak sekali-kali mahu memperkecilkan pihak-pihak yang sedang selesa berkuasa. Ramai rakyat tidak mahu memikirkan yang proses Mahkamah itu mempunyai berbagai peringkat. Ada kalanya mereka keliru dimana terdapat perintah yang telah diperolehi secara mutlak dihapuskan kemudiannya diMahkamah yang lebih tinggi oleh pihak yang kalah sebelumnya. Memang benar kita mesti akur kepada perintah-perintah Mahkamah. Tetapi kepada rakyat biasa yang mengikuti pekembangan ini akan bertanya ” apa yang dicari sebenarnya” oleh orang-orang besar kita itu.
Daripada kronologi yang dihidangkan kepada rakyat selama beberapa bulan ini jelas sekali pihak yang telah kehilangan kuasa pada PRU ke 12 itu tidak mengiktiraf mandat rakyat. Mereka tetap mengatakan rakyat telah dipesongkan. Mereka berasa amat kesal kerana banyak juga yang telah mereka berikan kepada rakyat seperti Petronas Twin Tower dan MRR2. Yang mereka tidak sedar setelah lebih 50 tahun diberi kuasa memerintah masih ramai rakyat yang terpaksa menjalani kehidupan dengan serba serbi kekurangan. Sebagai contoh ada lagi tempat-tempat yang tidak diliputi khidmat Pengangkutan Awam seperti Bas sedangkan untuk mendapatkan rawatan perubatan kliniknya terletak jauh dari kediaman mereka. Memanglah ada kajian yang menyatakan setiap rumah dalam negara ini memiliki sekurang- kurangnya sebuah motokar tetapi tidak semestinya setiap rakyat memiliki kenderaan sendiri.
Cukup ketara Barisan takut menghadapi Pilihanraya semula bagi Dewan Undangan Negeri Perak lantas berbagai usaha diperah. Ketakutan mereka itu sebenarnya berasas. Semenjak PRU ke 12 satu demi satu Pilihanraya Kecil dimenangi oleh Parti bukan Barisan. Saya selalu berkata kepada kawan-kawan kita tengok sajalah akhirnya ” destiny ” UMNO/Barisan Nasional ini. Kita patut ada rasa simpati kepada mereka kerana tidak dapat menyelami hati nurani rakyat. Dalam lawatan saya ke sebuah kampong baru-baru ini ramai yang “looking forward” kepada satu perubahan sebenar untuk mereka nikmati dalam masa terdekat. Kepada orang-orang kampong yang saya ketemui itu saya hanya mampu berkata Allah akan melindungi dan akhirnya memberikan kemenangan kepada orang-orang yang dianiaya.
Takut untuk kalah….ramai yang kata begitu , adakah benar BN sekarng dah hilang keyakinan, sedangkan dalamnya ramai ‘anak jantan’ yang sentiasa ada keyakinan diri, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam selok belok berkempen.
Itu yang menjadi tandatanya saya . Apa yang saya rasa mereka baru sedar penglaman luas tentang berkempen yang mereka ada tidak lagi releven pada waktu ini.
So BN, why not ubah cara ..tak usah lah jadi ‘ganster’
Sorry to say..pakcik…pihak lawan(PKR) bukanlah kuat sangat ..still boleh lawan.
What do you think?
Ok …got to go..bye!
hanya pandai berkokok sahaja… terutama yang pemuda2 mereka tu…
orang2 ubn tak ada batu pele dah!!!!!!!!!!!