Diantara ingat dan lupa dikala saya masih kecil orang-orang kampong selalu bercakap tentang seseorang. Orang yang mereka sering bicarakan itu dikenali sebagai ” Mat Tomorrow “. Alkisahnya si Mat Tomorrow ini berwatak ceria dan disenangi oleh masyarakat. Menurut ceritanya beliau berkulit sawo matang dan suka bergaya. Diantara keistimewaan beliau ialah petah berbicara dan sentiasa dapat menangkis sebarang hujah. Kelemahan ketara yang beliau miliki ialah apabila berjanji. Tidak kira bilapun masanya beliau tetap berjanji membereskan atau memberinya “tomorrow”. Walaupun orang tahu yang beliau ucapkan itu sebenarnya janji kosong, orang tetap juga sukakan dia. Saya pernah bertanya kepada Opah tentang orang ini kerana saya sudah mula minat kepada watak tersebut. Opah kata diapun ta` faham mengapa ramai sangat orang suka dekat dia sedangkan menurut Opah dia tu malas bekerja.
Setiap petang semasa orang-orang kampong yang berlonggok menonton pakar-pakar “terup keling” bersidang tidak putus-putus saya dengar mereka mengolah cerita kehebatan Mat Tomorrow. Pada suatu hari sebelum senja sewaktu saya menghalau kambing balik kandang saya berfikir dapatkah saya mengenali orang ini suatu hari nanti. Mungkin saya dapat jumpa orang ini apabila saya sudah dewasa kelak dan berpeluang bersiar-siar dipekan Kuala.
Nak dijadikan cerita tidak lama kemudian saya berpindah sekolah dari Sekolah Melayu Bukit Chandan ke Sekolah Clifford kerana saya lulus peperiksaan untuk masuk Special Malay Class. Dipendekkan cerita pada satu hari sambil menunggu untuk masuk sekolah sessi petang saya pergi tengok orang “kempen” jual ubat dibawah tebing Pekan Kuala. Yang sedang bercakap berapi-api ialah “Wak Melaya”. Ramai orang-orang tua yang berhimpun begitu asyik mendengar temberang Wak Melaya. Salah seorang diantara mereka ialah Mat Tomorrow. Rupa-rupanya rakan karib saya Fadzil Shahbodin pun minat juga dengan dia tu. Dialah yang tunjuk Mat Tomorrow didepan gelanggang “jual ubat” itu. Sebaik sahaja saya melihatnya saya terpempan seketika. Teringat saya kepada kata-kata Opah . Mungkin ada benarnya. Orang yang membawa watak “Mat Tomorrow” tersebut saya lihat sihat ceria tetapi mengapa menghabiskan masa merayau dipekan tidak mahu membuat sebarang pekerjaan. Alangkah ruginya tenaga muda disia-siakan begitu saja. Saya yang budak inipun diluar waktu sekolah sempat juga memelihara kambing dan bercucuk tanam.
Moral cerita ini tercetus kerana saya terlalu serious berfikir tentang keputusan Mahkamah yang menentukan siapa yang berhak bergelar Menteri Besar Negeri Perak yang akan diketahui umum pada 11 Mei iaitu “tomorrow”. Sudah semestinya saya mengharapkan satu keputusan yang mutlak seperti yang saya fahami dalam Undang Tubuh Negeri tetapi perkara sebenar yang akan terukir tiada siapa dapat men- jangkanya. Berpandu kepada siapa “Mat Tomorrow” sebenar yang mana sebelumnya sangat saya kagum bolehkah saya berharap yang saya tidak dikecewakan buat kali kedua.
Dia semestinya seorang yang bukan suka mengumpat/merendahkan orang , bukan suka membangga diri…betul tak tekaan saya?
Oppps Assalamualaikum ..pakcik apa khbar , IPoh macamana everyhing ok?
salam tuan pernah belajar di sekolah clifford kuala kangsar ye? pakcik saya mengajar disana… tapi tak tau le tuan kenal atau tak… hehe PAKLANG-MOHD RADHI AWANG (adik ayah saya)