THE VERDICT : Bersediakah Penggubal Negeri Perak Akur

Keputusan  siapa  Menteri  Besar  Negeri  Perak  melalui  Mahkamah  akan  diketahui  umum  pada  hari   Isnin   11  Mei  2009.    Dihari  yang  sama  juga   respons  tentang  penerimaan  atau  protes  dari   rakyat   Negeri  Perak   akan  dapat  dilihat  dengan  jelas.

Berpandu  kepada   beberapa  krisis  yang  timbul  disebabkan  oleh   pihak-pihak   yang   gagal  menterjemah  Undang-Undang  Tubuh  Kerajaan  Negeri  Perak    besar  kemungkinan    ia   terus  menuju  jalan  buntu.  Seperti  apa  yang  berlaku  dipersidangan  Dewan  Undangan  Perak  pada  7  Mei  segala  keputusan  yang   telah  diambil  oleh   ADUN-ADUN  dari  Barisan  Nasional  sudah  pasti   akan  dicabar  oleh  pihak-pihak  yang  diainaya  dan  berlarutan  lagi  lah  pihak  Mahkamah  diminta  membuat  ketetapan  dan  tiada  siapa  yang  dapat  menyatakan  bilakah  masanya   kesemua  krisis  tersebut  boleh  diletakkan   noktah.

Kemelut  yang  melanda  Negeri  Perak  menurut   banyak  pihak  dalam   Barisan  Nasional  berpunca  kerana  wakil-wakil  dari  Pakatan  Rakyat  tidak  “gentleman”  melepaskan  kuasa  setelah   BN  berjaya   memujuk   ADUN  Bebas  mencukupkan  majoriti  diDewan.   Satu  soalan  yang  diminta  ADUN-ADUN  Barisan  Nasional  menjawab  ialah   mengapa    kehendak  “gentleman”   ini   tidak  boleh   dipinta    dari  mereka  setelah  rakyat  secara  mutlak  memberikan   Pakatan  Rakyat   mandat   untuk  mentadbir  Negeri  Perak  melalui  PRU 12.   Sekolah  Politik  mana  yang  mengajar   cara  ini?

Akhirnya   kita  faham  mengapa   setelah  beberapa  kali   diminta  supaya  Dewan  dibubarkan  tetapi  tetap   tidak  dilayan.   BN  sebenarnya  telah  membaca   suasana  dalam  negeri  yang  tidak  memihak   kepada mereka.   Jadi  jika   DUN  dibubarkan  adalah  ditakuti  kerusi-kerusi  yang     sedang  dimiliki   juga   boleh  reput.

?

5 Responses to THE VERDICT : Bersediakah Penggubal Negeri Perak Akur

  1. mountdweller says:

    Salam ziarah dari saya.

    Apa yang sangat saya kesalkan ialah seolah-olah Sultan tidak mendengar dan peduli suara rakyat walau pun baru-baru ini Sultan mangatakan yang Baginda tidak tuli dan buta. Mengapa Sultan enggan melaksanakan tanggung jawabnya kepada rakyat Negeri Perak dengan kuasa yang ada? Ia itu bersetuju membubarkan DUN dan menyerahkan kembali mandat kepada Rakyat Perak?

    Apakah Sultan puas hati dan merasa selesa dengan kemelut politik yang berlaku sekarang? Sultan memang mempunyai hak untuk menggunakan kuasa yang ada padanya. Rakyat tentu lebih hormat dan pandang tinggi pada institusi Raja seandainya mereka menggunakan kuasa dan hak secara yang betul dan rasional.

  2. khas says:

    UMNO sekarang sebenarnya hanya ‘paper tiger’. Dalam DUN pun nak guna polis dan PAKEDA.Bayangkan betapa ironynya seorang yang memiliki PHD pelaku utama dalam insiden ini. Dengan bangga pula menggunakan ‘reverse phsychology’ menuding jari pada orang lain. Memang selalu kita tengok orang sedang mabuk mengata orang yang melihat perilakunya yang mabuk.Kalau dalam hati itu busuk senyum ikut manapun ketara juga busuk nya keluar.

  3. ahmadzawawi says:

    Khas,

    Apa yang si phd tu lakukan samalah seperti seorang ayah yang sentiasa membela anaknya. Terbukti yang
    anak dia yang samseng dan yang selalu memulakan pergaduhan tetapi tetap berkeras mengatakan anak-
    anak orang lain yang jahat. Walaupun insiden itu
    disokong dengan bukti rakaman video sekalipun dia akan katakan yang bukti itu adalah “superimposed” ataupun “doctored”. Nama nak mengaku anaknya salah tidak sekali. Anaknya itupun belajar dari kelakuan ayahnya juga. Ta` kan kuah nak tumpah kelongkang.

  4. zik says:

    apa yg hang merepek..ahmad..org umno..xdak intelek ka..ujah..xdak langsung..duk merepek..kuah2 ni apahal…awat duk gian nak makan gulai kepala ikan ka?

  5. ahmadzawawi says:

    Zik,

    Ta` payahlah nak bersusah payah hendak tahu makanan apa yang saya suka. Saya ta` sangka yang awak dah tergigit cabai burung (cili api). Saya tidak kata orang UMNO ta` intelek langsung – intelek juga, tetapi orang intelek pun pandai juga buat kecoh. Bukan ke orang-orang intelek itu manusia biasa juga.

    Walau macam manapun saya kena bagi kredit kepada komen diatas. Sungguhpun ringkas tetapi berisi (bukan mengandung).

Leave a comment