SEJARAH: Sudah, Sedang dan Akan Dicipta

Bertepatan  dengan   ramalan   saya  pada  tulisan  sebelum  ini  “Berapa Banyak  Sejarah  Berlaku  Pada  7  Mei”     sudahpun   dapat   kita     lihat,   dengar  dan  baca  melalui  media-media  online  yang  sedang membuat   liputan  diSekretariat  Kerajaan  Negeri  Perak

27 ADUN   UMNO,   1  ADUN  MCA     dan     3  ADUN   BEBAS            (Yang  tidak  akan  menyokong  mana-mana  KECUALI  BARISAN NASIONAL)   yang   mengemukakan  Usul   Memecat  Speaker     DiTOLAK   oleh  Y.B. Tuan   V. Sivakumar  yang  mempengerusikan   Persidangan.      Dengan  tidak  menghiraukan   tentang   penolakan Usul  tersebut  mereka  teruskan  juga  niat  yang  tidak  mendapat  restu  dengan   berkumpul  disuatu  SUDUT  dan   menjalankan  mesyuarat  sendiri-sendiri.    Setelah   selesai   melantik    Speaker  untuk  kumpulan  sendiri    mereka  seterusnya  telah  menangguhkan   mesyuarat  Sudut  itu.   Sejarah  yang  tercipta  disini  ialah  didalam  SATU  DEWAN  setiap  satu   ada  DUA.    Disini  ada    2  M.B.,  2  Speaker  dan   2  Dewan  Mesyuarat    (termasuk  satu  diSUDUT).

Saya  sebenarnya  tidakpun  berada  disekitar  kawasan  itu.  Semua  maklumat   diperolehi  melalui  beberapa  media  maya  sahaja.  Oleh  sebab  pihak  yang  diSudut  telah  menangguhkan  mesyuarat  mereka  saya  juga   akan  menangguhkan  tulisan  ini  seketika  untuk   menyempurnakan  tugas-tugas  lain.

Dalam  pada  itu    saya  suka  compliment  kata-kata  Dr. Mahathir  baru-baru  ini.  Dr. M  berkata  Raja  Pemerintah  boleh  tidak  bersetuju   untuk  melantik  ketua  kerajaan  tetapi  setelah  perlantikan  dibuat  hanya  undi  tidak  percaya  diDewan   yang  mulia  itu  sahaja  boleh  memecatnya.  Dan  tambahnya  lagi  tetapi  bagi  Negeri  Perak  ia  mungkin  ada  perbezaan.

Memang  benar  kata-kata  Tun  itu.  Kalau  diDewan  Rakyat  atau  diDewan-Dewan  Undangan  Negeri  lain  setelah  Speaker  menolak   sebarang  Usul  yang  dikemukakan  semua  akan  akur  dengan  perintah  tersebut  tetapi  TIDAK  diPerak.

Apabila  persidangan  terpaksa  diadakan  dikawasan  lapang  kerana  Bangunan Tempat  Persidangan  “out of bound”  mereka  mengatakan   itu  berkumpul  secara  haram  TETAPI  dengan  membelakangkan  arahan  Speaker  didalam  Dewan  Yang  Mulia  dan   berkumpul  bermesyuarat  disatu  SUDUT  mereka  kelaskan  sebagai     “Mengikut Peraturan”.   Sekali   lagi  ditegaskan  biarlah  ada  rasa  malu  kepada  rakyat.  Rakyat  meminta   kuasa  ini  dipulangkan  kepada  mereka  menentukan  haknya.

Walau  bagaimanapun  terima  kasih  diatas  penciptaan  Sejarah  ini.  Kita  akan  mengikuti  Event  seterusnya  jika  boleh   dicatat  sebagai  SEJARAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: