BERAPA BANYAK SEJARAH BERLAKU PADA 7 MEI

May  Seven  merupakan  satu  tarikh    yang  bakal  meninggalkan  kesan   mendalam  kepada  kita  semua.  Pada  tarikh   ini   kita    akan   melihat    sama  ada   amalan   demokrasi    masih   segar   ataupun  sebaliknya.   Bolehkah  para  Penggubal  Undang-Undang   yang  telah  kita  sama-sama  pilih   menghuni  Dewan  Undangan  Negeri  bersidang   dengan   sopan  dan  mengikut   peraturan  yang  telah  sedia  ada?  Soalan   ini   akan   terbentang   mulai   7  Mei  ini  dan  kita   semua   boleh  menghayati  jawapannya   sebaik  sahaja  Persidangan   menyelesaikan   segala   urusannya.  Yang  sudah    tentu   pasti   perjalanan   May  Seven  tidak  akan  serupa  dengan   iklan  Mild  Seven  yang  berkayuh   dengan  sebuah  sampan  kecil  ditengah-tengah  lautan  luas.  Tidak  terbayangpun  oleh  kita  yang  ia  akan  diserang oleh  jerung  atau   ditawan  oleh  lanun.  Sipengayuh  dilihat  seperti  berkata  “Wa  ta`  kacau  lu  dan  lu  jangan  kacau  Wa”.

Satu  persoalan  besar   yang  mungkin  tercetus  ialah   dalam  aspek  sejarah.  Jika  ada   perkara-perkara  yang  luarbiasa   berlaku  semasa  diPersidangan  “proper”   sebenar   itu  nanti   ia   pasti   melakar  sejarah.  Jika  terdapat  usul-usul   yang  mahu  Speaker  dipecat  dan  sebagainya  ianya  akan  menjadi  sejarah.  Begitu  juga  jika    tempat   duduk    disebelah kanan  akan  dihuni  oleh  Ahli-Ahli   Dewan  daripada   Pakatan  Rakyat  maka  ianya  juga   tercatat  sebagai   sejarah.  Kerana   pada  hakikatnya   pembangkang  akan  ditempatkan  disebelah  kiri  Speaker.   Dan    jika  ada  perkara-perkara   lain  yang  luarbiasa    tercetus   semasa   Sidang  Dewan     itu   nanti    ia  tidak  akan  dapat  lari  dari  menjadi  sejarah.

Memang  benar  Sejarah  boleh  mengajar  kita  dan  boleh  menjadi  panduan  dan  sempadan   untuk  generasi  akan  datang.  Kita  harus  sedar   banyak  sejarah   yang   memberi  malu  kepada  kita.  Jika   telatah  manusia  dizaman  batu  masih   mahu    kita   contohi  dizaman   dunia  tanpa  sempadan  ini   maka   kita  bersedialah  untuk  dikutuk  oleh   cucu  cicit  kita  sendiri.

Kita  semua  sedar  akan  masaalah   yang  sedang  kita  hadapi.  Mengapa    para   pemimpin   kita  enggan    memulangkan   kembali   kuasa  kepada  rakyat.   Bukankah  rakyat    sendiri  yang  benar-benar  berhak  menentukan   apa  yang  mereka  mahu?

Kepada  para  Penggubal  Undang-Undang   Utamakanlah  Rakyat  didalam   semua  hal  dan  urusan.    Apabila  terdapat   masaalah   yang  sepatutnya   disempurnakan  oleh  rakyat,    janganlah  ada  pihak    yang  mendabit  dada   dan  dengan  angkuh  mengatakan   mereka   sendiri  mampu  menyelesaikan  sebesar  manapun    masaalah.

Kepada  para  pendokong  Parti  terutama  dari  Pakatan  Rakyat  tidak  perlulah  kita   pergi  keSUK  itu.  Kita  berikan  ketenangan  kepada  Wira-Wira  kita   menyempurnakan  tugas  dan  tanggung  jawab.    Saya  yakin  dan   percaya   Doa  kita  akan  dimakbulkan.   Saya  kuatir   ada  pihak   yang   akan  membuat  provokasi   dan   kita  sendiri  fahamlah  apa  tindakan  yang  akan  kita  terima  akibat   dari  perbuatan  orang  lain.  Sudah  menjadi  adat  kehidupan  ini  pihak-  pihak  yang  menindas  akan  didapati  BETUL  kepada  setiap  perlakuan  mereka.

Selamat  Bersidang.

One Response to BERAPA BANYAK SEJARAH BERLAKU PADA 7 MEI

  1. khas says:

    Classic example of ‘democracy in action’.Ini terjadi di negeri yang diperintah oleh bekas Hakim Negara. Sampaimatipun saya ingat peristiwa ini. Sungguh menjijikkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: