Sebagai seorang anak negeri, saya merasa cukup bangga sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberi mandat meneraju Kerajaan oleh majoriti rakyat Negeri Perak melalui keputusan Pilihanraya Umum Ke 12.
Nyata sekali rakyat sudah jelak dan tidak lagi percaya kepada kemampuan Barisan Nasional mentadbir negeri. Terlalu ketara kepincangan yang mereka dedahkan. Kos sara hidup yang tinggi ditambah dengan harga barangan keperluan diluar kemampuan rakyat terbanyak. Apa yang didapati oleh rakyat hanyalah sekadar “lip service”.
Dalam pada itu Barisan Nasional enggan menerima kekalahan dan sekaligus membelakangkan kehendak demokrasi. Mereka terus berusaha mahu berkuasa. Maka melalui bantuan para oppotunis akhirnya mereka berjaya merampas sebuah kerajaan yang baru berusia 10 bulan. Mereka yang terkenal dengan pendokong Islam Hadari terlupa seketika kehendak prinsipnya dimana mereka diperlukan membina peradaban. Maksud peradaban disini ialah tidak merampas hak orang lain atau menghalalkan cara.
Kini mereka masih belum puas. Mereka mahu gantikan Speaker yang rakyat telah restu. Usaha ini akan mereka sempurnakan melalui beberapa Ahli Dewan bertaraf bebas. Semasa Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak mereka sering mencemuh DAP kerana menggunakan PAS untuk mencapai matlamat. Kini dengan memperguna sepenuhnya ahli-ahli bebas dalam Dewan pada mereka ia cukup bermoral dan selaras dengan kehendak- kehendak Islam Hadari itu.
Pandangan saya kepada pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya boleh dipakai ialah kita biarkan mereka ini terus menghina rakyat. Dalam sisa-sisa tempoh menuju PRU 13 mereka tidak akan dapat menyumbang sebenarnya kepada kehendak rakyat kerana keadaan mereka yang serba serbi pincang. Kepincangan yang jelas, kuasa yang sedang mereka nikmati adalah melalui ihsan orang-orang BEBAS yang tidak mewakili mana-mana kelompok rakyat.
Pakatan Rakyat seharusnya menumpukan kepada usaha-usaha menyakinkan para pengundi untuk memberikan mandat yang lebih besar untuk kita mentadbir negeri melalui Peti Undi dalam PRU 13 nanti. Dengan kemenangan lebih besar barulah segala kerja murni yang hendak disempurnakan tidak mampu mereka ganggu gugat lagi.
Kepada Wira-wira kita (ADUN Pakatan Rakyat), saya ucapkan selamat bersidang pada 7 Mei ini. Sekali lagi harapan saya, biarkanlah mereka terus mengecapi kenikmatan yang ” palsu ” ciptaan mereka itu.
KEPALA BAPAK KAU BAHALOL, KAU ORANG PERAK KETURUNAN KOMUNIS YA?
AKU ANAK JATI PERAK, AKU LAHIR DAN MEMBESAR DI PERAK, DAN AKU NAK BN PERINTAH PERAK WAHAI AHLI KUNYIT YANG BAHALOL
KENAPA TUHAN BAGI OTAK, TAPI KAU TAK NAK GUNA? NGA DAN NGEH JUGAK KAU TAATKAN YA? KAU MELAWAN SULTAN PASTU KAU NGAKU KAU ORG PERAK…
FUCK YOU!
Parpu,
I have to thank you for the piece you presented to me. From what I could gather it seems that you never have the chance to attend school during your younger age.
Not only you does not know how to write, what a pity you also a political dropout.
You have every right to safeguard your UMNO. If you could take this as an advice you must make sure your UMNO will not neglect your own generations to come.
In other words you worry not for people outside UMNO
Siapa sebenarnya yang tidak ada otak.
Orang yang yang ada otak tidak akan mencarut tak tentu hala.
Orang macam ni tak guna dilayan. Nak beri komen tapi tak tahu tatasusila. Orang gila kalau dilawan, kita yang naya.
yopsgbatu,
Terima kasih banyak. Memang betul apa yang sdra kata. Orang macam itu ta` patut kita layan.
Tetapi sekurang-kurangnya dapat juga kita kenal jenis orang yang masih bernafas kerana ada habuan dari UMNO. Menurut tinjauan saya manusia spesis tersebut dah ta` ramai dan dah senang nak kenal. Selalunya yang montel-montel tu merekalah.
salam… bior jer mamat beringus 2. cara komen pun dah tau dia 2 tak berape cukup…
ahakss…….
@PARPUKARI
Banyak makan kari nie..tu pasal mulut kuat bau kari.
X baik mencarut..dosa. huhu
salam tuan… kesian tuan tak semena2 di carut… anyway nak wat cemana takan kita boleh nasihat je parpu tu, tapi belum tentu die boleh tau hormat orang… ntah2 dia di besarkan dalam family yg memang camtu… kalau bapa dia ada mesti bapak dia malu…
Mr. BR,
Terima kasih simpati tuan itu. Sekurang-kurangnya kita dapat kenal siapa-siapa dia penyokong UMNO ni. Orang yang menyerang saya itu bukan setakat miskin ilmu(ta` pergi sekolah) bahan-bahan nak buat Kari pun hanya ada Parpu. Semiskin-miskin orang lain adalah juga Kepala Ikan dalam kari.