DAILOG DALAM FILEM : Get Down To Business BUKAN Mulalah Berniaga

April 14, 2009

Tentu  ramai  yang  terbahak-bahak  disebabkan  terlebih  ketawa  apabila   membaca   tajuk  posting    kali  ini.   Ta`  kisah  itu  semua,      kalau  nak  ketawa,   silakan  dan  kalau  nak  perlecehpun   tidak  di-     halang.

Sekadar  hendak  berkongsi  pengalaman   sewaktu   saya  menonton  sebuah   filem  Inggeris   disekitar  tahun   tujuh pulohan.   Ia  berkisar  dari  satu Scene  dimana    sepasang  pengantin  baru   sudahpun  sah   sebagai  suami isteri  selama  tiga  bulan  tetapi  masih  ta`  ada  apapun  yang  berlaku.  Siisteri  sudah  tidak  boleh  bersabar  lagi  lantas  mengadu  ia  kepada  ibu  mertuanya  yang  suaminya  masuk  bilek   terus  berdengkor  saja.

Si Ibu  Mertua   yang  prihatin  dengan   masaalah  tersebut   segera  melontarkan  satu  idea   kepada  suaminya (bapa mertua  perempuan  itu)  supaya   memberikan  tunjukajar  yang  sesuai  kepada  anak  mereka.  Pada  suatu  malam   Sibapa   yang  melihat  anaknya  terlalu  asyik  menonton  TV  lantas   menarik  tangan  anaknya  dan  megheret  hingga   kemuka  pintu  bilek   tidur  anaknya.   Sambil            dia   menolak  itu  dia  berkata  sesuatu  kepada  anaknya.  Dailognya  adalah  seperti  berikut:   “Get  Down  To  Business”   dan    perkataan-  perkataan   yang   keluar   sebagai    sarikata  (subtitle)    ialah           “Mulalah  Berniaga”.

Jadi  moral  cerita  ini  sebenarnya  ada  kaitan  dengan  hasrat   Datuk  Seri  Najib  supaya    semua  orang  dalam  pasukannya   jangan  berlengah  lagi,  turun  padang    meninjau   keperluan  rakyat.  Sebaliknya   ada  yang   tidak  faham  message  Perdana  Menteri.    Lihat   saja    telatah  terbahru  MIC  tentang   pengagihan  Kerusi  Kabinet.  Mereka  tidak  puashati  kerana   tidak  diberi  Jawatan  Kanan dalam  Kabinet  seperti   Kementerian  Kerjaraya    dan   tidak  ada  pertambahan   jawatan.   Mereka  juga  mempertikaikan  mengapa   Parti  Gerakan  mendapat  tambahan  jawatan  Menteri.  Ada  ura-ura   MIC  hendak    keluar  kerajaan.  Semua  ini  bergantung  kepada  keputusan  majlis  CWC  yang  akan  bermesyuarat  pada  hari  Khamis.

Pemimpin   MIC   secara    terang-terang    mahu  bertemu  Perdana  Menteri  dahulu  untuk  menyelesaikan   masaalah  jawatan  sebelum  betul-betul    bersedia   untuk  melaksanakan     Agenda    “Rakyat  Didahulukan”.   Sedangkan   umum  mengetahui  yang  P.M.  telah    melantik  kesemua  nama-nama  yang   ketua  mereka   hantarkan.

Kesimpulan  kepada  senario  ini  ialah   masih   ada    Anggota   Kerajaan  yang  tidak  faham  hasrat  pucuk  pimpinan.  Dan   jelas  sekali  yang  mereka   “masih  belum  mula  berniaga”.


PADA UJIAN PERTAMAPUN DIA SUDAH GAGAL

April 13, 2009

Didalam   pertandingan  dua  penjuru  beliau  menang  dengan  majoriti  besar.   Sebaik  sahaja  keputusan  diumumkan  dengan  resminya  beliau  kini  orang    No. 2  dalam  Parti  Politik  yang  terbesar  dalam negara.     Pemimpin  yang  dimaksudkan  ialah  Tan  Sri  Muhyiddin  Yassin.   Diatas    kapasitinya   sebagai    Timbalan Presiden  UMNO   beliau  dipertanggungjawab   sebagai  Pengarah  ketiga-tiga  Pilihanraya  Kecil  yang  diadakan   serentak.

Bagi  Kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang  beliau  dilihat   sangat  ber-    ketrampilan  mengiringi  calun  BN  kePusat Penamaan   diDewan  Majlis  Perbandaran  Taiping.   Disini  juga   beliau    dilapurkan  berkata    cabaran  besar   BN  ialah  memperjelaskan   kepada  pengundi  bahawa   perkara  ambilalih  Kerajaan  Negeri  Perak  daripada  Pakatan  Rakyat  adalah  “legitimate”  dan  dilakukan  demi  kepentingan  rakyat.

Pada  7  April 2009   Majoriti  Pengundi  diParlimen  Bukit  Gantang  memberikan  kemenangan  kepada   Datuk  Seri  Nizar.  Jadi   lazimnya    pihak  yang  tewas   harus  akur  dengan  kehendak  rakyat.  Mereka  perlu  menerima  hakikat  bahawa   rakyat  terbanyak  tetap  mengatakan   peristiwa   rampasan  diNegeri  Perak  itu  sebagai    sesuatu  yang  sangat  jijik.

Selang  beberapa  hari  berlakulah  pula   “rumah  siap  pahat  berbunyi”.   Sewaktu  diinterview  oleh  Mingguan  Malaysia,  Pengarah  Pilihanraya  yang  sama   menjawab  soalan  dengan   berkata  pengundi  Cina  tidak  berterima  kasih.  Walaupun   telah  disediakan  peruntakan  yang  besar  kepada  mereka  dan  segala   bantuan  bagi  sekolah-sekolah  Cina   yang  dipinta   BN  lunaskan  mereka  tetap  tidak  berubah.

Soalannya  mereka  nak  ubah  apa  lagi.   Mereka  telah  tetapkan   tekad  untuk  berubah  berkuatkuasa   pada   PRU  12   dan  telahpun  mereka   sempurnakan.  Pihak  Barisan  Nasional  tentu  sudah  sedar  perkara    ini  berlaku  disebabkan   pengabaian   yang    telah  mereka sengajakan.   Walaupun   negara  telah  mencapai  kemerdekaan  lebih  50  tahun  kehidupan   rakyat  setempat   tetap  sama   iaitu  sayu  dan  sepi.

Apa  yang   BN  patut  lakukan  sekarang  teruskanlah  projek-projek  “Mee  Segera”  yang  telah  tertangguh  disebabkan  Pilihanraya  Kecil   tersebut.  Jika  terus  didiamkan  nanti  ada  pula   Kontraktor  yang  gulong  tikar.    Analisa  ringkas  kekalahan  BN  diBukit  Gantang  adalah   ibarat: Booking   tiket  bas express  untuk  bertolak  pada  7.00pagi   tetapi  datang  pada  jam  7.30pagi  dengan  harapan   Bas Ikut  Time  Melayu (bukan melayu sekarang).  Nak  minta  balik   duit   tambang  tidak ke  takut  buruk  siku?


Hari ini KERAJAAN Besok PEMBANGKANG

April 12, 2009

Negara  Malaysia  sedang  mengalami   transformasi.   Perdana    Menteri  Baru  Datuk  Seri  Mohd  Najib  Tun  Abdul  Razak    dalam   ucapannya  sewaktu   pengumuman  Barisan  Kabinetnya  telah  menggariskan    hasrat  beliau   untuk  dicapai  oleh  Anggota  Kabinet  beliau.

” Satu  Malaysia.   Rakyat  Didahulukan.  Pencapaian  Diutamakan. ”   jika  benar-benar   dihayati  oleh  pendokong  beliau  tidak  mustahil  dapat   mencapai  kejayaan  cemerlang.     Yang  menjadi  masaalah  setiap   kali   berlaku  petukaran   Perdana  Menteri  maka  akan  adalah  slogan  baru.

Mari  kita  dari  sekarang     berfikiran  positif.   Bersama-sama  kita    menyokong   merealisasikannya.  Tidak  kira  sama  ada  kita  didalam   Barisan  ataupun  Pakatan,  memaju  dan  mempertahankan  negara   adalah  tanggungjawab  semua.

Saya   suka   merujuk  kembali kepada  tulisan-tulisan  saya  sebelum  ini  dimana   saya    melihat  sistem  dua  parti  sudah  mula  diterima   oleh  rakyat.    DiParlimen  sekarang  terdapat   lebih  1/3   bilangan    Ahlinya  bukan   dikalangan  Parti  Pemerintah.   Pihak    Esekutif    perlu   mengambil   perhatian  serious  pada  setiap    cadangan   atau   saranan  daripada  kumpulan  ini.

Dipihak  penyokong  (backbenchers)    pula    perlu  menganjakkan   minda  daripada   menganggap  kumpulan  yang  duduk    diseberang   mereka  sebagai    pihak-pihak   yang   hanya  tahu  membangkang.   Para  Beckbenchers  juga  perlu  melengkapkan  diri  dengan  ilmu-       ilmu  tertentu  membantu  kerajaan  mereka   mencapai  hasrat    tersebut.   Semenjak    ada  liputan  1/2 jam  oleh  TV1  bagi  sidang     Parlimen,  belum   ada    satu  cadangan   yang  konkrit  diutarakan   oleh   penyokong-penyokong  untuk  tatapan  rakyat  yang   menontonnya.

Didalam  sistem  dua  parti   rakyat   sudah   boleh   menilai   akan   kemampuan  sesuatu  Parti  untuk  dipilih  sebagai   pemerintah.  Dalam   aspek   ini   hasrat  kumpulan  Anggota  Parlimen  bukan  kerajaan    yang  bercadang   mahu   menjadi   “shadow”    kepada      Pentadbiran  Kerajaan   patut  digalakkan.  Setidak-tidaknya   mereka   dapat  mengesan    sebarang  kepincangan  didalam   satu-satu   Kementerian   dan   Agensi-Agensi  Kerajaan.

Apa  yang  menyedihkan,   belumpun  benar-benar   “shadow  kabinet”   ini  hendak  dibuat  sudah  ada  suara-suara   yang    memandang   negatif.  Ada  yang   menuduh  perkara   Kerajaan  Bayangan  ini  hanyalah  hendak  mencari  populariti  dan  ada  juga   yang  risau    platform  ini  kelak  dijadikan   medan  membuat  fitnah.

Saya  suka   mengingatkan   golongan  tersebut    zaman  sudah   berubah,  pandai  berpidato  sahaja  belum  menjamin  apa-apa   dan  tidak  mustahil  langsung  orang  yang  sekarang    menjadi  kerajaan   dihari  ini  akan  bertukar  menjadi  pembangkang  esoknya.   Untuk    transformasi   menjadi  kenyataan  ia   perlu  kepada   penglibatan   semua  tidak  kira  dari  Kerajaan  ataupun  Rakyat.


JANGANLAH SLOGAN TINGGAL SLOGAN

April 10, 2009

Setiap  kali   berlakunya    sesuatu  perubahan  sudah  tentulah  ia   mencerminkan  satu  harapan  dan  halatuju  yang  lebih  jelas.   Tambahan  pula  ianya  melibatkan  hal ehwal  mentadbir  sesebuah  negara.

Bagi  membincang   barisan  kabinet  yang  dibentuk  oleh    Datuk  Seri  Najib  Tun  Abdul  Razak    saya   mahu   lihat   setiap  Anggota  yang  Perdana  Menteri   pilih   ini   mula  menghayati    Slogan  Baru  yang     beliau  perkenalkan    iaitu     ”  Satu   Malaysia.     Rakyat Didahulukan.   Pencapaian  Diutamakan.” Jika  Jemaah  Menteripun  tidak  dapat  memahaminya  maka   Slogan  akan  tinggal  Slogan.  Perkara  ini  sangat   penting  diberi  keutamaan  bagi  menjamin   segala-gala  yang  di- rancang  tidak  terbabas  dimana-mana.

Saya  percaya   rakyat  teramai   masih   mampu   menghafal  Slogan  yang  diperkenal  oleh  Perdana  Menteri   terdahulu  iaitu    ” Bersih,  Cekap,  Amanah”.   Ketika   slogan  ini  mula  diperkenalkan    ia  telah  berjaya  meyakinkan   masyarakat   umum    bahawa    satu  pentadbiran   yang  bersungguh-sungguh   mahu  mengubah  lanskap    politik   Malaysia   dan  mahu   tunjuk   kepada  dunia  yang  kerajaannya   boleh  dijadikan  contoh  dirantau  sebelah  sini.

Apa  yang  rakyat  dapat  lihat  tidak  beberapa  lama   kemudiannya,    kata- kata  hikmat  tersebut    mula   pudar   dan   beransur-ansur  dipinggirkan.     Dipihak  pemimpin  kerajaan  perkataan  itu  tidak   lagi  menjadi  pembuka  bicara    dan   dikalangan   birokrasi  pula     dihujung-hujung   tulisan   surat-menyurat  sudah  tidak   ada  ruang  untuk  perkataan  “Bersih,  Cekap,  Amanah”   yang   dikekalkan  ialah    “Saya  yang  menurut  perentah”.

Oleh  sebab  penghayatan  Slogan  tersebut  telah  diabaikan   maka    lahirlah  gejala  rasuah,  salahguna  kuasa,  kronisma  dan  nepotisma    dan  yang  anehnya    baik  pemimpin  mahupun  rakyat   semuanya   merasa  sangat  selesa.   Pengabaian    kepada   B.C.A.  ini  sangat  ketara  apabila   Kerajaan    mengujudkan     Dasar  Penswastaan.  Satu  Dasar  yang  sepatutnya   boleh  membawa  negara   berdaya  maju   dan  mampu  bersaing  dengan  negara  luar    dan  memakmurkan  rakyat  keseluruhannya  menjadi  sebaliknya.     Peruntukan  Pembangunan  untuk  rakyat  termiskin  menjadi   Agenda  utama  bahan  pengumuman  setiap  kali  Pilihanraya  Umum  datang.   Rakyat  golongan  ini  berasa  sangat  teruja  dengan   Angka-  Angka  besar  yang  diumumkan   lalu   tidak  berfikir  panjang     memberikan  Undi.    Maka  Amanah  itupun   diambil  dengan  senang  hati,  dikendalikan  dengan  Cekapnya   dan   diagih  hingga  Bersih.

Kepada  Perdana  Menteri  Baru,  saya  berpendapat  rakyat  juga   perlu  diberitahu  apa  yang  dimaksudkan   “Rakyat  diDahulukan”.   Apakah  dia  perkara-perkara   yang  sebelum  ini  rakyat  biasa  tidak  diberi Keutamaan?

Jika    ditanya  apa   pandangan  saya  terhadap  barisan  Kabinet     baru  ini.  Saya  boleh  berkata  “fair”  sahaja.     Sebenarnya   apa    yang  dapat  saya  lihat  Datuk  Seri  Najib  tidak   memiliki  banyak    pilihan  daripada  “pool”   yang  ada.      Orang-orang  yang  hebat   yang  mampu   menjayakan  transformasi   sudah  berada  disebelah  sana.

Walau  apapun  keadaannya,  sebagai  rakyat  kita  perlu  memberi   peluang  kepada  Perdana  Menteri  Baru.   Dengan  sokongan   yang  kuat  dari  kita  semua  Malaysia  pasti  berjaya.


Masih Tidak Percaya?

April 8, 2009

Petunjuk  awal  telah  terjelma   dalam  Pilihanraya  Umum  Ke 12.  Diperkukuh  pula  diPermatang  Pauh  dan  diKuala  Trengganu  dan  yang  terakhir    termeterai  (sealed)   diBukit  Gantang.     Rakyat  Malaysia  telah   mengambil  keputusan  sistem   politik   Dua  Parti  seperti   di – AS   sahajalah  yang  dapat  menyelamatkan  negara  ini.  Mana-mana  parti    memerintah  tetapi  “under   performed”   akan  ditolak  pada  penggal  berikutnya.   Sebarang  Ikrar  seperti  akan  berusaha  mengurangkan  gejala  rasuah,  janji-janji    membawa  pembangunan  sekiranya  diberi  mandat  sudah  tidak  laku   lagi  untuk   membuat  rakyat  rasa  terpikat.

Rakyat  sedang  merencanakan  satu  gelombang  besar  bertujuan   mengubah  iklim  politik  negara  ini.  Rakyat  juga  tidak  terikat    memberikan   kuasa  kepada  Pakatan  Rakyat  sekiranya  rumah –  rumah  Parti  tersebut   tidak  diurus  dengan  baik.  Rakyat  mahu  tengok  Report  Card  dulu  sebelum  memberikan  pertimbangan.   Yang  jelas  tidak  lagi  kepada   yang  sedang  menikmatinya.

Alasan   mengapakah  rakyat  mahu  perkara  diatas  berlaku  berpandu   kepada indikator-indikator  mudah.    Indikator      pertama   lihat   sahaja   hasil  daripada    “contingency plan”             oleh    BN      dengan  membawa  Dr.  M   berkempen  disaat-saat  akhir.  Kedua,    berapa  ramaipun  calun-calun  Bebas  menawar  diri  untuk  berkhidmat  ditolak  oleh  rakyat  dengan  penuh  berhikmat.     Keputusan   undi-undi  yang  diperolehi  calun  Bebas  hendaklah  dilihat  sebagai ”  Amaran ”    kepada  sesiapa  saja  dimasa-masa  mendatang  dan  sama  sekali    bukan  undi  simpati.  Ketiga,   walaupun   kempen-kempen  yang  diadakan  bagai  nak  rak,  para  pengundi  tetap  melakukan  perkara  yang  sama  seperti   pada  PRU  ke 12.  Pertambahan  majoriti  kepada  pemenang  adalah  disebabkan  pertambahan  pengundi-pengundi  baru.

Saya  rasa  cukuplah  setakat  ini  indikatornya.  Jika  semua  sekali  saya  huraikan  disini  besok-besok  dah  ta`  ada  modal  nak  tulis.  Berdasarkan  findings  diatas,  Pakatan  Rakyat   jika  benar-benar   berhasrat   mahu   mengambil  alih  pemerintahan,  usaha  keras   mesti  bermula  dari  sekarang.    Jika  ada  yang  berfikir  ada  “prospect”  ditubuhkan    sebuah  Parti  Baru   juga  kena  bermula  dari  sekarang.

Nasihat  kepada  para  Bloggers  ta`  perlu  ribut-ribut.  Berehatlah  dulu  daripada  kepenatan   yang  baru  saja  “recess”.  Lagipun  semua  infrastuktur  sudah  sedia  ada.  Apa  saja  plan  yang  datang   termasuk  yang  Ad-hoc   para   BloggersNetwork@Perak   sentiasa  ready.  Adakalanya  Bombapun  kalah.

Akhir  sekali,  satu  kempen      “undi rosak sifar”   sangatlah  perlu.


MERAKAMKAN PENGHARGAAN

April 7, 2009

Terlebih  duhulu   maafkan  saya  kerana   hari  ini  sehari  suntuk  saya  tidak  sentuh   Komputer  (Blog)   sebab  saya    dari  semasa  ke  semasa  meninjau   sentimen   pengundi  diPusat-Pusat  Mengundi  di-  Bukit   Gantang

Sebaik  sahaja   pusat-pusat  membuang  undi  ditutup  saya  terus   berlari  keBilek  Media   BloggersNetwork@Perak.     Semuanya    sangat  sibuk.  Mereka-mereka  yang  saya  ketemui  antara  lainnya  Matsamankati, ciberboron,perisik rakyat,sy-reformis,ummi  anni,dugong  darat   dan  dango   mamamat.  Pada   jam  19.45  lagi   mereka  telah   berjaya  kumpul   keputusan  P.059   dan   ketika  itu  mereka  telah  memberitahu  saya ( maklumat  tidak  resmi)   Ir. Nizar  MENANG  dengan  majoriti   30000  lebih.

Dalam  kesempatan  ini  saya  ingin  mengucapkan  berbanyak  terima  kasih   kepada   semua   pengunjong   Blog   saya  dimana  ketiga=tiga  Post  saya  yang   paling  akhir   i.e.  Dalam Kecemasan,  Tun Abdullah  Negarawan  Terbilang  dan   Kenyataan  Hishammuddin  berkait  tuntutan  MCA.    Jumlah    readership   bagi   ketiga-tiga   post  ini  sangat   luar  biasa.

Keputusan  Pilihanraya  diBukit  Gantang  ini  adalah  satu  message   dari  rakyat untuk  difahami  oleh  UMNO/BN  bahawa    majoriti  rakyat   condemn  rampasan   diPerak .

Akhir  sekali  sedikit  kata-kata  seruan:  Wahai  PRU 13,  walaupun  engkau  masih  jauh  untuk  kembali  –  Kami  sebenarnya  sekarangpun  sudah  bersedia.


DALAM KECEMASAN : Pertolongan Diperlukan Dari Kawan Mahupun Lawan

April 6, 2009

Saya  sangat  kagum  dengan  Dr. M.     Didalam   usia  yang  begitu  lanjut  masih  penuh  bersemangat   turun  padang.   Mana  tidaknya  disebelah   pagi  dan  tengahari  beliau  berkempen  diParlimen  Bukit  Gantang  manakala   disebelah  petangnya  pula  diDewan  Undangan  Negeri   Bukit  Selambau.  Saya  lihat  ada   beberapa   faktor  yang  memungkinkan  beliau  melakukan  ini  semua.   Pertama   kerana   beliau   seorang  doktor  perubatan  dan    beliau    arif   dengan  tahap  kesihatannya.   Kedua   sebagai  seorang  “seasoned  politician”  berpuloh   kali   ganda   daripada   inipun   beliau   pernah   lalui.     Ketiganya   beliau   dapat  rasakan  amat  sukar  bagi   UMNO/BN  untuk  merampas  kembali  kerusi-kerusi   yang  Pakatan  kuasai.

Saya   sebenarnya   seorang  tua  yang  hebat  juga.   Setakat  kayuh  basikal   10km  sehari  tu  perkara  biasa  saja.  Tetapi  saya   tetap tidak   dapat   mengatasi   kehebatan  Politician   yang  jauh  lebih    tua  ini.    Baru  sahaja   menyerahkan   Borang  permohonan  menjadi   ahli  UMNO  pada  hari  Sabtu    pada  hari  Isnin  sudah  turun  padang secara  sukarela   berkempen  untuk  Parti  itu.    Hebat,   hebat    dan  memang  hebat.   Adalah  diharapkan   segala  pengorbanan  beliau  ini  berbaloi.

Diselekoh  akhir  kempen  ini   saya   sangat-sangat    berharap    para     pengundi  muda   segeralah  kembali  kekampong-kampong  anda  sama  ada  diBukit  Gantang  atau  diBukit  Selambau.   Kita  telah  pilih dan   yakin  dengan  Pakatan  Rakyat  dikedua-dua   tempat  ini  pada  PRU  12  dan    sekarang  marilah  kita  sekali  lagi  mengesahkannya.  Kita  sudah  begitu  lama  dibawah   rejim  itu.   Kita   perlu  menyedia  bekalan   sebaik-baiknya  untuk  generasi  baru.   Kita  Mampu  Mengubahnya.


Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi Negarawan Terbilang

April 6, 2009

Setiap  pemimpin  besar  apabila  sudah  tidak  diperlukan  lagi  sudah  tentulah  mengambil   sedikit  masa  untuk  sesuaikan  keadaan.  Banyak  perubahan   menanti  dipraktikkan  diluar  sana.

Setiap  bekas  Perdana  Menteri   ada   memiliki  ” legacy ”  masing-masing.    Pergerakan  mereka  sentiasa  diperhati  dan  diikuti  oleh  rakyat  terbanyak   bermula   dari   ” day one ”    mereka   melepaskan    jawatan.    Mereka  adalah  “Statesman”   dan  bukan  lagi  “Public Figure”.    Rakyat  tetap  mahu  mengambil  tahu  kenegara   manakah    negarawan  kita  pergi   untuk  bercuti  dan  apa  istimewanya  tempat  itu.        Jenis-jenis  sukan  yang   diceburi  juga  diambil  perhatian.    Memang  ada  rakyat  yang  mengambil  tahu  semua  ini  kerana  bagi   mereka   negarawan  adalah  juga  selebriti.

Jika   saya  ditanya   Negarawan  mana  yang  membuat  hati  saya    tersentuh  jawapannya   ialah  Tun  Abdullah  Haji  Ahmad  Badawi.   Bagi  saya  beliau  telah  banyak  melakukan  perubahan  positif  dalam   pentadbirannya.   Perubahan  yang  paling  ketara  ialah  Struktur   Gaji  kakitangan  awam.  Beliau  telah   lakukan  supaya  jurang  diantara   yang  berjawatan  tinggi  dengan   yang  rendah  tidak  terlalu  ketara.  Yang  paling   istimewa  dalam  aspek  ini  ialah   beliau  telah   menetapkan  bayaran   pecen  minimum  ialah RM720.   Beliau  juga  telah  membuka  seluas-luasnya  ruang  untuk  rakyat  bersuara.  Asalkan   teguran  kita   itu   bertanggungjawab   beliau  tetap  menerimanya   dengan  hati  terbuka.

Memang  benar  ada  lagi   bekas-bekas  pemimpin  yang  hebat  seperti   mengubah  paradigma   masa   dan    merencana  wawasan  negara  kelandasan  negara  maju.  Pada  surface  nya   memang  hebat  dan  tidak  pada  pengisiannya.     Nak    maju   macam   mana,     soal   pengunaan  bahasapun  masih  menjadi  isu  besar.

Berbalik  kepada  Tun  Abdullah,   kita  masih   mengharapkan  buah  fikiran  bernas  beliau .  Sementara  beliau  masih  lagi  seorang  Ahli  Parlimen beliau  diharap  dapat    terus  menyampaikan  suara  rakyat.  Dan   bersaralah  sebenar-benarnya  sebaik  sahaja  tidak   lagi menjadi  wakil  rakyat.

Tun Abdullah,  kau  negarawan  terbilang.


HISHAMMUDDIN: TPM II Untuk MCA Tiada Dalam Sejarah

April 5, 2009

Terpanggil  saya  untuk  menyatakan  rasa  simpati  yang  amat  sangat   kepada   Parti  M.C.A.     Permohonan  Parti  tersebut  supaya  diberi  Jawatan Timbalan  Perdana  Menteri  kepada  Presiden  M.C.A.  tidak  mendapat  layanan.   Malah   hari  ini   seperti  yang  dilapurkan  dalam  Berita Minggu  Datuk  Seri  Hisammuddin  Tun  Hussein  iaitu  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  yang  baru  dengan  tegas  mengatakan  bahawa   perkara  tersebut  tidak  pernah  ujud  dalam  sejarah.  Dan  lagi  katanya  ianya  tidak  pernah  di-  bangkitkan  oleh  pemimpin  tertinggi  mereka  sama  ada   dalam Kabinet,  mesyuarat  pengurusan  BN  ataupun  didalam  mesyuarat  dewan  tertinggi  BN.

Kenyataan  beliau  ini  turut  mendapat  respond  dari   seorang    lagi  pemimpin  UMNO  dengan  menambah  tuntutan   tersebut  tidak  kena  pada  masa  dan  ketikanya, tambahan pula  keadaan  MCA  yang  lemah.

Adalah  dipercayai   bahawa  kenyataan  pemimpin-pemimpin   UMNO  ini  adalah   semata-mata  mahu  mendapatkan   sokongan   pengundi   melayu  dalam  Pilihanraya  Kecil  ini  saja  dan  sekiranya  pihak  MCA  pun  akur  dengan  kenyataan  tersebut  maka   UMNO  telah  berjaya  mencederakan  dua  ekor  burung  dengan  seketul  batu  sahaja.

Dalam  apa-apa    keadaanpun  tepat  sekali   yang  melayu  memang   mudah  lupa.   Sepanjang   yang   saya   ingat   pihak   MCA    ada   mengemukakan  tuntutan  jawatan  TPM II  dan  Timbalan  Pengerusi  BN    beserta  dengan  lain-lain  tuntutan   pada   setiap  kali  menjelang  pilihanraya  umum.   Bagi   yang  menuduh   MCA  sahaja  yang  lemah  amatlah  tidak  patut.  Kalau  menangpun  kita  boleh  istihar   sebagai    kemenangan   bersama   mengapa  bila  tidak  berjaya  mengekalkan    2/3   komponen-komponen  lain   saja  yang  disalahkan.

Bagi  mereka-mereka  yang  masih  tercari-cari  apa  itu  politik.  ”  This is  politics “


Membela Nasib Blogger diBatang Ai

April 4, 2009

Asyik  menulis  tentang   perkara-perkara   diSemenanjung  sahaja,  hampir  saya  terlupa  bahawa   di Sarawak  juga   berlaku  Pilihanraya  Kecil   yang  mana  tarikhnya  ditetapkan    serentak  bagi  ketiga-tiga   tempat  iaitu  Kerusi  DUN  N.29  Batang  Ai  diSarawak,  Kerusi  DUN  N.25  Bukit  Selambau diKedah  dan  Kerusi  Parlimen P.059  Bukit  Gantang  diPerak.

Saya  tidak  bersedia  menyentuh   suasana  politik  diBatang  Ai  kerana   saya  difahamkan  Isu-Isu   yang  menyelubungi   masyarakat  Iban  ialah   berkaitan  dengan   manipulasi   tanah   adat   dan   hasil  bumi.   Kesediaan  Parti  Keadilan  Rakyat   mahu  membela    nasib     penduduk  diBatang  Ai  haruslah  diterima  dengan  hati  terbuka.  Memang  benar  Parti  Keadilan  Rakyat  berpusat  diKuala  Lumpur  tetapi  tidak  kurang  juga   ahli-ahlinya  yang  professional  berasal   dari  Sarawak  dan  ramai yang  sedang    memberi  khidmat  kepada   masyarakat  sendiri  disini.

Dalam  konteks  Pilihanraya  ini   saya  amat  terkejut    apabila  pihak  pemerintah   hari  ini  melalui   Timbalan  Menteri   Tenaga,  Air  dan  Komunikasi  Datuk  Joseph  Salang   mengumumkan bahawa  Suruhanjaya  Komunikasi  dan  Multimedia    (MCMC)    akan    membina    3    buah   lagi     Menara   Komunikasi  diLubok  Antu.    Menara-menara  tersebut  akan  didirikan  diSemanju,  Batang  Ai   Resettlement Scheme  Phase 2  dan  diEngkili.  Pembinaan  menara  ini   melengkapkan   7  buah   kesemuanya  dikawasan Lubok Antu.

Oleh  sebab   projek  ini  yang  dijadikan  priority  maka  yang    akan  merasa  amat  gembira  ta`  lain  ta`  bukan     ialah  para  bloggers.   Dengan  membawa   kemajuan  teknologi  yang  terkini  serupa  yang  terdapat  diSemenanjung   jelaslah  Batang  Ai   akan  melahirkan   sejumlah  Bloggers  yang  hebat   dalam  masa  yang  terdekat.   Sekiranya  projek-projek  yang  mereka  canangkan  ini  benar-benar  hendak  dibina  adalah  diharapkan    penduduk  Batang  Ai    tidak    menolaknya,    projek  ini    boleh  membawa  banyak  manafaat.   Yang  pasti   ini  bukan   projek   “mee  segera”  seperti  diSemenanjung.  Ianya  boleh  jadi  juga   seperti  “Indah  Khabar dari Rupa”.

Untuk  memperjuangkan  Isu-Isu  yang  tertunggak  orang  yang  paling  tepat  dipilih  ialah  Jawah  Gerang.

.