Menyelesaikan Masaalah Tidak SEPANTAS Kehadirannya

Seluruh  dunia  sekarang  dalam  keadaan  panik  disebabkan   hadirnya  sejenis  penyakit  Selsema  yang  baru  yang  dikenali  sebagai  “swine  flu”.  Ia  mula  dikesan  diMexico  dimana  sehingga  kini  seramai   81  orang  telah  meninggal  dunia.  Di Amerika Syarikat (US)  seramai  kurang  lebih  1 dozen  telah  dikesan  mendapat  jangkitan  virus  tersebut.

Wabak  selsema  babi   “swine flu”   ini   jika  tidak  dapat  dicegah  segera  ia  akan  merebak  menjadi  “pandemic”  dimana  kuman-kuman  itu  akan  berada  diseluruh  dunia.    Dan  umum  mengetahui  penyakit  yang  paling  mudah  berjangkit  dan  merebak   sepantas  kilat   ialah  penyakit   “selsema”.      Dengan  itu   marilah  kita  berdoa  semoga  Allah  selamatkan  negara  kita  Malaysia   daripada  bala   yang  amat  ditakuti  ini.

Tajuk  diatas   segaja   saya   buat  sebagai  bukti  menunjukkan  yang  dikatakan  manusia  ini  banyak  kelemahan.  Apabila  diamanahkan  menyempurnakan  sesuatu,  perkara   yang   dilakukan   hanyalah   benda-benda   yang  mengikut  “standard  procedure”   yang  mereka  tetapkan   sahaja.

Saya  sangat  sedih   apabila  mendapat  tahu   ramai  orang-orang  miskin   tidak   layak  mendapat    bantuan   dari  pihak  Kebajikan  Masyarakat  disebabkan   dirumah  mereka  ada  Aerial  TV  Astro  dan  juga    ada  memiliki  kereta.  Tidak  termasuk  lagi  unsur-unsur  menyokong  pembangkang.    Dengan  meletakan  syarat-syarat  ini  saya   cukup  yakin  diMalaysia  sudah  tidak  ada  orang  miskin.

Jika  sesebuah  rumah  memiliki  peti  TV  dan  sebuah  kereta    ia  sebenarnya   adalah  perkara  asas.  Maklumat   tidak   akan  datang  melalui   ”  burung  merpati”     dan  apabila   berlaku  sebarang  kecemasan  tidak  akan  ada   “kenderaan  rakyat”  datang  secepat  kilat  datang  membantu.

Jadi  setelah   meneliti   perihal     “orang miskin”    dan  ta`rifnya  saya  dapati  mereka-mereka  yang  tersidai  dikaki-kaki  lima  kompleks  belibelah,   bermain  muzik  dibawah  tangga  jejantas,   membawa  tempurung  kehulu  kehilir  dipasar-pasar  dan  kedai-kedai  sahajalah  yang  boleh   dikelasifikasikan  sebagai  miskin.  Tetapi  mereka-mereka  inipun  tidak  juga  mendapat  pembelaan.

Akhir  kata ,  saya  suka  melihat  peruntukan  bagi  orang-orang   miskin  didalam  “Bajet 2010”  nanti  dikurangkan  seminima  yang  mungkin.  Jika  tidak  dikurangkan  saya  risau  ianya  pergi  kepada  orang-orang  yang  berada.

2 Responses to Menyelesaikan Masaalah Tidak SEPANTAS Kehadirannya

  1. BR says:

    hehe salam tuan…dulu perkataan babi agak keras… sekarang media pun padai menggunakan perkataan babi sejak orang menerima projek babi negara.. hehe
    di minta jemput membincangkan konsep 1MALAYSIA gagasan Najib… link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/konsep-1malaysia-gagasan-boneka-mader.html

  2. musafirlalu says:

    Telah diharamkan memakan babi bagi umat Islam.Apakah hikmahnya apabila umat Islam dilarang memakan daging babi.Mesti ada sebab nya.Dalam satu kajian secara sains.Ahli sains menjumpai sejenis cacing yang tidak ada mati walau dibakar sekali pun.Tetapi rupa-rupanya banyak lagi yang ahli sains tidak tahu akan keburukan yang ada pada babi.Umpamanya wabak nipah yang berlaku di malaysia pada tahun 90’an.Dan sekarang ditambah pula dengan “swine flu” ataupun selsema babi.Apa yang Allah larang kepada hambanya ada sebab-sebabnya.Begitu juga dengan sebaik-baik makluk yang diciptakan oleh Allah adalah manusia.Yakni lebih mulia daripada malaikat tetapi kita mesti ingat sehina-hina manusia lebih hina daripada babi.Kerana apa yang belaku sekarang ini adalah sebagai satu peringatan kepada kita semua bertapa rakusnya para pemimpin ditambahkan lagi dengan saudara mara,para kroni mencuri harta rakyat.Yang kaya akan bertambah kaya,yang miskin akan bertambah papa dan yang papa akan bertambah kedana.Itulah realiti yang kita lihat setiap hari bagaimana rakyat dikhianati oleh para pemimpin yang terlalu gila dunia.Selagi para pemimpin ini tidak disingkirkan selagi itulah rakyat yang miskin tidak akan ada pembelaan.Sebagai mana dizaman Khalifah Umur Abdul Aziz tidak ada orang yang miskin hinggakan baitumal tercari-cari orang yang layak untuk diberi bantuan.Hinggakan setelah Khalifah Umur mati dibunuh,Baginda meninggalkan sebanyak 1 billion dinar didalam khazanah negara.Bagaimana pandangan saudara tentang pemimpin kita sekarang ini.Jangankanlah 2010….2020 belum tentu lagi.Renung-renungkanlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: