Sudah sekian lama saya menunggu lahirnya seorang insan yang dapat dijadikan contoh atau Idola dikalangan pemimpin dalam Parti KeADILan Rakyat. Penantian ini bermula sebaik sahaja Parti dalam Pakatan dapat memerintah lima buah negeri bersempena Pilihanraya Umum Ke 12.
Hari ini laungan saya terjawab. Maka lahirlah seorang insan yang bernama Mohammad Fairus Khairuddin rakyat Tanjong yang hebat lagi budiman. Saya katakan sedemikian kerana terbukti beliau seorang yang berpandangan jauh. Mengutama kepentingan Parti dari keselesaan diri. Umum mengetahui terlalu ramai yang cemburu kepada keistimewaan yang beliau dapat. Kesanggupan beliau berkorban melepaskan kedudukan yang sangat tinggi demi masa depan perjuangan kerabatnya sangat besar ertinya.
Sekarang terpulanglah kepada pucuk pimpinan bagi melakar yang terbaik untuk rakyat dikawasan Penanti. Jika tersalah percaturan banyaklah implikasi yang akan timbul. Perkara paling penting yang perlu disegerakan diperingkat ini ialah tindakan tegas kepada sipengkhianat yang secara terang-terangan berusaha untuk melumpuhkan Parti disamping mahu melihat kerjaya politik bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu berkubur. Jika musang berbulu ayam masih dibiar berlegar disekitar kita, tunggulah saat dan ketikanya yang bakal tinggal hanyalah sebuah reban.
Kepada Sdra Fairus terimalah ucapan syabas, tahniah dan terima kasih dari saya. Semoga sdra akan mendapat ketenangan dalam meneruskan perjuangan ini. Dan akhir sekali lagu peninggalan Tan Sri P.Ramlee yang memberikan liriknya seperti berikut adalah khas untuk sdra:
Tiada kata secantik bahasa….. Tiada gambar secantik lukisan……
saya juga setuju dengan tua… mulanya sy ingat beliau bersalah… tapi ok la jike besalah dan ditahan tak mengira arti… tidak seperti katak 3 ekor yg melompat… 2 darinye ada pertuduhan rasuah… rasuah sex lagi… 🙂
maaf salah eja… tua-=tuan… heheh jgn marah…
fairus bersih?????????????
tak didakwa tak semestinya bersih….
adakah ali rustam bersih…
adakah khir toyo bersih…
khairy juga bersih…
mereka juga terlibat dgn rasuah…
tetapi sprm tak dakwa bukannya bererti mereka bersih….
kenapa pengarah sprm penang enggan ulas
kenapa pegawai sprm penang juga terkejut…
kenapa ada pegawai sprm menghubungi fairus…bukankah ini luar biasa…dalam masa yang sama pengarah sprm (chief commissioner) Datuk seri ahmad said hamdan menafikan dakwaan fairus bersih (rujuk NST khamis 23 April)
kalaulah anda semua tahu apa yang saya tahu dengan melihat bukti2nya…(semua 10kes, ini baru satu kes)
pasti anda semua akan ludah mukanya….
tak timbul soal fitnah
tak timbul soal konspirasi…
KENAPA ANWAR TAK ENDAH RAYUAN FAIRUS UNTUK TARIK BALIK PERLETAKAN JAWATAN WALAUPUN FAIRUS MERAYU UNTUK TARIK BALIK…
ANWAR MENYIMPAN RAHSIA BESAR FAIRUS SEBENARNYA…
KALAU FAIRUS NI BERSIH DAH TENTU ANWAR ANGKAT DIA JADI TKM 1 P.PINANG SEMULA…
JADI ADA AKAI…
LU FIKIR LA SENDIRI…
Warga Penanti,
Untuk makluman tuan FAIRUS tidak ada pertalian keluarga dengan saya dan bukanlah juga kami pernah belajar diUniversiti dan Kursus yang sama.
Sebagai seorang ahli PKR (berjawatan Naib Ketua Bahagian) yang tulen bukannya “reconditioned” dari UMNO, saya senantiasa memerhatikan gelagat orang politik dalam parti.
Didalam mengatur gerakerja siketua saja yang betul dan tidak bersedia menerima pandangan daripada orang lain. Ada diantaranya telah terlalu lanjut usia tetapi tetap berselera untuk terus bergantung pada jawatan. Jikalau sdra hendak tahu mereka-mereka inilah penyebabnya parti kalah teruk dibeberapa kawasan pilihanraya.
Dengan memuji sikap Fairus saya harap “opportunist” yang terdapat dalam parti mengambil iktibar dari peristiwa ini. Parti perlu diteruskan perjuangannya oleh pihak yang mampu membawa kejayaan.
Dalam kehidupan dikuasai oleh undang-undang dan peraturan seseorang itu tetap tidak bersalah sebelum ianya didapati bersalah. Banyak kes berprofile tinggi hanya berakhir dipeti sejuk.
Jawatan TKM adalah jawatan kerajaan yang tertakluk kepada Perintah-0Perintah seperti penjawat awam yang lain. Apabila seseorang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan dia tidak akan diterima semula berkhidmat kejawatan itu walaupun dia memiliki kelayakan yang perlu bagi jawatan terse but. Jadi perkara tersebut diluar kuasa Anwar.
kepada ahmad zawawi yg saya hormati….
saya tidak marahkan saudara….
cuma saya nak bagi tahu bahawa anwar simpan 9 lagi kotak hitam fairus….
saya sudah membacanya dan melihat bukti2nya…
tidak terfikirkah saudara kenapa tiba2 potfolio exco agama lim guan eng tukar kepada Yb hj malik…
tahukah saudara bahawa fairus telah menipu lim guan eng dan anwar, beliau mengaku hadir mesyuarat JAKIM di KL tetapi sebenarnya beliau tdk hadir..sehingga YB zahid hamidi menulis surat kpd lim guan eng kenapa wakil exco agama p.pinang tidak hadir mesyuarat bulanan..anwar dan lim guan eng amat terkejut….akhirnya pecah rahsia sebenarnya beliau tdk pernah hadir ke mesyuarat JAKIM sebanyak 7 kali…sebab itulah masalah yang dipertua majlis agama islam p,pinang sampai hari ini tak selesai..
tahukah saudara bahawa fairus pernah keluarkan surat palsu majlis agama islam mengatakan telah lulus permohonan mendirikan tiang/menara pemancar tel untuk dipasang di masjid2….
kalaulah saudara tahu apa yg saya tahu tentang fairus sebab saya memang rapat dengan beliau dan telah menyiasat segala bukti2 yg ada…ternyata ianya benar..
saya pasti saudara akan ludah mukanya atau tampar mukanya…
berani kerana benar….
katakan benar walaupun pahit….
ingatlah dosa memfitnah lebih besar dari membunuh….
nampaknya kita dipermainkan anwar ibrahim lagi…
semalam anwar umumkan dr mansur calon penanti, fairus turut hadir dan memberi ucapan…memang hebat ucapannya…hingga beliau dijulang oleh pemuda dan dihadiahkan bunga kpdnya…saya turut hadir semalam di yayasan aman…
semalam tiada seorang pun YB atau pimpinan PAS datang..DAP ramai yg hadir termasuk lim guan eng…
dr mansur pernah mencalarkan pemuda PAS pada 2004 sewaktu hampir dgn pilihan raya umum ke 11, pemuda PAS dihalau dari rumahnya bila mereka datang ke rumahnya untuk berbincang tentang kerusi ADUN di P.pInang, dr mansur bertanding melawan arif shsh di dun seberang jaya ketika itu..semua markaz PAS tutup dan pas tumpukan pd dun permatang pasir..
anwar tahu bukan mudah untuk dr mansur menang di penanti dengan ada sesetengah jentera pemuda, wanita dan bahagian pkr yg sokong dan simpati serta percaya bahawa fairus mangsa konspirasi mangsa fitnah…
tembelang sprm dan spr hampir pecah bila timbalan pengarah spr menyatakan bahawa fairus boleh menarik balik perletakan jawatan sebagai adun penanti…
memang fairus pun merayu untuk tarik semula…
tetapi anwar tolak sebab beliau tahu siapa sebenarnya fairus setelah bergelar tkm 1 p.pinang…
memang ada usaha untuk membeli fairus, sebab itu belum pernah terjadi spr mesyuarat rabu nak umum jumaat kemudian tunda ke isnin…mengapa ini terjadi..
ini adalah kerana najib memang tak mahu umno bertanding di penanti sebab takut kalah dan akan menjejaskan imej umno dan bn…
saya ucap syabas dan tahniah sebab fairus masih kekal dengan pkr…semoga beliau insaf…dan saya juga menyokong beliau untuk ambil tindakan undang2 segera kpd mereka yg kononnya dikatakan telah memfitnah dan menjatuhkannya…semoga Allah memberi kemenangan kepada yg benar…
bagi saya fairuslah seorang yang “opportunist”….
saya tdk mahu dedahkan kotak hitamnya…
cukuplah saya nak beri ingatan kepada semua…
ingatlah dosa fitnah lebih besar dari membunuh…