ILMU EKONOMI BARU : Jual Kereta Terpakai Dengan Harga Lebih Tinggi Dari Yang Baru

Hari  ini   terlalu  banyak  berita  yang  keluar.   Dari  pengumuman  terkini  Fairus,  Permohonan  Ir. Nizar  supaya  jumlah Panel  Hakim  semasa  hendak  mendengar  permohonan  Zambry  ditambah Korum  kepada  9 Orang  Hakim,   Saiful  Bukhari   saman  Blogger RM 2 Juta, Y.B.  Karpal  Singh  jatuh  dari  kerusi  roda  sewaktu  hendak   naik    ke Mahkamah  tetapi  tiada By-Election  dan   kemudian,   tidak  lama  lagi  berita  tentang  jawatan-jawatan   MT  UMNO   pula.

Dalam banyak-banyak  berita  itu   saya  tertarik   nak  bincangkan  hal  penjualan  kereta Toyota  Camry  yang  akan  dilakukan  oleh  Zambry  dan  rakan-rakan.  Alasan  yang  diberi,  Harga  buka  16  buah  kereta  tersebut  ialah RM148,000   setiap  satu  dan   mereka   menjangka  tentu  ada  pembida  yang  sanggup  menawarkan  harga  yang  lebih   tinggi  lagi  dari   harga  asal  kenderaan  tersebut.

Saya  percaya  memang  ada  orang  yang  sanggup  membeli  dengan  harga  jauh  lebih  mahal  dari  harga  asalnya  tetapi  tunggulah  gunong  mana  pula  yang  hendak  runtuh.  Masaalah  obligasi  sudah  menjadi  perkara  biasa  pada  orang  tertentu.   Kalau   ada  “genuine  buyer”  yang  membeli  dengan  harga   jauh  lebih  tinggi  dari  harga   asal,   orang  itu  bolehlah  dikategorikan  sebagai  “teramat  tengin”.   Kereta  macam  itu  melambak  dikedai  dan  boleh  dapat  macam=  macam  tawaran  sampingan  tetapi  gagah  juga   nak   menolong.    Jika  benar-benar  hendak  menolong   pergilah  kerumah-rumah  kebajikan  daripada  diperbodoh  beli  kereta  second-hand  harga  “Koyak   Kertas”.

Bunyinya   lepas  ini  nak  beli  Kereta  Nasional  sebagai  tanda  patriotik  konon.  Yang  sebenarnya   ta`  hendak  pakai  bekas-bekas   orang   (MB & EXCO  P.R.).  Mana  ada  kelas  beb!     Puak-puak  UMNO  pun  jika  membaca  sorotan  ini  bersetuju  apa  yang  hendak  dilakukan  pemimpin mereka  ini  adalah  membazir  tetapi  bila    sampai  masa  mengundi  besok  senyap-senyap  balik  masuk  barisan.  Jadi  kesimpulannya   jika  kita  ber-duit  pergilah  shopping  “Camry panas”  dikawasan  letak  kereta  SUK Perak.

4 Responses to ILMU EKONOMI BARU : Jual Kereta Terpakai Dengan Harga Lebih Tinggi Dari Yang Baru

  1. musafirlalu says:

    Saudara….Memang itulah sikap yang dah ditanam didalam minda mereka yang yang bergelar Umno.Mereka selalu melaung-laungkan yang merekalah memerdekakan malaysia.Nama je merdeka tetapi pemikiran mereka masih lagi dilinkunpi dengan sikap yang masih dijajah.Itulah sikap riak dan takbur mereka.Apa yang mereka lakukan adalah betul,sedangkan orang lain tidak betul.Sikap membazir memang dah diasuh didalam kepompong parti mereka.Begitulah yang selalu dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin mereka supaya rakyat berjimat cermat tetapi kita lihatlah sikap sebenarnya mereka.Umpama ketam mengajar anak mereka berjalan betul.Keangkuhan mereka boleh kita lihat tentang kereta yang akan mereka lelongkan.Sedarlah wahai rakyat Perak dan Malaysia amnya…….Kita pakat-pakat hukum mereka dalam pilihanraya nanti.Jangan kerana dapat seratus dua nanti hilang segala kemarahan yang terpendang selama ini.Cubalah kita bagi Pakatan Rakyat memerintah sepenggal.Kalau mereka pun sama macam BN,kita tukar balik pemerintahan yang lain pulak.Jangan hanya bagi Negeri aje,kita bagi Negara sekali….Sepatutnya rakyat malaysia ambil contoh cara pemerintahan diKelantan.Usahlah sangat digula-gulakan oleh BN…….Cuba dulu baru tahu.Kita hidup sekarang ini dizaman teknologi bukannya dizaman pakai pelita.Janganlah sampai negara muflis baru nak sedar.Ingatlah akan anak cucu kita dimasa depan dan jangan kita mementingkan diri sendiri seperti pemimpin Umno.Lihatlah apa yang belaku di negeri Pahang yang boleh dikatakan dah muflis.Nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun terpaksa mengunakan duit kerajaan pusat.

  2. Azlal says:

    Camry panas ????

    ahak ….. buang karan je ?

  3. Ekonomani says:

    Baru petang tadi saya terlihat , itu tulisan yang berjalan dibawah TV…………….Lelong Cambry mungkin dapat perolehan ( lebih kurang je , yang sebenar tak ingat…).

    Andaian saya begini: Harga buka RM148,000.00 tu munkin sudah melebihi harga belian. Saya agak Kerajaan dulu dapat diskaun banyak. Transaksi telus, X de price jacking .Jadi kalau laku pada harga buka pun sudah untung. Kalau ada sesiapa tahu harga beli bolehlah kira berapa boleh dapat….. mesti lumayan kalau tak tak lelong punya.

    Selain duit motivated, tak rela pakai bekas yg sudah dipakai orang lain.

  4. briigedakhdorLR2 says:

    inilah perubahan yg umno inginkan ..buat lelongan kete
    kah kah kah ..masalah perak tak selesai lagi diorg buat lagi bnda yg menambahkan kebengangan rakyat..tunggulah rakyat akan lelong umno plk nnti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: