PAS Permatang Pauh Diresapi?

Apa  sekalipun   alasan  yang  hendak  dilemparkan  oleh  PAS  Permatang  Pauh  ia  sudah  terkeluar  garisan.   Sebodoh-bodoh  ahli  PKR  pun  tidak  pernah  terfikir  perkara  sebegini  boleh   direncana  oleh   ahli-ahli  PAS  diPermatang  Pauh.  Kesimpulannya  siapapun  tidak   percaya   ada  satu  bentuk  tindakan  serupa  ini.   Memang  benar   tidak  adapun  perjanjian  secara  resmi  yang  sesuatu  kawasan  Pilihanraya  itu  ditandingi  oleh  PAS, PKR  atau  DAP.  Tetapi  bukankan  persefahaman   yang  telah  diputuskan  dalam  PRU  12  itu  yang  telah  membawa   sedikit  sebanyak  kejayaan?

Jika   sekiranyalah    PAS  Permatang  Pauh  mengatakan  pembahagian  kerusi  di-kawasan  ini  tidak  adil  dimana  PAS  hanya  diperuntukkan  satu (1)  kerusi  DUN  sahaja  sedangkan  PKR  mendapat  satu (1) Parlimen   dan  dua (2)  DUN.    Bagaiman  pula  di  Lenggong  dimana  PAS  selain  mendapat  kerusi  Parlimen  juga  mendapat  kerusi  DUN (Kenering)?  Sedangkan  PKR  hanya   mendapat   DUN  Kota  Tampan  sahaja.  Disini  jelas  para  pimpinan  diperingkat  atasan  sangat  praktikal dalam  keputusan  mereka.

Pada  hemat  saya   ini  adalah  agenda   orang-orang  tertentu  yang   mempunyai  kepentingan  diPenanti.  Untuk  memastikan  rancangannya   memperoleh  kejayaan  sesuatu  usaha  untuk  dapat   meresap  kedalam  PAS  Permatang  Pauh  perlu  dilakukan.  Saya  tidak  percaya  pada  satu  pendapat  yang  kaitkan  dengan  pemilihan kepimpanan  PAS

Ini  Agenda  tempatan  semata.  Mungkin  ada  imbuhan  tertentu  dijanjikan.  Walau  bagaimanapun  Kepimpanan  PAS   mesti  memandang  serious  gejala  ini.  Kita  kena  faham   memang  ada  yang  mahu  melihat  kapal  kita  pecah.  Para  Ikan  Yu   yang  sedang   kebuloran   sedang  mengelilingi  kita.    Saya  juga  tidak  suka   membangkitkan   hal-hal  kesefahaman  dimana    ada  ketikanya  kita  terpaksa  akur  dan  memberi  laluan  atas    kehendak  pimpanan  demi  menjaga  keharmonian.

Jika  ahli-ahli  PAS  boleh  sendiri-sendiri   menentukan  kehendak mereka  saya  percaya  ianya  akan  dicontohi   oleh  ahli-ahli  parti  lain  dalam  Pakatan.  Dimasa  itu   siapa   yang  bertepuk  tangan  paling  kuat?

14 Responses to PAS Permatang Pauh Diresapi?

  1. musafirlalu says:

    Saudara…. Kita semua maklum yang Pas bukanlah parti kemaruk kuasa.Kerana itulah kita menyertai pilihanraya yang boleh dikatakan tidak demokrasi.Tetapi kita yeyap istiqomah diatas perjuangan kita.Usahlah dilayankan sangat dengan suara-suara sumbang yang meminta kerusi tersebut.Bibit-bibit perpecahan telah mula dilaung-laungkan oleh media masa,baik cetakan,elektronik dan juga blog-blog upahan.Kenapa kita perlu terikut-ikut dengan rentak mereka.Persetankanlah mereka,rapatkanlah barisan kita untuk menghadapi fitnah-fitnah musuh Islam.Kita bukannya baru dalam politik.Jatuh bangun adalah biasa bagi kita yang bergelar perjuang Islam……Wasallam

  2. musafirlalu says:

    Minta maaf kerana ayat-ayat yang tersalah taip kerana menaip ditengah malam……harap maaf

  3. ANJA says:

    Massalah sebegini berlaku di mana manaa , samada Dalam kumpulan ‘Penjuang Islam ‘ atau tidak .

    Tak patut rasanya salahkan orang lain . Hakikatnya dalam mana mana parti , isi kandungannya sama iaitu manusia. Manusia yang ada nafsu , yang imannya ada pasang surutnya , yang sentiasa ada bisikan syaitan sekeliling , yang kadangkala berasa riak , leka dan kepuraan puraan (tidak ikhlas).

    Memang Pas , penjuang islam , tapi sudahkan PAS banci berapa peratus ahli ahlinya yang IKHLAS untuk MEMPERJUANGKAN ISLAM.

    Fikir fikirkan….

  4. pak chad says:

    pas penang kena kaji dulu pasai apa kawasan majoriti dun melayu depa tak boleh menang….cth kepala batas n tasik gelugor so jangan main politik pak pandiaq…sekadar teguran….bijak lah berpolitik janagan bagi umno skor gol….adiosss

  5. azwan says:

    Saudara.

    Dalam konteks peperangan fizikal, kekuatan ketenteraan merupakan aspek utama yang diambil perhatian. Dalam peperangan psikologi (pilihanraya)pula, kekuatan jentera merupakan kekuatan yang ampuh bagi menewaskan musuh. Dalam hal ini, permintaan PAS Kawasan Permatang Pauh adalah munasabah dan perlu diambil perhatian.

  6. shikarishyna says:

    mungkin saudara lihat dari sudut mata kasar….sebenarnya apa yang terjadi diPermatang Pauh, hanya kami yang tahu.

  7. shikarishyna says:

    Mungkin saudara lihat dari sudut mata kasar….sebenarnya apa yang terjadi diPermatang Pauh mungkin berlainan sedikit di tempat-tempat yang lain, bukannya kami mahu perpecahan. Ini berkaitan soal survival politik orang Islam khususnya orang yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang.Semua sudah maklum, sekiranya kerusi calon itu dimenangi, secara automatik dia akan memperolehi jawatan exco dalam pentadbiran kerajaan negeri dan juga kerusi tertinggi dalam hirarki negeri iaitu Timbalan ketua menteri 1 P.Pinang.

    Disini kami mahu pemimpin yang benar-benar tahu permasalahn yang kami hadapi, yang selalu turun padang menemui rakyat, yang mempunyai daya kepimpinan untuk memobilisasikan gerakan rakyat untuk kehidupan yang lebih adil tanpa meminggirkan mana-mana kaum bukannya pemimpin yang hanya pandai beretorik dan terdiri hanya dari golongan elitis.
    Sekalipun dia seorang lebai kampung atau seorang hamba, tapi lebih tahu membuat kerja, mempunyai keazaman yang kuat dan sama-sama memikul permasalahan rakyat, itulah yang lebih diutamakan.

    Entah sudah berapa banyak pemimpin ditukar dari zaman BN memerintah hinggakan ke PR, nasib kami disini masih disitu juga. Oleh itu kami berharap kepimpinan yang dilantik nanti mestilah orang yang selayaknya.

    kami tidak mahu untuk dipaksa menerima kepimpinan yang tidak memiliki ciri-ciri seperti dinyatakan walaupun yang melantikanya itu orang tertinggi dalam kepimpinan organisasi parti (sama ada PKR, PAS atau DAP). Serahlah kepada rakyat disini untuk memilih dan mengangkat pepimpin yang dapat memenuhi aspirasi mereka. Kerahkan aktivis-aktivis parti dan tanya sendiri kepada rakyat siapa pemimpin yang selayaknya dilantik untuk mengisi kekosongan itu dan kami akan memberi jawapannya.

    Apapun kami patuh sekiranya kepimpinan atas ada calon lebih baik dan difikirkan sesuai tapi apa yang penting Rakyat perlu diutamakan. Kami tidak menolak sekiranya ada pemimpin yang lebih baik dilantik untuk mengisi kekosongan itu. Sekian.

    • ahmadzawawi says:

      Shikarishyna,
      Terima kasih kepada ulasan ikhlas yang diberi. Saya suka tegaskan yang saya sama sekali bukan anti-PAS. Tulisan saya dalam Post “PAS Pmtg Pauh Diresapi” semata-mata ingin berkongsi pandangan. Saya tidak nampak secara politiknya yang PAS tidak yakin dengan PKR. Saya nampak ada pihak mahu mempergunakan ahli-ahli PAS setempat memecah-belahkan kita.

      Mengikut perkembang terkini Sdra Fairus Khairuddin bebas dari tindakan SPRM dengan alasan tidak ada bukti terhadap tuduhan kepada beliau. Dan dalam pada itu pula SPR memberikan bayangan yang Fairus boleh terus menjadi ADUN. This is politics.

      Sebagai bukti yang saya juga menyanjung perjuangan PAS tolong baca Post-Post yang saya tulis semasa PRK Kuala Trengganu dan Bukit Gantang. Saya memperincikan kelebihan PAS dari UMNO yang rakus.

      Bercakap tentang melayu Penang, kita hanya perlu menyoal diri sendiri soalan-soalan berikut:

      1.Mengapa terus menerus diberi kuasa kpd BN selama 50 th. lebih sedangkan mereka hanya membuncitkan peerut sendiri saja?
      2.Sedang UMNO yang mempunyai kerusi majoriti diPenang semasa pemerintahan BN mengapa GERAKAN yang memegang kuasa?
      3.Sudahpun ada anak Negeri sendiri menjadi P.M. mengapa dibiarkan dia diperlekeh dan akhirnya ditunjuk jalan keluar? Dalam peerkara ini baca Post saya bertajuk “Tun Abdullah Negarawan Terbilang”
      Sekian, terima kasih.

  8. shikarishyna says:

    Itulah permasalahan kita. masalah menarik kepercayaan rakyat Pulau Pinang khususnya orang melayu yang masih tegar menyokong idealisme Barisan Nasional khususnya UMNO. Melayu disini masih terpukau tentang keindahan material dan lambakan bangunan pencakar langit yang tidak dapat digapai oleh mereka. Otak orang Melayu disini sudah semak dan semakin sesak setelah diindoktrinisasikan oleh gerombolan UMNO. Adakah mereka sedar akan masalah yang berlegar disekeliling mereka setelah dibohongi oleh pemimpin terdahulu sehinggakan yang buruk pun dikatakan indah!!!

    Bila dilihat kawasan yang ditandingi PAS yang meliputi keawasan majoriti Melayu semuanya tewas kecuali di Dun Permatang Pasir, kenapa hal ini berlaku??

    Ini kerana idealime dan wawasan kita tidak dapat diadun sebaiknya untuk diresapi oleh Rakyat Pulau Pinang khususnya yang berbangsa Melayu. Itu sebab kita perlukan seorang pemimpin yang benar-benar mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan rakyat/masyarakat yang dapat mempratikan teori-teori dan idealisme sehinggakan rakyat percaya akan keupayaannya.

    Oleh itu, kita perlukan pemimpin yang mempunyai kepakaran itu. Kepakaran untuk menyatukan rakyat dan pemimpin. kepakaran meningkatkan mutu dan mengerakkan rakyat untuk berfikir. Dan saya yakin Islam ada penyelesaiannya…sekian, waasalam

    • ahmadzawawi says:

      Shikarishyna,
      Ulasan balas yang terukir beberapa input penting. Saya harap ramai orang Penang dapat membaca comment diatas. Terima kasih.

  9. nor suzana khamarudin says:

    slm, musuh utama dlm gerakan islam ialah hati yg tidak dpt mengenal musuh.dengki perasan dia lebih baik,tidak apa biar pkr menjadi adun penanti.dilain pru boleh digilirkan pas pula.umno tengok hampa dok berebut dia gelak.Giatkan dakwah peringkat kampung,banyakkan golongan muda mendekati solat2 jamaah,majlis ilmu dll.

    • ahmadzawawi says:

      Nor Suzana,
      Saya setuju untuk meminta pimpinan Pakatan Rakyat
      membuat “restructure” untuk PRU13 nanti jika benar
      PAS lebih berpotensi disitu. Saya juga bersetuju
      kita jangan memberi ruang untuk UMNO memperlekeh
      kita.
      Terima kasih kepada ulasan kepada Post saya.

  10. nor suzana khamarudin says:

    comment

  11. comment, saya pengundi kawasan pmtg pauh.Dari semasa mahfuz, mohd sabu dulu2 lagi.masa tu anwar bertanding tiket umno ,saya pilih mengundi pas walaupun saya tahu pas kalah.Atas prisip islam saya tetap mengundi pas tidak sesekali umno.saya tinggal di selangor sudah 20 tahun sekarang. tiap2 kali pru saya balik.harapan,pas berjaya melahirkan kepimpinan menjadi teladan utk ummah bukan pak pandir.

Leave a reply to pak chad Cancel reply