Sekali lagi para pembaca akan tertanya-tanya apa yang hendak saya “highlight” kan melalui tajuk seperti diatas. Jawapan bagi soalan tersebut ia adalah satu bentuk saranan caramana kita hendak membina kekuatan mental.
Tidak ada sesiapapun dapat bayangkan betapa sukarnya bagi pasangan kekasih membendung perasaan merindu apabila berjauhan. Dan ia akan menjadi lebih mendalam jika ia satu tragedi yang berlaku melalui rampasan kejam. Apa yang telah menimpa Pakatan Rakyat diNegeri Perak baru-baru ini mirip peristiwa perbandingan diatas dimana kita dikejutkan oleh peristiwa hitam yang dasyat. Sedang kita mengurus dengan belaian mesra sebuah Kerajaan hasil pemberian rakyat, kita dikejutkan dengan rampasan yang tidak berperi kemanusiaan oleh mereka-mereka yang rendah pekerti dan tidak memiliki sedikitpun maruah. Kerja-kerja jahat tersebut mereka lakukan melalui bantuan orang-orang kita sendiri yang selama ini memakai topeng.
Hari ini diberitakan Ketua-Ketua Kampong kita beserta dengan Ahli JKKK seluroh Perak dipecat walaupun mengikut suratcara lantikan ianya masih mempunyai tempoh yang panjang untuk ditamatkan perkhidmatannya. Inilah kerja-kerja orang yang mendapat kuasa melalui pintu rahsia.
Disinilah timbulnya perasaan rindu. Jika kuasa tersebut masih berada didalam tangan kita tidaklah mungkin Ketua-Ketua Kampong kita itu diperlakukan sedemikian. Pemerintah mereka dengan senang hati menyatakan mereka hanya mengiktiraf JKKKP yang diujudkan oleh Federal. Kita tahu tujuan pemecatan tersebut hanya satu iaitu hendak mengalihkan elaun RM200 sebulan tersebut kepada penyokong-penyokong mereka.
Mulai sekarang kita perlu ada tekat yang jelas. Kita sudah tidak berdaya menanggung rindu lagi. Ayuh dan marilah kita bersama-sama tidak kira apa kedudukan kita dalam Pakatan Rakyat melipatgandakan usaha dan membina iltizam yang tinggi untuk mengambil kembali hak kita melalui saluran yang dihalalkan. Matlamat kita mendapatkan kuasa yang lebih gitu didalam Pilihanraya Umum ke 13. Buat masa kini biarkanlah mereka menikmati keseronokan yang mereka ambil secara tipu helah itu sebanyak yang mereka inginkan. Biarkan mereka berkhayal sehingga lupa diri. Mereka pasti berdepan dengan hari penentuan oleh rakyat.
Percayalah peristiwa hitam tersebut telah memberi petujuk baru dimana lebih ramai orang menyertai perjuagan kita. Tugas kita dari sekarang hingga tarikh penentuan PRU 13 itu amatlah mencabar. Kita tidak boleh lagi mengharapkan sokongan simpati semata-mata. Kita sajalah yang boleh mengubah nasib kaum kita. Cita-cita kita untuk memerintah negara mesti diikuti dengan usaha yang berkesan. Jangan ulangi lagi sikap tidak serious dan hanya bertungkus lumus diketika pilihanraya sudah berada didepan hidung.
Apabila semua pekerjaan dibuat mengikut perancangan yang rapi lagi berkesan, sudah pasti kita tidak akan lagi dilanda penyakit RINDU. Bagi puak-puak itu yang sedang berseronok, harap-harap janganlah sampai dihinggap penyakit pungguk rindukan bulan (dimana hospitalnya masih belum ada).
Biokanle deme , ape deme nak buat kita bio kan lah…bio mereka dilamun mimpi …
Memang mereka berkuasa , tapi kita semua tahu bahawa ALLAH LEBIH BERKUASA.
Setiap apa yng berlaku pasti ada hikmahnya …