Hasrat Tidak Bertanding Dilihat Sebagai Memulakan Kempen

Terdapat  beberapa  sebab  untuk  seseorang    terpaksa    melepaskan  jawatan.   Sama  ada  menerima desakan   yang  kuat    oleh   pihak-pihak  tertentu  ataupun   oleh   penyandang  itu   sendiri   kerana  dia  merasakan    sudah   tidak  lagi   berkemampuan    memikul   tanggungjawab  yang  diamanahkan.

Jika   Barisan  Nasional   benar-benar  bersifat    prihatin   dengan    nasib   rakyat  dan  sentiasa  “alert”    tentang   kebajikan   mereka   seperti  yang   dihebah-hebahkan,  keputusan   Fairus  Khairuddin  melepaskan  jawatan  ADUN  hendaklah  diterima  secara  positif.  Beliau  telah  menyatakan  secara  jujur  mahu  memberikan  penuh  tumpuan  kepada   keluarganya  disamping  mahu  melanjutkan  pelajaran.  Tentu  sekali  kita  tidak   setuju  dia  terus  menikmati  segala  kemudahan  dari  wang  titik  peluh  rakyat  setiap  bulan  sehingga  Dewan  dibubarkan   kurang  lebih  tiga (3)  tahun  dari  sekarang  tanpa   sebarang  komitmen.

Saya  cukup  yakin  Barisan  Nasional   tetap  meletakkan  calun  diPenanti   sekiranya   SPR  mengesahkan  kerusi  tersebut  telah  kosong.  Cakap-cakap   yang  mengatakan   Pilihanraya  Kecil  itu  nanti  membebankan  rakyat   dimana  ia    menelan  perbelanjaan  yang  besar  dan  merencatkan  produktiviti   rakyat  sebenarnya    adalah  satu  propaganda  supaya  rakyat  membenci   parti-parti  politik  dalam  negara  ini  kecuali  parti-parti  dalam  BN.

Melalui  pemberitaan yang  meluas   dalam  Media   Arus  Perdana   kita  terdengar   perletakan  jawatan  ini  adalah  semata-mata  helah  PKR.  Segaja  mahu  menyusahkan  rakyat.  Tahniahlah  sekurang-kurangnya   BN   dahpun  dapat  “mileage” sikit.    Akan  tetapi  tidak   pula  sama  kaedahnya   didalam  kes  Elizabeth   Wong   yang  mana  pihak  pembangkang  diDewan  Undangan  Negeri  Selangor   (BN Pembangkang  diDUN Selangor)  mendesak  supaya  beliau  segera  meletakkan  jawatan?  Sedangkan  umum  mengetahui   apa  yang   berlaku  adalah  pencabulan   terhadap   privacy  beliau.  Apakah    perletakan  jawatan  ADUN  Bukit  Lanjan   ini  tidak  akan  merugikan   rakyat?  Apakah  tidak  akan  ada   sebarang  perbelanjaan  yang  akan  digunakan  untuk  mengendalikan  pilihanraya  kecil  itu  nanti?

Kepada  rakyat  yang  bijaksana  lihatlah  sendiri  siapa  yang   berpolitik.    Melalui  perbincangan-perbincangan  umum   seperti  dalam  rancangan   AGENDA  AWANI  malam  tadi  ramai  para  bijak  pandai  yang  bersetuju  dengan langkah-langkah  yang  diambil  pemimpin  Barisan  Nasional   iaitu  mengecam  tindakan   orang  yang  menawar  diri   meletak  jawatan.  Jika  ada   satu  rancangan  bualbicara  khas   untuk  mendesak  Eli  Wong  mengosongkan  kerusi  kerana telah   ” ditimpa  kemalangan”    tersebut  sudah  pasti  kita   akan  dapat  menghayati  idea-idea  bernas  wajarnya  kerusi  DUN   Bukit  Lanjan  mengalami  Pilihanraya  Kecil.

Transformasi  yang  diharap-harapkan    segera  akan  dicapai.  Mana tidaknya    para  cendekiawan  pun   memperlihatkan   minat  yang  mendalam  apabila  berbicara  hal  politik.   Semoga   ketakutan    rakyat   akan  kehilangan  kuasa  politik  akan  terlerai.

7 Responses to Hasrat Tidak Bertanding Dilihat Sebagai Memulakan Kempen

  1. kucing kota says:

    Ya, setuju. cara Umno berpolitik macam macam boleh berlaku. Lihat saja apa yg terjadi di Perak.

  2. ANJA says:

    Orang kata kalau nak aktif dalam politik otak kena kreatif , kreatif dalam bab memberi alasan ,menspin situasi dan tak kurang juga kreatif dalam bab mencipta masalah (of course kena kreatif dalam bab menyelesai masalah… ye ke????)

    That’s why saya tidak layak untuk aktif dlam politik , but rasanya kena belajar dari ahli politk dalam bab menspin situasi .

  3. jawa kuno says:

    itu semua muslihat umno,kita jangan terpedaya
    satu lagi walaupun dlm pru 12 kita menang,jgn over confident,keputusan boleh terbalik…
    kalau dok sambil lewa pasal dah gerenti boleh menang masa tu la kita akan kalah…

    INGAT SEJARAH PERANG UHUD!

  4. musafirlalu says:

    Apa nak dihairankan dengan politik BN yang diterajui oleh Umno.Memang Umno sekarang sedang bermain politik setelah keputusan PRK tidak memihak kepada BN dengan rembatan 4-1 oleh PR.Siapa sebenarnya yang membazir duit rakyat selama ini dengan projek mee segeranya.Saya bersetuju dengan pandangan saudara yang Umno pasti akan bertanding di Dun penanti untuk mengaja air mukanya yang bersifat sebagai parti pemerintah.Yang saya nak tunggu sangat ialah apakata parti kompenan BN iaitu SPR.

  5. ahmadzawawi says:

    Jawa Kuno,
    Saya setuju peringatan sdra kepada ahli-ahli PR.
    Telebih atau OVER maknanya riak dan sombong. Disini
    lah nanti tanpa kita sedari ALLAH ambil balik segala
    nikmat yang sedang kita kecapi.
    Terima Kasih.

  6. musafirlalu says:

    Mengadakan PRK adalah satu pembaziran seperti kata Tok Najid.Didalam kamus Umno baru muka surat 4-1,pembaziran adalah apabila Umno terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menarik undi.Membazirkan adalah maknanya pemimpin umno tidak dapat memenuhkan poket mereka setelah banyak wang yang terpaksa mereka keluarkan untuk membeli undi perwakilan mereka sendiri.Pembaziran juga boleh diistilahkan dengan berapa banyak Ketua Bahagian,Naib Ketua,Ajk,Pencacai,Ahli dan Perayu undi akan dapat didalam setiap PRK yang akan diadakan.Semakin banyak projek mee segera diluluskan maka makin kecil wang yang akan mereka dapat.Umno usah sebutlah tentang pembaziran kerana rakyat dah lama tahu betapa banyaknya pembaziran yang telah dilakukan oleh Umno yakni betapa banyaknya duit yang telah dikumpulkan oleh mereka hinggakan 7 keturunan belum tentu habis dimakan oleh keturunan mereka kerana itulah mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk membeli undi diperwakilan tempoh hari.Kenapa mereka takut untuk mengumunkan harta masing-masing.Tengoklah rumah,deretan kereta dan kemewahan yang telah ditunjukkan oleh keluarga mereka.Penjimatan didalam kamus 5-1 didalam kamus Umno Baru boleh diistilahkan memlelong kereta-kereta Cambry yang baru aje di beli oleh kerajaan PR Perak.Dan mungkin akan diganti dengan kereta-kereta yang ada class seperti Mercedes Comperesser yang setaraf dengan pangkat MB dan Exco haram.Itulah yang dinamakan penjimatan yang telah dilakukan oleh Umno.Wahai kaum Umno sekalian yang belum diSahkan lagi akan status kedudukan kamu sebagai MB dan Exco haram,ingatlah akan keangkuhan kamu dan kesombongan kamu.Bahawasanya tanda-tanda kamu akan dikapankan telah mula kelihatan setelah kekalahan kamu di 4 kawasan dan hanya menang di satu kawasan sahaja iaitu diSerawak.DiSerawak tak boleh diambil kira kerana apabila ada pilihanraya,bagi rakyat Serawak itu adalah perayaan yang paling besar diantara perayaan kaum mereka sendiri kerana pada masa itulah duit akan turun daripada langit.Di Serawak tak sama seperti di Malaysia kerana disana,siapa yang mempunyai banyak duit maka parti itulah yang akan mereka pilih walaupun parti itu baru ditubuhkan.Anda tengoklah sendiri apa kereta rasmi KM pakai dan kereta TKM pakai,itu tak termasuk deretan-deretan kereta yang ada diBanglo-banglo mereka yang boleh diistilah sebagai Istana dan simpanan mereka didalam dan kebanyakkannya adalah diluar negara supaya senang bila belaku perkara yang tak diingini belaku,mereka masih boleh bermewah-mewah.Itulah perangai orang Serawak yang BN bangga sangat,sehingga majoriti akhbar dan media cetak berhari-hari mengulanginya sebagai satu hadiah untuk PM baru.Bagaimana dengan 4 lagi pilihanraya disemenanjung yang BN dikalahkan dengan penuh aib.Sedarlah wahai ahli-ahli Umno yang tak sedar diri.Hanya kerana dapat RM200 dimusim pilihanraya maka hilang maki hamun kamu selama 5 tahun apabila pemimpin kesayangan kamu menghilangkan diri dibanglo mewah mereka.Bolehkah Ahli Umno bagitau kat saya berapa kali mereka dapat berjumpa dengan pemimpin yang mereka angkat keParlimen ataupun Dun.Saya dah 13 tahun tinggal diTambun, Ipoh, Perak.tetapi tiada satu kalipun saya dapat bertemu dengan MP.ataupun YB.Umno tu dah tua dah macam-macam penyakit ada,tunggu masa aje disimpan untuk pameran.Bak kata Tun Musa Mantan TPM.Ingatlah Ahli Umno yang sejarah tidak pernah menipu akan kezaliman mereka yang tempiasnya akan dirasa oleh anak cucu kamu.Siapakah yang merompak Bank Bumiputera hinggakan hampir muflis,siapakah yang memcuri duit perwaja sampai bengkrap,siapakah yang membunuh Datuk Taha diNegeri Sembilan pada awal 80 an,siapakah yang telah menarik kekebalan Raja-raja melayu pada tahun 87 dan 93,siapakah yang menabalkan Sultan Kelantan yang kedua,siapakah yang cuba mengambil alih tampuk Sultan Terengganu dengan cuba mengantikan dengan Sultan Ali,siapakah yang menelanjangkan kekayaan Sultan-sultan didada-dada akhbar dan media elektronik.Oleh itu saya menyeru kepada Blogger-Blogger agar dapat memcari maklumat-maklumat tentang kekayaan pemimpin Umno dan BN yang telah memcuri duit rakyat.Inilah masanya kita menelanjankan pemimpin-pemimpin Umno dan BN pulak.Kita hebohkan kepada rakyat kerana kita masih ada 3 tahun lagi untuk memdedahkannya.Dedahkanlah akan keborohan anak-suami-bini mereka.Dedahkan bagaimana banyaknya projek-projek telah di bahagi-bahagikan sesama mereka seperti harta itu bapak mereka yang punya.Apapun kita mesti mantapkan kedudukkan jemaah kita lebih-lebih lagi dengan muktamar Pas yang akan diadakan tidak lama lagi.Jangan kita terikut-ikut dengan dakyah media masa mereka yang cuba melaga-laga sesama pemimpin yang diwar-warkan dengan prolib dan proulama.Kita bukannya parti berasaskan harta dan wang ringgit.Kita adalah parti yang berasaskan Al-Quran dan Hadis sebagai pelembagaan tertinggi.Kenapalah ada lagi yang terikut-ikut dengan rentak Umno yang memang kuat dengan sifat assobiahnya.Berbaloikah kita apabila Allah memberi sedikit kemenangan maka kita mula teriut-ikut perangai Umno yang penuh dengan penyakit lemah jantungnya,gautnya,asmanya,kehitaman hatinya,mata berairnya,batuknya,migrinnya,sakit jiwanya dan banyak lagi kalau nak dusebut disini.Udahlah dan usahlah dilayang sangat akhbar dan TV tiga suku mereka tu yang cuba melaga-laga TGNA dengan TGHH.Mereka dah secucuk sangat dengan jawatan masing-masing.IRC dah masuk balik dalam Pas ke?Kalau ada kita buang jauh-jauh.Dulu kita dah buang hinggakan mereka memdirikan rumah sendiri.dari renungan sayalah secara peribadi,cara ini tak tumpah cara IRC.Bagaimana mereka telah diperdebatkan dengan Datuk Harun Taib hinggakan terpaksa mereka membawa diri.Nasihat saya kepada jemaah Pas usahlah terikut-ikut jalan syaitan yang cuba menjahanamkan jemaah kita.Tetapi saya tahu kita dah semakin matang dan menghadapi apajua rintangan dan dugaan kerana kita dah ditarbiahkan oleh Tuan Guru yang diakui akan ketinggian ilmunya.

  7. BR says:

    ramai gak berpendapat dengan sifu… mereka mulakan kempen PRU13 dah… tapi tak tahulah kan…
    sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO…
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: