Kita semua maklum Kerajaan Malaysia sekarang ialah Kerajaan Barisan Nasional yang telah memenangi Pilihanraya Umum Ke 12. Walaupun baru-baru ini ada perubahan pucuk pimpinan, ia dilakukan melalui persefahaman diantara orang nombor satu dengan orang nombor dua bukan melalui endorsement rakyat.
Tujuan perkara ini dibangkitkan bukan bermaksud memperkecil-kecilkan kedudukan Perdana Menteri yang baru beserta dengan Anggota Kabinetnya tidak sama sekali. Perdana Menteri baru adalah Presiden UMNO Parti Induk Barisan Nasional.
Teguran yang dimaksudkan disini hanya tertumpu kepada Projek Jambatan Benkok diSelat Johor dimana kos pembinaannya mencecah RM600 Juta. Projek ini pada asalnya dirancang dalam Era Perdana Menteri Keempat. Perdana Menteri Kelima setelah mengkaji secara mendalam mengambil keputusan untuk membatalkannya.
Persoalannya kini ia seolah-olah mahu diteruskan. Baru-baru ini beberapa pihak termasuk ahli perniagaan dan ahli politik Johor meminta pihak Kerajaan meneruskan pembinaan Projek tersebut. Alasan khusus yang mereka beri ialah untuk menyediakan peluang ekonomi penduduk setempat dan juga memacu pertumbuhannya. Perkara ini telah mendapat respons segera dari Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan belum ada keputusan untuk projek tersebut diteruskan.
Mengapa timbul pula “belum ada keputusan” sedangkan sebelum ini sudah ada keputusan “dibatalkan”. Didalam keadaan sejumlah besar rakyat kita yang diberhentikan kerja diRepublik itu ekonomi bentuk apa pula yang hendak dipacu?.
Saya harap kita lupakan saja Projek ini. Dalam pada terlalu banyak pihak yang merasa cemas terhadap perbelanjaan yang begitu besar setiap kali Pilihanraya Kecil diadakan mengapa pula tidak ada yang merasa gusar jika Projek Jambatan Bengkok di- teruskan?
Satu soalan untuk dijawab oleh semua rakyat Malaysia. Terima Kasih.
saya sebagai rakyat malaysia menentang dengan keras… kerana sy setuju dengan paklah sebab membatalkan jambatan bengkok….
Bengkok ke, tegak ke bukan persoalan. Rakyat Malaysia perlu ditegakkan dulu. Bukan asyik politiking yang akhirnya menghancurkan bangsa sendiri. Kenapa orang Melayu tidak seperti orang Cina – berlainan parti tapi mempunyai rasa berkepentingan yang sama. JAWAB. JANGAN KAMU TOLOL.
Jans,
Tuan atau Puan yang mengulas tulisan saya kena fahami dulu apa yang tersirat. Ini bukan masaalah
bangsa melayu yang tidak ada perpaduan. Untuk makluman orang melayu tidak mampu untuk bersatu walaupun didalam Parti yang sama. Ini terjadi kerana sindrom PHD yang cukup menebal.
Apa yang saya nampak pemerintah hanya minat kepada peluang manakala jika ada yang boleh menguntungkan pihak lain mereka akan kecam sehebat-hebatnya. Jika tuan atau puan adalah seorang yang diantara mereka saya mohon maaf.
@Jans,
Ada baiknya kamu luangkan masa saksikan video ini untuk melihat perjuangan Melayu yang sebenarnya.
10 Tahun Sebelum Merdeka
Kemudian kamu akan dapat jawapan kenapa Melayu PKMM (kiri) tak mahu bersatu dengan Melayu UMNO (kanan).
Dulu pun tak bersatu, apatah lagi sekarang!
Sharp.Shooter