Hari ini saya mohon bercuti dari menulis tentang politik. Bagi menyempurnakan jemputan dari pihak Pengurusan Politeknik Ungku Omar, Ipoh, saya telah berada diDewan Jubli Perak bagi meraikan majlis Konvokesyen Ke 38. Upacara penganugerahan Diploma/Sijil kepada para Graduan yang telah menamatkan pengajian berlangsung selama lima ( 5 ) hari bermula pada 13.04.09 dan berakhir hari ini 17.04.09.
Majlis hari ini disempurnakan oleh Yang Berbahgia Datuk Dr. Muhamad bin Awang Lah. Beliau yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan Darulnaim ialah Ketua Pegawai Esekutif (C.E.O) Jaring Communication Sendirian Berhad disamping sebagai Ahli Senate Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
Bersesuaian dengan usia PUO yang telah mencapai 40 tahun, perjalanan Majlis yang berlangsung hari ini saya kira ia amat cemerlang. Kecermelangan pertama ialah berkaitan dengan Pengurusan Masa. Setiap aturcara mengambil tempat pada waktu-waktu yang tepat. Perarakan Masuk pembawa Cokmar dan dituruti oleh Dif-Dif Kehurmat juga tepat pada jam 9.15pagi. Begitu juga bagi lain-lain aturcara kesemuanya menepati masa.
Kecemerlangan kedua ialah Penunjuk Arah yang mudah difahami dibantu oleh petugas-petugas yang siap siaga menghulurkan bantuan kepada ibubapa para Graduan dan juga kepada pengunjong lain yang sama-sama memeriahkan Pesta Konvo.
Kecemerlangan ketiga ialah dalam aspek memberikan jamuan kepada para ibubapa yang datang sebagai tetamu. Jenis-jenis makanan yang berbagai disediakan sebagai pilihan serta tempat untuk menikmati hidangan juga sangat selesa.
Saya memberikan kredit yang tinggi berdasarkan pengalaman. Saya pernah juga hadir beberapa tahun yang lalu dimana para ibubapa telah duduk lebih dua jam didalam Dewan baru majlis hendak dimulakan. Manakala sewaktu hidangan makan berselerak (buffet) pula tempat duduk untuk menikmati makanan tidak mencukupi.
Akhir sekali ucapan tahniah kepada Tuan Haji Mohamad Jayus bin Bunasir PMP., AMP.,, Pengarah Politeknik Ungku Omar, Ipoh, diatas usaha beliau melakukan transformasi yang membanggakan ini. Dan juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kesemua Tenaga Pengajar Jabatan Teknoligi Maklumat & Komunikasai kerana memberikan kepercayaan kepada AZIZI dan rakan-rakan menjalankan satu projek berkaitan dengan sistem pendaftaran kenderaan Berkumputer didalam Kampus. Projek tersebut telah berjaya meraih Anugerah Cemerlang.
Terima kasih kepada Para Pendidik.